Isnin, 23 April 2012

Santai...

Rasa down sangat hari ni. Sedih. Tapi hati kene kuat. Memberi kemaafan itu lebih baik dari berdendam. Dendam ni hanya merosakkan hati dan fikiran. Apabila berdendam, tindakan kita pasti bersifat negatif..Jadi berikanlah kemaafan. Tidak rugi. Allah itu Maha Adil. Kita doakan bersama-sama. Anggaplah kesakitan yang kita alami sekarang sebagai kafarah dosa yang pernah kita lakukan tanpa kita sedari. Sentiasalah mendoakan yang terbaik untuk diri kita dan orang lain. Jangan ringankan mulut mendoakan kecelakaan kepada orang lain, tetapi lembutkanlah lidah untuk mendoakan kebaikan untuk mereka. Semoga orang lain pun akan ringan mulut mendoakn kebaikan untuk kita..Senyum selalu..=). Hari ni bukan nak cerita pasal mulut, tapi pasal peristiwa n aktiviti yang dibuat sebelum ni. Semoga dapat memberi sedikit info dan pengajaran kepada semua..=)

11/3/2012 (Ahad)

Ada forum cinta dan sayang yang dianjurkan oleh pelajar ISMA Mansoura. Forum yang bertajuk "Apabila Baju Melayu & Baju Kurung Bertemu" menampilkan Ustaz Mohammad Salleh dan Ustazah Nor Salehah. Tajuk yang begitu menarik perhatian.hehe..Disini saya ingin kongsi sedikit info yang diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak peringatan dan pengajaran kepada para pembaca sekalian..
Cinta. Cinta itu fitrah. Dimana kehadiran cinta itu adalah untuk memelihara, menjaga, menghormati. Apabila berlaku yang sebaliknya, bermakna kita telah terperangkap dalam 'Perangkap Berahi'..Jika untuk menghilangkan kesepian, itu adalah berahi.
Nafsu itu kecenderungan. Sesuatu yang kita minat atau cenderung, maka kita akan nampak ia sangat indah. Maka Islam datang untuk mengawal nafsu itu agar kita tidak terperangkap. Sesungguhnya, semua yang ALLAH tetapkan adalah untuk menjaga kamu dan membersihkan kamu.
Mengapa Nabi sarankan mencari yang beragama? Sesiapa yang kamu pilih itu adalah penentu generasi akan datang dan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Mengapa memilih isteri yang solehah? Kerana yang lebih banyak memepengaruhi anak dalam tingkah laku adalah isteri. Mengapa memilih Suami yang soleh? Kerana jika memilih lelaki yang kurang agama, mereka akan melarikan diri anda dari jati diri anda. Kerana orang yang kurang agama tidak memelihara agama.
Pendirian kita sebagai seorang muslim adalah mendapat redha Allah SWT. Untuk mengurangkan dugaan gegaran jiwa ini, kita perlu sibukkan diri dengan aktiviti-aktivit Islam..
Kita bukanlah seorang yang sempurna, tetapi yang paling penting adalah kita belajar untuk mencapai kesempurnaan itu. Perbaikilah akhlak. Perbetulkan niat. "Rasa berputus asa selepas satu tempoh mujahadah yang panjang adalah disebabkan permulaan niat yang tidak baik"..

14/3/2012

Masa tengah kelas di Maahad, tiba-tiba dapat kol dari Malaysia..Hati pun rasa kuat nak angkat. Kalau biasanya memang malas nak angkat kalau time kelas ni. Abang telefon. Rupa-rupanya wan yang tersayang meninggal dunia. Kaget. Rasa blur je. Selesai telefon, terus masuk kelas sambung ngaji dengan Syeikh. Habis kelas, terus jumpa syeikh, mintak doakn wan yang baru meninggal. Syeikh nampak terkejut. Sebab syeikh tengok saya macam biasa. Saya boleh kawal lagi, tapi tetiba hati jadi sayu sangat bila dengar doa dari syeikh. Puas tahan air mata, nak sorok dari syeikh, tapi tak sempat. Syeikh terus tunggu sampai saya bertenang. Sorang kawan temankan balik. Sampai rumah, terus kenangan-kenangan dengan uwan datang. Terbayang wajah-wajah famly yang berada di Malaysia. Mesti mak lagi sedih. Walaupun hanya ibu mertua, tetapi mak lebih lama hidup dengan wan berbanding abah. Tetiba teringat abah yang dah lama meninggal. Selang tarikh sehari dengan wan. Abah meninggal 13/3/1995 wan 14/3/2012. Semoga Wan dapat berjumpa dengan Abah anak tunggal kesayangannya... Setelah bertenang, telefon mak. Nasib mak tenang. Mak memang kuat. Kagum dengan Mak. Sejak mak kawen, mak jaga famly abah. Mak jaga tok nyen, wan nyen, kakak wan, wan, atuk,abah sehingga akhir hayat mereka.. Mak jaga atuk yang strok dari saya tingkatan tiga sampai saya diploma di Itqan. Betapa tingginya ketabahan menjaga mereka. Teringat masa sebelum balik mesir, wan demam sebab wan rindu kat mak yang pergi umrah..comeii.seronok pulak rasanya kalau mak mertua sayang..hehe..mase kol mak kat Mekah, mak pun cakap mak rindu kat wan..Pesanan untuk diri sendiri. Kawen ni bukan setakat untuk seronok, tapi alam itu akan mengajar kita erti kasih sayang, kesetiaan, pengorbanan, ketabahan, dan kesabaran..Ya Allah jadikanlah diriku wanita yang solehah dan tabah menghadapi setiap ujian dariMu..Ya Allah berkatilah keluarga ku..Berkatilah ibuku..Berilah sebaik-baik ganjaran kepada ibuku..Tempatkanlah ibuku di syurga yang kekal Abadi...amin Ya Rabb..Semoga Allah pertemukan saya dengan insan-insan yang saya sayangi ini di tempat yang menjadi dambaan setiap Hamba Allah di syurga nanti.

21/3/2012

Pergi ke Iskandariah anjuran DPM PMRAM cawangan Mansoura. Niat dihati memang teringin nak ziarah Maqam-maqam Ulamak sebelum exam ni. Alhamdulillah, Allah makbulkan. Kami bertolak pada pukul 7 ke 8 pagi. Diantara destinasi yang kami pergi adalah, Istana Raja Farouk, Teatar Rom, Maktabah Alex, Qal'ah Quitbai, Maqam Nabi Daniel,Maqam Luqmanul Hakim, Maqam Syeikh Al Mursi, Maqam 12 Wali dan pelbagai lagi. Saya akan perjelaskan tempat-tempat ini di dalam entry yang akan datang..InsyaAllah..ma'assalamah...

Ahad, 15 April 2012

"NANTILAH,SUATU HARI NANTI MUNGKIN SAYA PAKAI."

Semoga dapat direnungi bersama...

Profesion saya sekarang ialah pengurus syarikat dan saya lulusan luar negara.
Saya mula memakai tudung pada tahun 1994 iaitu ketika berusia 24 tahun.
Terus terang saya katakan,
memang sebelum itu saya tidak pernah terfikir hendak memakai tudung.
Apabila ditanya oleh kawan-kawan, saya cuma menjawab,
"Nantilah, suatu hari nanti mungkin saya pakai."

Ada juga kawan-kawan yang prihatin mengingatkan saya mengenai ajal dan maut yang bukannya boleh ditangguhkan.
Kalau tiba-tiba ajal saya sudah sampai,
tidak sempat pula saya hendak memakai tudung dan bertaubat.
Risau juga saya mendengar kata-kata mereka tapi... entahlah, masih tidak terbuka hati.

Sehinggalah tiba-tiba pada suatu malam Jumaat saya mengalami mimpi yang menakutkan.
Dalam mimpi itu saya nampak semua adik beradik,
saudara mara dan kawan-kawan saya, tetapi tidak ada seorang pun yang nampak saya.
Mereka bercakap sesama sendiri tetapi langsung tidak menghiraukan saya,
seolah-olah saya tidak wujud lagi.

Kemudian barulah saya diberitahu saya berada di alam lain dan akan menemui ajal saya pada hari itu. Saya dibawa ke situ hanya untuk diberitahu yang saya hanya menunggu masa akan mati tetapi tidak diketahui waktunya dan caranya.
Jadi, saya berada dalam keadaan cemas sepanjang hari kerana tidak tahu apabila saatnya dan bagaimanakah cara saya akan mati.

Saya kemudian menaiki kereta menuju ke lapangan terbang kerana saya perlu menuju ke suatu tempat bagi menjalankan tugas.
Dalam perjalanan, saya terfikir mungkin saya akan kemalangan sebentar lagi dan terus mati.
Saya berdebar-debar, tetapi akhirnya selamat sampai ke lapangan terbang.
Apabila kapal terbang berlepas,
saya terfikir mungkin kapal terbang ini itu akan terhempas dan saya akan mati.
Saya menjadi begitu cemas sehinggalah kapal terbang selamat mendarat.

Tiba-tiba saya merasa sesak nafas dan sakit seperti nyawa mahu dicabut keluar.
Saya terjaga daripada tidur tetapi masih terasa sakit dan sesak nafas.
Saya panik.
Ya Tuhan!
Mungkinkah saya akan menghembuskan nafas yang terakhir pada malam ini juga?

Cepat-cepat saya bangun, ambil wuduk dan sembahyang sunat.
Tidak henti-henti saya membaca macam-macam ayat al-Quran,
tetapi kesakitan yang dirasai semakin perit.
Tanpa menanggalkan telekung saya baringkan diri di atas katil.
Saya rasa diri saya seperti sekujur mayat di dalam telekung putih itu.
Saya tidak tahan lagi dengan kesakitan itu, lalu saya memohon doa,
"Ya Tuhan, sekiranya engkau mahu mencabut nyawaku engkau berilah masa bagiku bertaubat dan aku berjanji akan memakai tudung suatu hari nanti."

Tiba-tiba kesakitan itu semakin menjadi-jadi dan sambil menangis saya berjanji akan memakai tudung pada minggu hadapan.
Tetapi tekak saya bagai disentap dan tekak saya semakin perit.
Saya tidak tahan lagi lalu berjanji saya akan memakai tudung keesokan harinya.
Tanpa disangka, semua kesakitan itu hilang dengan sekelip mata.

Saya betul-betul terkejut,
tidak dapat berkata apa-apa dan tersandar di hujung katil dalam keadaan yang masih takut.
Saya berkeadaan begitu hinggalah masuk waktu subuh.
Selesai sembahyang subuh,
saya terus mencari tudung di dalam almari untuk dipakai ke pejabat pada pagi itu juga.

Itulah hari pertama saya memakai tudung,
sudah tentulah kawan-kawan saya terkejut kerana saya tidak pernah menyuarakan hasrat hendak bertudung sebelum ini.
Sepanjang hari itu saya menjadi pendiam, sedih,
takut dan cemas kalau-kalau saya mati pada hari itu juga.

Walau bagaimanapun, saya berasa bersyukur kerana menjadi hamba Tuhan yang terpilih untuk diberi hidayah dengan cara sebegitu.
Apabila saya melihat kawan-kawan yang belum bertudung,
saya berasa sedih kerana mereka tidak tahu dan tidak mempedulikan apa yang menanti mereka di kemudian hari.
Saya bernasib baik kerana diberi petunjuk.

Apa yang boleh saya katakan daripada mimpi saya alami,
tidak dapat saya bayangkan ketakutannya apabila saya benar-benar mengetahui bilakah ajal saya akan sampai.
Jadi, bersedialah, ajal kita mungkin akan sampai pada bila-bila masa saja,
sesaat pun tidak akan tertangguh apabila ajal sudah sampai.

(Copy paste from FB)