Selasa, 24 September 2013

(-ve) 2 (+ve)

Ujian hidup ini tidak pernah bermaksud untuk menghancurkan kita, melainkan untuk kita keluar menjadi lebih cemerlang lagi-ILMUAN
        Tertarik penulis membaca kata-kata hikmah ini. Setiap kali diuji, pasti kebanyakannya berasa putus asa, kecewa. Sebab apa? Entahlah. Mungkin hati ni dah lama tidak ditarbiah untuk menjadi hamba Allah yang baik, yang sentiasa menerima qada dan qadar yang ditentukan Allah. Moga Allah mengampunkan dosa-dosaku dan pembaca. Bukankah redha dengan ujian daripada Allah itu sifat terpuji? Bukankah putus asa dan putus harapan itu daripada syaitan? Ya. Ilmu di dada tetapi terlalu sukar nak diamalkan. InsyaAllah, moga kita dapat sama-sama perbaiki diri dari sehari ke sehari.

        Hampir setahun Allah mengizinkan diriku menjadi pendidik. Disamping mendidik diri, diberi kesempatan untuk mendidik pelajar-pelajar yang berseri-seri wajah mereka. Setiap hari membaca kitab Al-Quran. Setiap kali hati ini resah, pasti rasa terhibur duduk di samping pelajar-pelajar yang kuanggap bagai anak sendiri. Entah kenapa nak buat ayat skema macam ni..haha..Lepas jadi cikgu BM ni, rasa nak jaga je gaya penulisan. Tapi, kalau cikgu-cikgu BM yang dah senior tengok tulisan ni, kompem kena tegur. Haha. tapi takpelah. Teguran itu tanda sayang. Teguran jugak menambah pengetahuan..

              Kerjaya membentuk peribadi. Pengalaman bekerja ni, serba-serbi kena jaga. Pakaian, percakapan, emosi dan sebagainya. Kalau sebelum ni, bercakap ikut sedap mulut je, sekarang kena hati-hati bila bercakap. Jangan sampai kita bercakap perkara atau perkataan yang tidak elok, bimbang anak-anak murid akan ikut. Gaya penyampaian maklumat kena betul. Kadang-kadang kena tegas, kadang-kadang kena bersantai. Kadang-kadang kena berlembut, kadang-kadang kena berkeras. Emosi pun kena jaga. Kalau dulu suka marah-marah, sekarang kena kawal. Buruk rupa eh suko marah. Bak kata orang tua “nanti cepat tua”..tetapi Alhamdulillah, lama-kelamaan kita terbiasa dan membentuk peribadi menjadi yang lebih baik. Ubah niat. Menjadi baik bukan kerana pandangan manusia tetapi untuk mendapat redha Allah. Setiap manusia perlu berubah!! Daripada –ve kepada +ve. Menjadi insan yang proaktif.

           Anak-anak murid yang baik-baik. Bila nakal, dimarahkan. Tapi rasanya memang diorang lagi banyak kena marah.huhu. Maklumlah guru eh susah nak kawal emosi..minta maaf..mak dah pesan jangan marah ikut nafsu. Tetapi Marah dengan niat menegur menjadi lebih baik..insyaAllah penulis akan cuba... Apabila lihat perilaku anak-anak murid yang agak nakal, pasti teringat kenakalan diri waktu sekolah dulu. “macam ni agak eh cikgu den raso, sekarang raso lah pulak” huhu...Teringat ketika di Mesir, bila tasmik dengan syeikh, habis tasmik pasti syeikh akan doakn penulis dan ibu bapa penulis. Sejuk rasa hati. Jadi kepada pembaca-pembaca sekalian, kita raikan anak-anak didik kita dengan perbanyakkan doa untuk mereka dan ibu bapa mereka.

           Teringat cerita kawan penulis tentang ibunya yang menjadi guru cemerlang. Salah-satu amalan ibunya, bangun qiamullail(tahajjud). Teringat juga cerita abang penulis  tentang Tuan Habib yang mulia, Habib Umar, ulamak daripada Hadralmaut,Yaman.Wallahua’lam, tetapi menurut ceritanya Habib Umar setiap kali qiamullail, akan membaca doa untuk anak-anak muridnya dan menyebut nama mereka satu persatu...MasyaAllah. Disamping mengharapkan anak-anak didik menjadi pelajar yang terbaik, kita juga perlu berusaha menjadi guru yang terbaik.


 Sekian. Segala kekurangan dan teguran dialu-alukan kerana manusia itu tidak lari dari kesilapan.

Selasa, 28 Mei 2013

...nasihat untuk diriku dari anak kecil......



Mulanya ada perasaan untuk meninggalkan dunia blogger, dan menulis di facebook tetapi hati kuat untuk meneruskan penulisan disini. Ya, Kedua-duanya boleh memberi manfaat dan tidak kurang juga keburukannya.
Jadi penulis memilih untuk menggunakan blog daripada fb kerana  dunia facebook tidak begitu selesa buat diri penulis untuk membuat sebarang perkongsian..kenapa? Kerana fitnah didalamnya lebih luas. Penulis masih tidak mampu untuk mengawal diri dengan dunia yang lebih luas dengan fitnah. Jadi penulis menjadikan penulisan di blog ini sebagai saham yang boleh memberi kebaikan kepada penulis didunia dan diakhirat. Apa-apapun setiap orang berhak untuk memilih yang terbaik. Alangkah bagusnya pengguna facebook yang semakin bertambah iman dengan melayari facebook. ~kagum bukan sindiran.

14 Januari 2013, hari terakhir penulis menulis. Hari ini, pada 28 Mei 2013 penulis mulakan penulisan semula. Hampir 5 bulan penulis tidak ‘menziarahi’ blog ini. Dalam tempoh itu juga, pelbagai kenangan/pengalaman/pengajaran/pembelajaran/perkongsian/dsb yang penulis peroleh. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Hanya dalam tempoh yang singkat dapat dipenuhi dengan tarbiah dan hikmah yang Allah berikan. Benar, setiap kejadian yang Allah jadikan tidak sia-sia.

Pengalaman memulakan kerjaya sangat pahit. Dunia belajar lebih indah daripada dunia pekerjaan. Tetapi kunci untuk menghadapi segala ujian yang telah ditentukan oleh Allah SWT adalah sabar, usaha, redha, doa, tawakkal. Alhamdulillah, setelah sekian lama, Allah membuka jalan kedamaian didalam hati ini. 

Ujian. Ia pelbagai. Kadang-kala disebabkan tekanan yang kecil, maka emosi tidak dapat mengawal diri. Tetapi Allah mendidik hati dan diri ini secara halus. Pernah suatu hari  penulis berasa tertekan dengan sedikit ujian. Maka muka penulis pun mulalah masam. Setelah tamat sesi pengajaran, datang seorang pelajar yang manis. Orangnya kecil-kecil dan selalu tersenyum. Berumur 13 tahun. “Cikgu, saya tak dapat nak hadir kelas tambahan cuti ini sebab Ibu saya sakit. Ibu saya…bla……bla…bla….”

..Saya terdiam mendengar ceritanya. Ya Allah, besarnya ujian dia berbanding dengan saya. Anak kecil itu pernah menceritakan masalahnya itu sebelum ini kepada penulis, tetapi kini keadaan ibunya lebih parah. Jika sebelum ini, dia masih boleh tersenyum dengan penuh adab tetapi hari itu, air matanya tidak dapat dibendung lagi. Tetapi masih cuba untuk tersenyum hormat kepada penulis..Allahuakbar..besarnya jiwa anak muridku ini….sedikit sebanyak aku berasa malu dengan diri. Jangan nak bandingkan diri dengan Sahabiah Nabi SAW, sedangkan nak dibandingkan diri ini dengan anak kecil itupun jauh bezanya. Ya Allah, Engkau peliharalah anak muridku itu dan keluarganya…Alhamdulillah, Allah mendidik hatiku dengan kelebihan anak kecil itu. Terima kasih anak muridku sayang… 

Isnin, 14 Januari 2013

(^ - ^) Keifa Halukum?

Selamat Menyambut Tahun Baru..InsyaAllah, tahun perubahan. Apa yang berubah? ehem ehem..hehe. Tahun yang baru berlalu, meninggalkan seribu satu kenangan dan pengalaman. Pengalaman mengenali hati manusia, dugaan yang datang sehingga ahli keluarga ku yang meninggal pada tahun 2012 seramai 14 orang. Semoga mereka semua ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Jika tahun lepas saya dan keluarga tidak putus-putus menziarahi rumah jenazah, semoga tahun ini Allah gantikan dengan khabar-khabar gembira, InsyaAllah..

 Oktober-Desember 2012
Menjadi guru ganti memberi pelbagai kenangan. Pengalaman menjadi guru, memberi gambaran awal tentang dugaan menjadi seorang pendidik. Selagi nama kita hamba Allah yang beriman, pasti Allah akan memberi ujian untuk memeberi gambaran tingkatan iman kita. Jadi jangan putus berdoa agar Allah SWT sentiasa memberi kekuatan untuk kita mengahadapi segala ujian. Menjadi guru ini juga, memberikan peluang kepada saya untuk keluar dari kepompong yang lama. Melatih diri menjadi penyabar dan berdiplomasi, *(cewahh..haha.Taklah penyabar sangat, tapi bolehlah sabar sikit dari dulu, klu tak asyik nak mengamuk je,aiii lemahnya iman). Melatih diri menjadi seorang proaktif.(baru dapat istilah ini bila dengar ceramah Ust Amiza, klu tak dengar ceramah, entah bilalah saya akan tahu maksud proaktif ni..ish2). Rindu lah pulak dengan anak-anak murid ni. Setiap hari dengar bacaan ayat suci Al-Quran daripada mulut diorang yang pelbagai versi alunan hehe. Last day nak balik rumah, datang anak murid bagi hadiah,(tak terfikir pun). Terima kasih Ustazah(tak layak lagi) ucapkan..Semoga Allah memberkati ilmu kalian.  

Disember 2012

Setelah tamat berkhidmat di ITQAN, sampai je rumah, terkejut apabila barang kargo dari Mesir dah sampai. Alhamdulillah, sebagaimana yang dirancang, Allah permudahkan. Terus kemas barang-barang kargo 7 kotak. Gaji yang diperoleh melalui kerja guru ganti itu, terus saya gunakan untuk membeli almari baju dan almari buku. Penat sangat kemas barang...huhu...Tapi seronok..hehe





31 Desember 2012
Sambut tahun Baru di Shah Alam. Seronok. . Sebelum ini , pergi ke tempat yang sama dengar ceramah Ust Azhar dengan Syeikh Muhammad Ali Assobuni. Itupun last minit dapat tahu, Alhamdulillah, dapat juga pergi. Ingatkan itu adalah kali terakhir dapat jumpe Syeikh , Alhamdulillah, Allah bagi peluang kedua ketika sambutan tahun baru. Selama 24 tahun, inilah kali pertama sambutnya. Maklumlah, sambutan biasanya  tak membangunkan jiwa langsung, So inilah kali pertama sambutnya, tahun lepas tak dapat pegi, so tahun ni nak jugak. Alhamdulillah, selalu tengok ceramah je, sekarang dapat lihat depan mata. Allah, sejuknya bila memandang wajah ulamak. Ketenangan itu bukan datang dari cantik@hensem nya rupa paras, tetapi kecantikan hati. Jadi kepada sesiapa yang nak cantik, jom sama-sama cantikkan hati ye.:-) 

Januari 2013
Alhamdulillah, dapat jawapan untuk 3 perkara yang ditunggu-tunggu. 1)Tauliah Mengajar Quran daripada jabatan Mufti, 2)Tawaran menjadi Guru Tahfiz 3)Tawaran untuk sambung Master. Alhamdulillah, ketiga-tiga jawapan memuaskan hati. Jadi sambil-sambil sebelum memulakan tugas, kita pergi menebas dulu..hehe. Boring jugak duduk rumah je. Baik buat aktiviti yang berpeluh. Jadi teman mak dan abang ke kebun sawit. Daripada bulan 12 sampai sekarang. Kemudian waktu terluang, pergi menebas rumah mak lagi satu. Rumah dah ada tapi takde sapa yang duduk, jadi rumah tu dah jadi semak. Tiba-tiba abang kata nak duduk rumah tu, so jom gerak-gerakkan badan sampai lemak menjerit. Kata nak kuruskan?haha.

Dah macam diari lah pulak. Takpelah, mood nak menulis. Semoga tahun ni, dapat khabar-khabar yang menggembirakan hati. Sedara-mara pun ramai dah nak kawen. Saya? Tawakkaltu 'alAllah. Semoga bertemu pasangan yang soleh. Amin..Kepada pembaca-pembaca sekalian, semoga kita bertambah iman dari semasa ke semasa dan semoga kita tabah menghadapi apa-apa ujian yang didatangkan oleh Allah kepada kita...Ya Allah, kuatkan hati kami...Salam Mahabbah..:)