Jumaat, 25 Disember 2009

Bismillahirrahmanirrahim…

Lama tak update blog nie. Bukan sengaja tapi keadaan yang tidak mengizinkan. Bila tengok Sheikh Hussein yang cair Al-Quran, rasa bersemangat nak jadi macam tue. Huhu. Saya bukan jenis otak yang cepat pikap jadi usaha nak ke arah tue kena lebih. 30 juz yang dihafal pun bukan semua yang ingat. Jadi kena lebih berusaha dari orang lain. Nak buka letop pun dah malas-malas. Memandangkan abang-abang saya dah komen sebab tak update n mintak cerita pengalaman di sini, jadi saya “terpaksa” merajinkan diri jugak.huhu. Yelah, dah lah jarang online jadi susah diorang nak tau apa yang saya buat kat sini.

Nak cerita pengalaman jumpa Ulamak, tak ramai yang saya jumpa. Memandangkan saya tidak duduk di Kaherah jadi jumpa Ulamak memang agak sukar. Tapi saya cuba cerita ketika saya duduk hampir dua bulan di Kaherah sebelum saya berpindah ke Mansoura.

Saya berkesempatan berjumpa dengan Sheikh Abdul Ghani anak kepada Sheikh Soleh Al-Ja’fari. Pada malam tue saya dengan rakan-rakan yang lain pergi ke Masjid Sheikh Soleh Al-Ja’fari. Dengan bantuan Sheikh Asyraf yang rapat dengan pelajar Negeri Sembilan, Sheikh Asyraf menempat kan kami di ruang yang tidak ramai orang Arab dan mudah kami lihat Sheikh Abdul Ghani. Pelajar lelaki pula ditempatkan bahagian depan dan diberi peluang bersalaman dengan Sheikh tersebut.

Saya berasa seronok apabila melihat beberapa orang remaja arab yang begitu bersemangat membaca madeh sambil menggenggamkan tangan. Sebab mereka faham apa yang dibaca, yang saya nie,jangan kata nak faham,nak baca pn tak reti sebab tak hafal.huhu. Itulah hakikatnya kita sekarang, tak faham apa yang kita baca. Bila dah tak faham tue saya ada berbual dengan beberapa orang, tiba-tiba seorang sahabat saya menegur. Dia kata ada orang bagitau, kenapa kita perlu diam kerana kita perlu menghormati majlis. Dan juga terdapat satu kisah bahawa ada satu majlis madeh kepada Nabi juga, dan Ulamak itu Nampak Nabi s.a.w datang ke majlis tersebut.WallahuA’lam. Jadi oleh sebab itulah kita perlu menghormati majlis, manalah tahu Nabi datang dan kita pula membuat bising. Ini mempamerkan betapa tidak beradabnya kita dalam majlis Nabi. Majlis mengingati Allah merupakan syurga-syurga di dunia.

Ketika kami sedang duduk sambil membaca madeh yang didendangkan, seorang mama datang suruh saya dan beberapa sahabat kosongkan satu kawasan kerana beliau ingin letakkan dua kerusi. Kemudian datang dua orang perempuan yang agaka berumur duduk disitu. Beberapa orang muslimah arab bersalaman dengan beliau.saya duduk hampir dengan kerusi tersebut. Di sebelah saya terdapat seorang wanita Arab,jadi saya bertanyakan siapa wanita tersebut, beliau menjawab bahawa itu adalah isteri Sheikh tersebut dan ada anak perempuannya. Rupa-rupanya anak perempuannya duduk di belakang saya. Saya agak terkejut, anak perempuannya hanya tersenyum. Saya sempat berbual-bual dengannya dan beliau memberi nasihat agar saya memahirkan bahasa arab dengan rajin bergaul dengan orang arab. Beliau juga sempat menunjukkan gambar datuk, ayah dan beberapa keturunannya yang merupakan adalah ulamak kabir.

Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang datang bawa hidangan. Mula-mula bagi coklat, oklah. Sedap. Lepas tue hidang syai, lepas tue ada pulak hidangkan nasi dengan lauk. Part tue saya memang tak tahan. Belum sesuai lagi masakan diorang. Makan sikit-sikit je. Tapi dua orang sahabat saya berselera betul makan. Sebab lapar katanya. Tapi saya teringat satu pesanan, jangan asyik makan masakan Malaysia je, biasakan makan masakan Arab. Uish, tu yang saya paling susah tue. Hoho. Lepas tue hiding kuih, ok lah jugak rasanya, lidah masih melayu lah katakan. Cuba sikit-sikit dulu..

Akhirnya majlis pun berakhir dengan dipimpin anak sulung kepada cucu itu kerana menurut anak perempuannya ayahnya tidak berapa sihat. Saya sempat terjumpa Sheikah Syaima’. Kali pertama ketika di ARMA. Pada masa tu ramai sheikh-sheikh Ahar yang turun kerana Sheikh Ali Jum’ah iaitu Mufti Mesir datang. Tapi saya tak ingat nama-nama mereka . Itulah akibat kalau tak kenal Ulamak,semua tak ingat. Bila sebut artis, biodata habis dihafal. Tetapi Sheikh Ali tidak dapat hadir dan diganti oleh pemangkunya. Kemudian seorang lagi sheikh memberi ucapan. Sheikh Samah. Beliau merupakan salah seorang sheikh yang memimpin bacaan kutub sittah. Tapi saya tak faham sangat sebab penguasaan bahasa Arab saya masih lemah waktu tue.

Ulamak Di mansoura tak seramai di Kaherah, dan saya tidak kenal sangat sheikh di sini. Kalau adapun, dengan sheikh Hussein yang mempunyai ramai anak murid. Ada yang dari Tanta berulang alik bertalaqqi dengan sheikh. Alhamdulillah. Ilmu dari sheikh ini pun saya rasa dah banyak, apatah lagi sahabat-sahabat saya yang berada di Kaherah khususnya. Ada juga sahabat saya yang cakap, mesti seronok duduk Mansoura, belanja tak banyak keluar. Kalau kaherah laju je duit keluar. Tapi saya suka jawab, ‘takpelah, duduk kaherah, duit banyak keluar tapi ilmu melimpah-limpah.ramai ulamak boleh jumpa. Berbaloilah..’. Berkorban duit demi ilmu agama, bukan satu pembaziran tapi satu pengorbanan yang tidak ternilai.

Terutama yang duduk di rumah negeri, ramai ulamak yang datang tiap-tiap hari. Yang saya paling teruja bila saya dapat tahu Habib Umar juga ada mengadakan kelas di RNSK setiap minggu. Habib umar je antara ualamak yang saya paling kenal sebab abang saya suka cerita pasal kehebatan beliau kerana beliau guru abang saya ketika di yaman. Beruntung! Memang beruntung pelajar Kaherah. Semoga mereka tak sia-siakan peluang dan rahmat yang Allah berikan kepada mereka.