Jumaat, 25 Disember 2009

Bismillahirrahmanirrahim…

Lama tak update blog nie. Bukan sengaja tapi keadaan yang tidak mengizinkan. Bila tengok Sheikh Hussein yang cair Al-Quran, rasa bersemangat nak jadi macam tue. Huhu. Saya bukan jenis otak yang cepat pikap jadi usaha nak ke arah tue kena lebih. 30 juz yang dihafal pun bukan semua yang ingat. Jadi kena lebih berusaha dari orang lain. Nak buka letop pun dah malas-malas. Memandangkan abang-abang saya dah komen sebab tak update n mintak cerita pengalaman di sini, jadi saya “terpaksa” merajinkan diri jugak.huhu. Yelah, dah lah jarang online jadi susah diorang nak tau apa yang saya buat kat sini.

Nak cerita pengalaman jumpa Ulamak, tak ramai yang saya jumpa. Memandangkan saya tidak duduk di Kaherah jadi jumpa Ulamak memang agak sukar. Tapi saya cuba cerita ketika saya duduk hampir dua bulan di Kaherah sebelum saya berpindah ke Mansoura.

Saya berkesempatan berjumpa dengan Sheikh Abdul Ghani anak kepada Sheikh Soleh Al-Ja’fari. Pada malam tue saya dengan rakan-rakan yang lain pergi ke Masjid Sheikh Soleh Al-Ja’fari. Dengan bantuan Sheikh Asyraf yang rapat dengan pelajar Negeri Sembilan, Sheikh Asyraf menempat kan kami di ruang yang tidak ramai orang Arab dan mudah kami lihat Sheikh Abdul Ghani. Pelajar lelaki pula ditempatkan bahagian depan dan diberi peluang bersalaman dengan Sheikh tersebut.

Saya berasa seronok apabila melihat beberapa orang remaja arab yang begitu bersemangat membaca madeh sambil menggenggamkan tangan. Sebab mereka faham apa yang dibaca, yang saya nie,jangan kata nak faham,nak baca pn tak reti sebab tak hafal.huhu. Itulah hakikatnya kita sekarang, tak faham apa yang kita baca. Bila dah tak faham tue saya ada berbual dengan beberapa orang, tiba-tiba seorang sahabat saya menegur. Dia kata ada orang bagitau, kenapa kita perlu diam kerana kita perlu menghormati majlis. Dan juga terdapat satu kisah bahawa ada satu majlis madeh kepada Nabi juga, dan Ulamak itu Nampak Nabi s.a.w datang ke majlis tersebut.WallahuA’lam. Jadi oleh sebab itulah kita perlu menghormati majlis, manalah tahu Nabi datang dan kita pula membuat bising. Ini mempamerkan betapa tidak beradabnya kita dalam majlis Nabi. Majlis mengingati Allah merupakan syurga-syurga di dunia.

Ketika kami sedang duduk sambil membaca madeh yang didendangkan, seorang mama datang suruh saya dan beberapa sahabat kosongkan satu kawasan kerana beliau ingin letakkan dua kerusi. Kemudian datang dua orang perempuan yang agaka berumur duduk disitu. Beberapa orang muslimah arab bersalaman dengan beliau.saya duduk hampir dengan kerusi tersebut. Di sebelah saya terdapat seorang wanita Arab,jadi saya bertanyakan siapa wanita tersebut, beliau menjawab bahawa itu adalah isteri Sheikh tersebut dan ada anak perempuannya. Rupa-rupanya anak perempuannya duduk di belakang saya. Saya agak terkejut, anak perempuannya hanya tersenyum. Saya sempat berbual-bual dengannya dan beliau memberi nasihat agar saya memahirkan bahasa arab dengan rajin bergaul dengan orang arab. Beliau juga sempat menunjukkan gambar datuk, ayah dan beberapa keturunannya yang merupakan adalah ulamak kabir.

Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang datang bawa hidangan. Mula-mula bagi coklat, oklah. Sedap. Lepas tue hidang syai, lepas tue ada pulak hidangkan nasi dengan lauk. Part tue saya memang tak tahan. Belum sesuai lagi masakan diorang. Makan sikit-sikit je. Tapi dua orang sahabat saya berselera betul makan. Sebab lapar katanya. Tapi saya teringat satu pesanan, jangan asyik makan masakan Malaysia je, biasakan makan masakan Arab. Uish, tu yang saya paling susah tue. Hoho. Lepas tue hiding kuih, ok lah jugak rasanya, lidah masih melayu lah katakan. Cuba sikit-sikit dulu..

Akhirnya majlis pun berakhir dengan dipimpin anak sulung kepada cucu itu kerana menurut anak perempuannya ayahnya tidak berapa sihat. Saya sempat terjumpa Sheikah Syaima’. Kali pertama ketika di ARMA. Pada masa tu ramai sheikh-sheikh Ahar yang turun kerana Sheikh Ali Jum’ah iaitu Mufti Mesir datang. Tapi saya tak ingat nama-nama mereka . Itulah akibat kalau tak kenal Ulamak,semua tak ingat. Bila sebut artis, biodata habis dihafal. Tetapi Sheikh Ali tidak dapat hadir dan diganti oleh pemangkunya. Kemudian seorang lagi sheikh memberi ucapan. Sheikh Samah. Beliau merupakan salah seorang sheikh yang memimpin bacaan kutub sittah. Tapi saya tak faham sangat sebab penguasaan bahasa Arab saya masih lemah waktu tue.

Ulamak Di mansoura tak seramai di Kaherah, dan saya tidak kenal sangat sheikh di sini. Kalau adapun, dengan sheikh Hussein yang mempunyai ramai anak murid. Ada yang dari Tanta berulang alik bertalaqqi dengan sheikh. Alhamdulillah. Ilmu dari sheikh ini pun saya rasa dah banyak, apatah lagi sahabat-sahabat saya yang berada di Kaherah khususnya. Ada juga sahabat saya yang cakap, mesti seronok duduk Mansoura, belanja tak banyak keluar. Kalau kaherah laju je duit keluar. Tapi saya suka jawab, ‘takpelah, duduk kaherah, duit banyak keluar tapi ilmu melimpah-limpah.ramai ulamak boleh jumpa. Berbaloilah..’. Berkorban duit demi ilmu agama, bukan satu pembaziran tapi satu pengorbanan yang tidak ternilai.

Terutama yang duduk di rumah negeri, ramai ulamak yang datang tiap-tiap hari. Yang saya paling teruja bila saya dapat tahu Habib Umar juga ada mengadakan kelas di RNSK setiap minggu. Habib umar je antara ualamak yang saya paling kenal sebab abang saya suka cerita pasal kehebatan beliau kerana beliau guru abang saya ketika di yaman. Beruntung! Memang beruntung pelajar Kaherah. Semoga mereka tak sia-siakan peluang dan rahmat yang Allah berikan kepada mereka.

Sabtu, 7 November 2009

UNTUK INGATAN KITA BERSAMA- pelajaran dari Imam Al Ghazali- PERLU BACA

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan somb on gnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri

________________________________________________________________
MUHASABAH BERSAMA

Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,serta-merta kita
datang untuk penuhi panggilannya. .. Tapi ketika ALLAH memanggil kita
(azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.



Heran ya..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda tidak akan
mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam messenger anda kerana anda
risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas kiriman ini kepada
mereka.. Heran ya bagaimana kita lebih bimbang akan apa yang orang fikirkan
tentang kita...daripada apa yang ALLAH fikirkan



Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki...... .. Baca, sebut lepas tu
forward... Assalamu 'alaikum, Kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa Ilaaha
IllalLah". Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah
ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa
ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda
(mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti
berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!"
supaya ianya menjadi sebati dibibir kita.... ucapkanlah serentak dengan
denyutan nadi, biar ia mengalir bersama arus aliran darah dan degupan
jantung kita. Panjangkan dan fowardkan email ini kepada seramai mungkin
saudaramu

p/s :
AMARAN :

Berhati-hati, kalo ada sesapa nk jual perfume and suruh korang hidu bau
perfume, tolong jgn hidu..terdapat kes dimana seorg gadis didatangi 2 lelaki
yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh gadis tersebut
menghidunya. .sejurus kemudian gadis itu
pengsan.sedar2 ia berada didpn sebuah bangunan,dan mendapati dirinya
dirogol.barang berharga, wallet,henp on semua dirompak..so beringat2 lah la
ni macam2 kes jenayah ada.......(ALLAHU A'LAM)

Jumaat, 23 Oktober 2009

Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Tuhan Sekalian Alam…

Hari ini sangat seronok sebab kami ada muzakarah berkelompok gabungan..Walaupun tak semua yang hadir, tetapi aktiviti berjalan dengan lancar..pelbagai perkara yang kami buat, modul yang ringkas tetapi padat dengan isi..Tahniah kepada kakak-kakak yang mengendalikan program…

Saya agak terpaku dengan kepetahan kak Baizurah dalam memberi ucapan..Bukanlah ucapan apa, tetapi perkongsian pengalaman beliau.Kerana saya rasa tidak ramai yang pandai dan berani bercakap terutamanya muslimat..Kalau kita lihat di Malaysia, tidak ramai pendakwah atau penceramah dari kalangan wanita. Sifat takut dalam diri untuk bersuara sangat tebal..Saya bukannya nak memperli orang lain, tapi sedang memperli diri sendiri..Sebab saya pun takut nak bercakap jugak..hehe..Tak pandai nak bercakap..tapi itu bukanlah alasan untuk kita melepaskan diri..tak pandai, belajarlah. Nak harapkan orang lain sampai bila kalau diri sendiri tak nak usaha..hmm..nie nasihat untuk saya sebenarnya..hoho tapi sengaja nak kongsi apa yang saya rasa.. huhu

Ok, berbalik kepada cerita saya tadi, kak Bai nie, dah habis belajar . tahun nie dah nak balik Malaysia..HUHU sedih gak..Walalupun baru kenal, tetapi sifat dan tingkah laku beliau buatkan kita rase rapat dengan beliau..Orangnya hebat, bekas pelajar Qiraat..Bila tengok kepetahan beliau, saya teringat kepada sahabat kesayangan saya, Zulaikha.Apa yang saya peroleh dari cerita beliau tadi, menuntut ilmu nie memang takde masa untuk bersenang-senang..Masa padat.

Tapi hikmah yang kita boleh dapat adalah, kita dapat mengelak dari melakukan perkara yang melagho..Bila masa kita padat, kita lebih tahu betapa bernilai nya masa..badan letih tue perkara biasa bagi seorang penuntut ilmu, tetapi apa yang penting adalah kekuatan rohani kita, jiwa kita, kerana badan yang lemah tetapi rohaninya mantap, InsyaAllah, lama-kelamaan badan akan menjadi kuat juga. Kerana kekuatan dalaman lebih penting dari kekuatan luaran..Yang paling penting waktu tidur kita tidur..jangan terlebi h tidur.Waktu nak tidur jangan sambil buat aktiviti lagho, contohnya bersms, dengar music, tapi tukarkanlah kepada yang lebih baik seperti mendengar Al-Quran.. dan sebagainya..Begitulah pengisian yang saya dapat.Sebenarnya banyak lagi, tapi rasa dah letih pulak menaip..Nanti InsyaAllah saya kongsi lagi..

Habis muzakarah berkelompok, balik lah rumah..Rasa lapar pulak..tapi nak tahan. Yelah sekarang musim sejuk, rmai yang cakp bila musim sejuk, badan cepat naik.So rasa macam nak diet lah sikit..Tapi aku tewas jugak akhirnya..kuali di dapur bergendang jugak akhirnya..Siaplah nasi goreng dengan telur goreng…Wah..selera betul..Sebenarnya cerita dah habis..huhu..Jumpa lagi..Assalamualaikum…J

Permata Berharga

Hari nie agak boring sebab kak ngah hajar tak de. Lepas je solat Maghrib, ade orang picit loceng rumah..owh, rupanya Kak An. Nak solat jemaah sekali, tapi saya dah solat pulak. Habis Kak An solat, kami berbual. Macam-macamlah yang kami bualkan termasuk isu-isu semasa di Malaysia Bila terbayang keadaan umat islam khususnya di Malaysia, rasa sedih sangat. Bimbang dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi. Bila teringat anak-anak buah yang ada kat umah rasa takut, bimbang semua perasaan bercampur baur. Bagaimanalah agaknya keadaan remaja pada zaman mereka pulak. Rasa rindu makin menebal bila terkenangkan mereka...
Waaa..Andah rindu kat korang sume...rindu nak tengok keletah korang..Walaupun baru 3 bulan tinggalkan korang rasa macam 3 tahun lamanya..(ayat yg bese org ckp..hohoho)..Andah minta maaf eh, yelah rasanya dalam ramai-ramai nie, takde sorang pun Andah tak pernah marah..Sume pernah kena marah..hehe..Sowie..
Ini Ghufran, atau lebih popular dgn panggilan yoyon, diapit oleh dua gadis cute, Raudah dengan Alia..Pandai betul berposing..Andah pon tak reti..tiga saudara susuan, paling banyak kerenah n paling peramah..hahaha..Kalau bercakap, dah kena marah baru berhenti..letih nak melayan tapi bila diorang tak balik kampung Andah rindu sangat...yelah, dah biasa dengar oang bercakap, rasa sunyi je bila takde yang nak buat bising..Sayang korang...huhu

Yang nie pulak 5 saudara yang sebaya...Len peel nya..Ada yang pendiam, ada yang ayu+manja, ada yang suka buat hal sendiri, ada yang rajin menyapu tapi tak bersih-bersih pun..hoho..Insyirah, Maisarah, Hasanah, Syu'ib n Ghamidi...Nanti kalau Andah balik Malaysia mesti korang dah besar kan..Nanti tak dapatlah nak sakat korang lagi...waa..tapi takpe, cepat-cepat besar, nanti jadi orang yang berjaya..:-)

ha..ini luqman..anak K.Ngah..duk depan umah je..slalu datang umah uwan..dia takde kawan, boring duk umah sengsorang...Kalau bngun dari tidur, mesti dia dah ada kat rumah uwan dah..Kalau sepupu-sepupu dia balik, ha, dialah yang paling happy. kalau time makan tengahari, mesti nampak dia dengan mama dia men kejar-kejar. Bukan main-main tapi mama dia tengah marah sebab dia lari tak nak makan..hahaha..klakar..budak tengah syok nak main, tidur, makan sume lupe...Tapi keletah dia lah yang paling lucu..suka tengok nakman senyum..comeii...
Nie umar n hasanah...Umar, abang yang pandai jaga adik eh..bagus-bagus..walaupun Umar nampak garang, tapi Umar nie buat Andah belajar bertanggungjawab..dari budak kecik pon kita boleh dapat ilmu n pengajaran tau...hohoho


Nie anak Kak Tih...Kakak,Angah, Alia, Maisarah...kakak, angah terima kasih eh..Andah rase terharu je bila ibu cerita yang kakak dengan angah selalu ingat Andah..hehe..Blaja rajin-rajin eh kakak n angah..jangan lawan cakap ibu tau...jangan cepat marah..bila rase nak marah, cepat-cepat ambil wudhuk..pastu jangan lupa doakan untuk ibu,ayah, uwan n atuk jemapoh n lonek, n sume umat Islam. Kakak n Angah doakan Andah jugak eh..Sayang korang..


nie anak Along..tak semua ade sebab andah xde gambar Ayong dgn Ieka..Minta maaf..nanti suruh ayah send gambar kat Andah..Adik-beradik diorang semua perempuan, sorang je hero. Bongsu pulak tue..jaga hero tue elok-elok eh..hihihi

Camtulah citernya...Sebenarnya, gambar family n sume video dah terformat..sedih betul masa tue..habis sume gmbar family, Itqan n macam-macam kenangan terbuang..Waa..tapi redha je lah..sebab mesti ade hikmah disebaliknya..kita tak tahukan..Apa-apa pun..Andah sayang n rindu kat korang semua..semoga menjadi anak yang soleh dan solehah..aminnn...

Sabtu, 17 Oktober 2009

Ukhwah Islamiah

Jumaat (16 Oktober)

Hari nie ade muzakarah berkelompok. Pelbagai perkara yang kami bincangkan. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah membaca surah As-Sof, membaca kitab yang berkaitan hadis Qudsi dan Ukhuwah Islamiah. Disamping itu juga, kami membincangkan isu semasa yang berlaku di Malaysia. Walaupun kita berada jauh di perantauan, isu Negara perlu kita ketahui kerana ini melambangkan betapa prihatinnya kita terhadap Negara sebagai lambing kita cintakan Negara. Walaupun kita tidak mampu memberi apa-apa seperti pertolongan dari segi material tetapi cukuplah kita mendoakan kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam disana. Itu sekadar selingan, yang saya ingin kongsikan disini adalah berkaitan dengan isi yang saya peroleh dari perbincangan tadi iaitu berkaitan Ukhuwah yang kami ambil dari buku Ukhuwah Islamiah karangan Abdullah Nasih ‘Ulwan.

Apakah perbezaan antara Ukhuwah dan sahabat? Ukhuwah adalah ikatan atau hubungan antara satu sama lain atas dasar akidah yang sama. Ukhuwah ini hanya dapat dirasai oleh umat Islam sahaja kerana ia bergantung atas dasar iman kepada Allah S.W.T. Tetapi persahabatan boleh terjalin antara sesiapa sahaja walaupun ber beza agama.

Umat Islam kini telah dipecahkan dan sukar untuk bersatu. Mengapa terjadinya sedemikian? Kerana kita secara sedar atau tidak telah mengamalkan dasar pecah dan perintah. Kita telah disebatikan dengan sifat Assobiah yang disempadi atas nama Negara. Malahan satu Negara juga boleh berpecah kerana berlainan negeri. Malah, negeri juga berpecah kerana berbeza daerah. Malahan daerah juga berpecah disebabkan berbeza kampung. Padahal Islam telah mengajar kita dengan ukhuwah Islamiah yang jika diamalkan semua pihak akan berasa senang dengannya. Dalam kata mudahnya, cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Keprihatinan kita kepada umat Islam semakin pudar. Semoga kita tidak temasuk di dalam golongan tersebut.

Menurut pengarang buku ini, ukhuwah adalah pemberian suci dari Ilahi. Oleh itu marilah kita bersama-sama berdoa agar kita dikurniakan pemberian dari Ilahi ini kerana ‘Tiadalah ukhuwah tanpa iman, dan tiadalah iman tanpa ukhuwah’. Apabila mantap imannya maka mantaplah ukhuwahnya. Oleh itu mari kita merenung bersama, dimanakah tahap ukhuwah kita.

Kelebihan Ukhwah Islamiah

Ø Wajahnya akan bercahaya

Ø Terampun dosa

Ø Mereka berada di bawah naungan Allah S.W.T.

Ø Mereka sentiasa di dalam pemeliharaan kasih sayang Allah S.W.T

Ø Mereka akan dapat merasai Kemanisan Iman (حلاوة الإيمان)

Syarat-syarat Ukhwah Islamiah

Ø Ikhlas kerana Allah S.W.T

Ø Diringi dengan iman dan taqwa

Ø Ukhwah mestilah di dalam manhaj Islam iaitu bukanlah namanya ukhuwah jika ikatan dalam melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

Ø Saling nasihat menasihati antara satu sama lain

Ø Tolong-menolong antara satu sama lain

Hak-hak Ukhwah Islamiah

Ø Sebarkan Salam. Apabila kita bertemu sunatlah untuk kita memberi salam dan berjabat tangan.

Ø Menjawab salam.

Ø Ziarah apabila kenalan sakit. Tetapi perlulah pastikan waktu untuk menziarah agar tidak mengganggu pesakit.

Ø Mengiringi jenazah.

Ø Memenuhi jemputan.

Ø Mendoakan orang yang bersin.

Ø Menunaikan janji.

Ø Menolong orang yang dizalimi.

Ø Mengambil berat dengan selalu memberi nasihat. Apabila ada yang meminta nasihat, kita perlulah member nasihat walaupun sedikit.

Ø Meringankan beban.

Ø Menutup aib.

Ø Menjauhi dari sifat yang menyakitkan seperti hasad dengki, marah, zalim.

Semoga segala yang kita peroleh ini dapat kita amalkan bersama. Walaupun sedikit tetapi istiqamah adalah lebih baik. Marilah kita mulakan sdikit demi sedikit dan sentiasalah kita berdoa agar kita dapat mengamalkan kesemuanya sehingga akhir hayat. Wsalam…

(p/s : kalau ada yang saya tersalah sampaikan, ataupun pembaca mempunyai info yang lain, dialu-alukan kepada pembaca untuk menegur dan kongsikan bersama.)