Selasa, 28 Mei 2013

...nasihat untuk diriku dari anak kecil......



Mulanya ada perasaan untuk meninggalkan dunia blogger, dan menulis di facebook tetapi hati kuat untuk meneruskan penulisan disini. Ya, Kedua-duanya boleh memberi manfaat dan tidak kurang juga keburukannya.
Jadi penulis memilih untuk menggunakan blog daripada fb kerana  dunia facebook tidak begitu selesa buat diri penulis untuk membuat sebarang perkongsian..kenapa? Kerana fitnah didalamnya lebih luas. Penulis masih tidak mampu untuk mengawal diri dengan dunia yang lebih luas dengan fitnah. Jadi penulis menjadikan penulisan di blog ini sebagai saham yang boleh memberi kebaikan kepada penulis didunia dan diakhirat. Apa-apapun setiap orang berhak untuk memilih yang terbaik. Alangkah bagusnya pengguna facebook yang semakin bertambah iman dengan melayari facebook. ~kagum bukan sindiran.

14 Januari 2013, hari terakhir penulis menulis. Hari ini, pada 28 Mei 2013 penulis mulakan penulisan semula. Hampir 5 bulan penulis tidak ‘menziarahi’ blog ini. Dalam tempoh itu juga, pelbagai kenangan/pengalaman/pengajaran/pembelajaran/perkongsian/dsb yang penulis peroleh. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Hanya dalam tempoh yang singkat dapat dipenuhi dengan tarbiah dan hikmah yang Allah berikan. Benar, setiap kejadian yang Allah jadikan tidak sia-sia.

Pengalaman memulakan kerjaya sangat pahit. Dunia belajar lebih indah daripada dunia pekerjaan. Tetapi kunci untuk menghadapi segala ujian yang telah ditentukan oleh Allah SWT adalah sabar, usaha, redha, doa, tawakkal. Alhamdulillah, setelah sekian lama, Allah membuka jalan kedamaian didalam hati ini. 

Ujian. Ia pelbagai. Kadang-kala disebabkan tekanan yang kecil, maka emosi tidak dapat mengawal diri. Tetapi Allah mendidik hati dan diri ini secara halus. Pernah suatu hari  penulis berasa tertekan dengan sedikit ujian. Maka muka penulis pun mulalah masam. Setelah tamat sesi pengajaran, datang seorang pelajar yang manis. Orangnya kecil-kecil dan selalu tersenyum. Berumur 13 tahun. “Cikgu, saya tak dapat nak hadir kelas tambahan cuti ini sebab Ibu saya sakit. Ibu saya…bla……bla…bla….”

..Saya terdiam mendengar ceritanya. Ya Allah, besarnya ujian dia berbanding dengan saya. Anak kecil itu pernah menceritakan masalahnya itu sebelum ini kepada penulis, tetapi kini keadaan ibunya lebih parah. Jika sebelum ini, dia masih boleh tersenyum dengan penuh adab tetapi hari itu, air matanya tidak dapat dibendung lagi. Tetapi masih cuba untuk tersenyum hormat kepada penulis..Allahuakbar..besarnya jiwa anak muridku ini….sedikit sebanyak aku berasa malu dengan diri. Jangan nak bandingkan diri dengan Sahabiah Nabi SAW, sedangkan nak dibandingkan diri ini dengan anak kecil itupun jauh bezanya. Ya Allah, Engkau peliharalah anak muridku itu dan keluarganya…Alhamdulillah, Allah mendidik hatiku dengan kelebihan anak kecil itu. Terima kasih anak muridku sayang… 

4 ulasan:

Putra Ibtisam berkata...

assalamualaikum..asifni ye..ana dulu smadklana..jd ana tau anti dr smadata 2 pon sbb tgk blog anti..hrp beri tnjuk ajr ye sbb ana bru mula blogging setelah sekian lama tggalkan..selamat ber imtihan ye..
akhirulkalam
kredit to la tahzan

khasiat daun sirsak berkata...

aku juga lebih suka nge-blog daripada di fb

khasiat daun sirsak berkata...

aku juga suka nulis di blog daripada di fb

ADIB berkata...

Putra ibtisam, khasiat daun sirsak-Wsalam.InsyaAllah, sama2 kita berblog.