Rabu, 15 Februari 2012

Jaulah...

Kelas Maahad akan mula Sabtu ni..setelah hampir sebulan bercuti, jadi kena perubahan mood...STUDY STUDY STUDY....Rasa tension ke nak mula belajar balik? Tidak...bila kita mencintai sesuatu, kita akan teruja untuk menemuinya, rasa rindu...Cintai lah ilmu, pasti kamu tidak jemu...
Bila cuti semester ni, ramailah yang jalan-jalan..Ada yang balik ke Malaysia (balik kahwin),yang tak kahwin, jalan-jalan menghabiskan zaman bujang bersama kawan-kawan. Ada yang ke Jordan, ada yang ke Mekah menunaikan Umrah, ada yang ke Negara-negara Eropah..Sebahagian besarnya jalan-jalan di sekitar Negara Mesir..Ada yang ke Sinai, Luxor, Aswan, Dumyat, dan pelbagai lagi di Muka Bumi Allah yang terkenal dengan nama Ardul Kinanah...Tetapi ada juga yang tidak berjalan ke mana-mana, tetapi menghabiskan masa dengan bertalaqqi, program-program yang membangunkan jiwa dan pelbagai lagi..

Saya juga tidak mahu ketinggalan..(nak jalan-jalan jugak..hehe)..Ingatkan cuti ni nak habiskan masa di rumah je..sebab banyak madah yang tak habis belajar lagi..tiba-tiba mood nak jalan-jalan pun datang(cewah)..So dengan masa yang ada,dan memandangkan Kelas pun takde, mulakan operasi.. Saya tidak dapat jalan-jalan jauh seperti kawan-kawan yang lain sebab faktor kesihatan, jadi saya habiskan masa dengan berjaulah ke tempat-tempat yang dekat je..Jadi disini, saya nak perkenalkan sedikit tempat-tempat yang saya pergi..

29 Januari: Ke Zaqaziq. Merupakan ibu negeri dalam pentadbiran Negeri Sharqia. Tempat kelahiran Kolonel Ahmad Orabi yang telah memimpin revolusi menentang British pada 1882. Di Zaqaziq jugak terdapat Universiti Zaqaziq, yang merupakan salah sebuah universiti terbesar di Mesir. Saya bersama seorang teman ke Zaqaziq adalah untuk menziarahi sepupu yang belajar disana dan baru melangsungkan perkahwinannya. Zaqaziq..Tenang je. Suasana kampung. Seronok bila pergi ke tempat tinggal dia. Mungkin sebab saya orang kampung, bila tengok kawasan kampung rasa seronok je..Tenang sangat. Apabila melihat keindahan pemandangan di kampung ini, terbayang di fikiran 'agaknya beginilah juga, indahnya hati orang beriman'..Kita akan berasa tenang bila memandangnya. Ramai yang terperangkap dengan tipudaya dunia yang menyatakan kebahagian adalah wajah yang cantik, tubuh yang molek, harta yang menggunung. Seolah-olah itulah kebahagiaan yang sebenarnya. Tidak hairan mengapa ramai yang hidupnya dan jiwanya gelisah dan huru hara kerana hanya bermodalkan aset-aset duniawi yang tidak hakiki..Semoga Allah memelihara kita dari finah dunia..


5 Februari : Ke Maarad Kutub (Pesta Buku Antarabangsa di Kaherah). Besar dan Luas. Buku bertimbun-timbun. Ramai pengunjung dari Luar negara yang datang ke pesta ini, semata-mata untuk membeli kitab-kitab dan semestinya harga Murah-murah.. Saya memang suka membaca. Bila tengok buku yang banyak ni..geraaammmmm...'Sebaik-baik Pendamping adalah Buku yang Bermanfaat'..Dari tengahari sampai ke Maghrib, baru balik. Tidur di rumah kawan baik, Safura. Malam tu Safura bersama suaminya menemankan saya dan kawan pergi makan Ayam...sedappp....Bila dapat makan sedap jangan lupa orang yang sedang kebuluran..Bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah bagi..Alhamdulillah...


10 Februari: Ke Raksul Baar,Dumyat. Berdua dengan sahabat saya. Raksul Bar, pertemuan Sungai Nil dengan Laut Mediterranean..Subhanallah..Bersyukur Allah memberi peluang untuk melihat kekuasaan Allah..Sebagaimana Firman Allah.."Dia membiarkan dua lautan (yang satu airnya jernih dan yang satu lagi airnya masin) mengalir yang keduanya kemudiannya bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing." (surah Ar-Rahman: 19 &20)..
Dah!Berhenti jalan jalan..Kelas pun dah nak mula 18 februari ni. Kena fokus sebab imtihan dah makin hampir..Enjoy, enjoy jugak, Tanggungjawab sebagai seorang pelajar tak boleh lupa..Walau dalam apa juga keadaan pun, yang paling utama, tanggungjawab sebagai Seorang hamba Allah wajib dilaksanakan dan kena berusaha untuk menjadi Hamba Allah yang boleh memberi manfaat kepada orang lain..Bittaufiq Wan Najah kepada Semua..Rajin-rajin ngulang Quran...Semoga Kita berjaya dunia dan Akhirat.