Selasa, 24 September 2013

(-ve) 2 (+ve)

Ujian hidup ini tidak pernah bermaksud untuk menghancurkan kita, melainkan untuk kita keluar menjadi lebih cemerlang lagi-ILMUAN
        Tertarik penulis membaca kata-kata hikmah ini. Setiap kali diuji, pasti kebanyakannya berasa putus asa, kecewa. Sebab apa? Entahlah. Mungkin hati ni dah lama tidak ditarbiah untuk menjadi hamba Allah yang baik, yang sentiasa menerima qada dan qadar yang ditentukan Allah. Moga Allah mengampunkan dosa-dosaku dan pembaca. Bukankah redha dengan ujian daripada Allah itu sifat terpuji? Bukankah putus asa dan putus harapan itu daripada syaitan? Ya. Ilmu di dada tetapi terlalu sukar nak diamalkan. InsyaAllah, moga kita dapat sama-sama perbaiki diri dari sehari ke sehari.

        Hampir setahun Allah mengizinkan diriku menjadi pendidik. Disamping mendidik diri, diberi kesempatan untuk mendidik pelajar-pelajar yang berseri-seri wajah mereka. Setiap hari membaca kitab Al-Quran. Setiap kali hati ini resah, pasti rasa terhibur duduk di samping pelajar-pelajar yang kuanggap bagai anak sendiri. Entah kenapa nak buat ayat skema macam ni..haha..Lepas jadi cikgu BM ni, rasa nak jaga je gaya penulisan. Tapi, kalau cikgu-cikgu BM yang dah senior tengok tulisan ni, kompem kena tegur. Haha. tapi takpelah. Teguran itu tanda sayang. Teguran jugak menambah pengetahuan..

              Kerjaya membentuk peribadi. Pengalaman bekerja ni, serba-serbi kena jaga. Pakaian, percakapan, emosi dan sebagainya. Kalau sebelum ni, bercakap ikut sedap mulut je, sekarang kena hati-hati bila bercakap. Jangan sampai kita bercakap perkara atau perkataan yang tidak elok, bimbang anak-anak murid akan ikut. Gaya penyampaian maklumat kena betul. Kadang-kadang kena tegas, kadang-kadang kena bersantai. Kadang-kadang kena berlembut, kadang-kadang kena berkeras. Emosi pun kena jaga. Kalau dulu suka marah-marah, sekarang kena kawal. Buruk rupa eh suko marah. Bak kata orang tua “nanti cepat tua”..tetapi Alhamdulillah, lama-kelamaan kita terbiasa dan membentuk peribadi menjadi yang lebih baik. Ubah niat. Menjadi baik bukan kerana pandangan manusia tetapi untuk mendapat redha Allah. Setiap manusia perlu berubah!! Daripada –ve kepada +ve. Menjadi insan yang proaktif.

           Anak-anak murid yang baik-baik. Bila nakal, dimarahkan. Tapi rasanya memang diorang lagi banyak kena marah.huhu. Maklumlah guru eh susah nak kawal emosi..minta maaf..mak dah pesan jangan marah ikut nafsu. Tetapi Marah dengan niat menegur menjadi lebih baik..insyaAllah penulis akan cuba... Apabila lihat perilaku anak-anak murid yang agak nakal, pasti teringat kenakalan diri waktu sekolah dulu. “macam ni agak eh cikgu den raso, sekarang raso lah pulak” huhu...Teringat ketika di Mesir, bila tasmik dengan syeikh, habis tasmik pasti syeikh akan doakn penulis dan ibu bapa penulis. Sejuk rasa hati. Jadi kepada pembaca-pembaca sekalian, kita raikan anak-anak didik kita dengan perbanyakkan doa untuk mereka dan ibu bapa mereka.

           Teringat cerita kawan penulis tentang ibunya yang menjadi guru cemerlang. Salah-satu amalan ibunya, bangun qiamullail(tahajjud). Teringat juga cerita abang penulis  tentang Tuan Habib yang mulia, Habib Umar, ulamak daripada Hadralmaut,Yaman.Wallahua’lam, tetapi menurut ceritanya Habib Umar setiap kali qiamullail, akan membaca doa untuk anak-anak muridnya dan menyebut nama mereka satu persatu...MasyaAllah. Disamping mengharapkan anak-anak didik menjadi pelajar yang terbaik, kita juga perlu berusaha menjadi guru yang terbaik.


 Sekian. Segala kekurangan dan teguran dialu-alukan kerana manusia itu tidak lari dari kesilapan.

2 ulasan:

Informal Sports berkata...

Thank you for the auspicious writeup. It in fact was a amusement account it. Look advanced to more added agreeable from you! By the way, how can we communicate?

Cardsharing Server

Clara Cutez berkata...

seasonbet77 agen bola online
Seasonbet77 bonus depo awal 30%
eBET
Bandar Sbobet
Agen Sportbook
Bandar Judi
Agen Sbobet
Agen Bola
Bandar Bola
AgenSeasonbet77
Seasonbet77 bonus depo awal 30%