Isnin, 5 Oktober 2009

Warkah Buat Sahabat Tersayang



Hari nie agak bosan..nak telefon Nas, tapi syik tak dapat je..last2 tgk blog. Tengok dekat shoutmix, ade kawan yang saya sayang bagi pesanan..wah..rupa-rupanya die dah ade blog..Bila tengok blog dia, terus terpampang gambar band of banat Itqan..Terimbau kembali kenangan semasa mula-mula masuk Itqan..

Sebak pulak bile teringat kenangan bersama di Itqan..ketawa bersama, menangis bersama..terlalu banyak kenangan..tiba-tiba tangan ini berasa lincah untuk menyampaikan satu pesanan buat diri penulis tetapi penulis ingin kongsi bersama sahabat-sahabat yang lain..Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan bersama...


Sahabatku..
Jadilah yang terbaik kerana kita dilahirkan ke dunia ini untuk jadi yang terbaik. Jangan mudah mengalah ye..kita tak tahu apa yang bakal mendatang...maka bersedialah untuk menempuhi nya dengan tenang dan sabar..

Sahabatku..
Setiap orang ade masalah..Orang yang paling bijak adalah orang yang berusaha menyelesaikan masalah seiring dengan tawakkal kepada Allah S.W.T..tetapi orang yang rugi adalah apabila menerima sebarang ujian, dia mudah mengeluh dan cuba lari dari masalah tanpa mahu menyelesaikannya..die lebih suka menyalahkan takdir. Oleh itu, bermuhasabah agar dapat kita temui hikmahnya..

Sahabatku
Kita tak duga apa yang bakal kite tempuhi..maka bersedialah..mungkin kita akan dikecewakan oleh orang yang kita sayang, mungkin kita akan ditipu oleh orang yang kita percayai, mungkin kita akan ditinggalkan oleh orang yang kita ingin sehidup semati dengannya..tetapi bagaimana kita ingin bersedia menempuhinya?? Ingatlah nabi kita telah meninggalkan dua perkara yang boleh menjadi senjata yang paling ampuh kepada kita..Al-Quran dan As-Sunnah...

Sahabatku..
Kita tidak mampu menjadi seperti Rasulullah S.A.W tetapi kita perlu berusaha untuk menjadi seperti Baginda..Meletakkan Allah dan RasulNya di hati...pasti segala dugaan yang mendatang dapat kita tempuhi dengan tenang dan redha..ubatilah rasa sakit di hati dengan zikrullah..bacalah Al-Quran kerana Al-Quran adalah pengubat hati...badan yang sihat, otak yang cerdas tidak akan memberi apa-apa makna jika hatinya sakit..maka peliharalah hati..

Penulis agak tertarik dengan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Hijjaz..Mungkin liriknya yang membuatkan hati penulis tersentuh..marilah kita hayati bersama sepotong lirik dari lagu tersebut...

"Sepatutnya rasa malu kepadaNya
Kerana anugerah kepada kita
Membuat dosa rasa kekesalannya
Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati di tipu nafsu dan syaitan
Bahkan dilupakan saja
Semua orang rasa bangga dengan dosa
Bila menyebut neraka
Bila menyebiut neraka tidak terassa kan gerunnya
Bila mnyebut syurga
Tidak terasa akan nikmatnya
Itu menunjukkan jiwa kita mati atau buta"

Nauzubillah min zalik...

Khamis, 10 September 2009

Kepada Keluarga, Guru dan Sahabat Yang berada di Malaysia




Salam...
Kepada Keluarga yang tercinta, Guru-guru Yang dihormati, Sahabat-sahabat yang di kasihi...
Doakan saya di sini...
Semoga dapat manfaatkan dengan sebaik-baiknya bulan yang penuh barakah ini...
Saya ingin mohon maaf zahir dan batin...
Mak Minta Maaf eh...
"Sayang Semua"

Ramadhan Kareem

Bismillah…

Lama pulak rasenya tak menulis kat blog..sibuk sikit. Yelah, tempat baru, suasana baru. Kena ambil masa sikit untuk sesuaikan diri dengan bumi Ardul Kinanah nie. Sebelum terlupa, Salam Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga ‘Madrasah Ramadhan’ ini dapat kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Sekarang dah masuk ramadhan ke 17. Saya teringin untuk kongsi sedikit ilmu yang saya dapat semasa mendengar forum Ramadhan yang berlangsung di Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Mungkin dah lewat untuk saya sampaikan, tetapi mudah-mudahan dapat kita peroleh info yang dapat kita amalkan pada hari-hari Ramadhan yang sedang kita lalui dan akan datang. InsyaAllah…Antara pengisian yang saya dapat adalah..
• Madrasah Ramadhan ini adalah untuk melatih sifat sabar.
• Menjadi adapt Salafussoleh mengucapkan tahniah antara satu sama lain apabila datangnya Ramadhan.
• Mujahadah Nafsu.
• Nafsu umpama unta liar. Jika kita nak kawal nafsu, perlu lemahkan nafsu.
• Bagaimana untuk melemahkan nafsu? Lemahkan dengan berpuasa.
• Tunduknya nafsu merupakan satu kejayaan. Kerana orang yang paling hebat adalah orang yang dapat menguasai nafsu.
• Kita dituntut untuk menuntut ilmu adalah untuk diamalkan dan menambah ketaqwaan.
• Puasa meningkatkan taqwa.
• Menangnya ahli Perang Badar adalah disebabkan ‘Taqwa’.
• Masa yang paling baik untuk berubah adalah dalam bulan Ramadhan.
• Perubahan rohani adalah paling penting. Jika tiada perubahan selepas bulan Ramadhan, ada masalah dalam diri.
“Jika kamu berasa kepenatan dalam melakukan kebaikan, ingatlah kepenatan akan hilang dan kebaikan akan kekal. Jika kamu berasa seronok dalam melakukan kejahatan, ingatlah keseronokan akan hilang dan kejahatan akan kekal”.
Maka pujuklah diri dalam melakukan kebaikan…Titik permulaan untuk berubah…
Wsalam…

Khamis, 6 Ogos 2009

Ya Allah...


Jeritan batinku…

Tanda resah yang menyelubungi hatiku…

Hari demi hari ku lalui…

Masih ku tidak temui puncanya…

Adakah ku sudah semakin jauh dari Tuhan…?

Ya Allah ampunkan dosaku…

Adakah Engkau memakbulkan doaku…?

Hatiku masih resah…

Ya Allah…Aku cintakan Mu…


“Sesungguhnya Malaikat Jibrail diutuskan untuk menyempurnakan hajat manusia..Apabila seseorang yang kafir itu memohon, Allah memerintahkan malaikat agar menunaikan hajatnya segera kerana Allah S.W.T benci mendengar kata-katanya. Dan apabila seorang hamba Muslim yang dikasihi memohon, Allah memerintahkan Jibrail agar menahan, menangguhkan dan jangan disempurnakan dengan segera kerana Allah S.W.T amat rindu mendengar suara hamba-hambaNya yang berdoa…Berdoalah memohon agar RedhaNya sentiasa bersama kita..”.



Cinta kepada makhluk yang pasti akan mati…

Sehingga lupa kepada Pencipta yang memiliki Cinta Abadi…

Kerdilnya diri yang masih cintakan duniawi…

Hanya kerana terpesona dengan keindahan permainan cinta yang sementara…

Sehingga sanggup menggadai maruah diri…

Ya Allah, alangkah malunya diriku kepada Mu…

Sesungguhnya Engkau telah menetapkan sebaik-baik perancangan untuk hambanya…

Tetapi aku masih lalai…

Ya Allah ampunkan dosaku…


“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah…Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak…susah dipetik, susah digapai…Kadang-kala epal itu risau, ‘Mengapa diriku belum dipetik?’. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan sebenarnya telah dijadikan Allah begitu tinggi martabatnya sehingga tidak ada sesiapa yang berani memetiknya…Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu menggapainya…mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia, asalkan Cinta Ilahi mengiringi…”.



Mengapa aku sering dikasari…?

Mengapa aku sering dihina…?

Adakah kerana aku ini lemah…?

Bukankah aku sudah berusaha menjadi yang terbaik…

Tetapi mengapa perlakuan mereka masih begitu…

Wahai diri,

Janganlah terlalu suka mempersalahkan orang lain…

Renungilah dirimu…muhasabahlah dirimu sentiasa…

Kerana manusia itu tiada yang sempurna…

Setiap kejadian ada hikmahnya…

Hikmah yang akan diperoleh oleh orang yang sering muhasabah dirinya…


Berkata Imam Dzahabi :

“Kita ini zalim tetapi merasa dizalimi, memakan yang haram tetapi merasa diri kita suci, Fasiq tetapi merasa diri soleh, mencari Ilmu untuk mengejar dunia, tetapi merasa diri mencarinya kerana Allah S.W.T semata-mata…”.


Ahad, 2 Ogos 2009

Medan Tarbiah

Dah dua bulan tak menulis. Rindu nak menulis. Rasa kekok pun ada jugak bila nak start menulis balik. Jari rasa keras semacam je. Tetapi saya taip jugak untuk kongsi cerita..hu2

Alhamdulillah, selesai jugak khusus di PDI. Hampir dua bulan mengikuti Program Intensif Timur Tengah (PITT), tetapi rasa macam baru semalam daftar masuk. Pelbagai ilmu dan pengalaman baru yang diperoleh waktu program tersebut. Rasa macam nak cerita semua tapi takut tak muat space pulak.hu3..

Rasa rindu pulak kat semua pelajar PITT. Terutama yang nak pergi Morocco. Aini, Izzaty dan Naeilah..akak mesti rindu kat korang. Mudah-mudahan kita akan jumpa lagi. Nanti kat Mesir, berpisah pulak dengan budak Jordan. Waaaaa sedihnya…

Oklah, kita lupa pasal pisah-pisah nie. Baik saya cerita aktiviti-aktiviti yang kitorang dah lalui. Mudah-mudahan info-info yang saya dapat, dapat juga dikongsi dan dapat memberi manfaat kepada pembaca. Walaupun sedikit tetapi diharapkan dapat memberi kesan yang mendalam.

Hari 1st masuk daftar, dapat satu bilik dengan Ummu. Tiba-tiba nampak ada seorang gadis manis tengah jalan menghala ke arah saya dengan Ummu. Eh,macam kenai je..owh rupa-rupanya Zulaikha. Pelik jugak, apsal pulak dia datang. Dia takde pulak bagitau yang dia join program nie. Rupa-rupanya jadi pegawai untuk jaga kitorang semua..owh padanlah…

Program Intensif ini bukan hanya memberi pendedahan tentang negara yang akan kita pergi, tetapi juga padat dengan isi untuk mentarbiah jiwa. Macam-macam aktiviti yang kitorang buat, antara yang paling saya suka bila buat lawatan ke rumah anak-anak yatim dan pusat pemulihan akhlak. Rasa insaf pun ada jugak bila dengar cerita mereka. Besar ujian yang Allah beri kepada mereka. Rasa diri ini lemah je. Yelah, saya kalau ujian yang kecil pun saya dah hampir mengalah..Mudah-mudahan Allah S.W.T kuatkan hati saya menghadapi semua ujian yang mendatang. Teringat firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud, :
“Allah tidak memikulkan tanggungjawab kepada seseorang melainkan sesuatu yang sesuai dengan kemampuannya”.

Setiap kejadian yang menimpa seseorang mempunyai hikmah yang tersendiri. Bukan sahaja menjadi pengajaran bagi individu tersebut tetapi juga kepada orang lain. Saya teringat kata-kata salah seorang penghuni pusat pemulihan tersebut kepada saya, “Ingat apa yang akak pesan, tumpukan kepada pelajaran. Jangan kejar cinta yang tidak pasti penghujungnya.” Terima kasih kak. InsyaAllah saya akan ingat kata-kata itu.

Bila menyebut tentang cinta, saya teringat kata-kata seorang sahabat PITT ketika dia menjadi pengerusi majlis. Katanya, “Jika kita menjadikan harta sebagai motivasi diri, ingatlah harta itu pasti akan habis. Jika kita menjadikan ibu bapa sebagai motivasi diri, ingatlah bahawa mereka akan pergi. Tetapi jika kita jadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai motivasi diri, ingatlah bahawa cinta Allah dan RasulNya kekal abadi ”.

Kata-kata itu sungguh bermakna bagi saya. Sumber inspirasi yang paling indah adalah cinta Ilahi. Semua perkara yang kita ingin lakukan mestilah kerana Allah S.W.T. Begitu juga apabila ingin menuntut ilmu. Adakah hanya kerana untuk mendapat segulung ijazah atau hanya untuk mendapat kerjaya yang bergaji lumayan? Bila dengar ceramah dari penceramah-penceramah yang dijemput, rase terbukak sikit minda yang hampir beku ni. Semua orang ada tanggungjawab terutama orang yang berilmu. Menuntut ilmu bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi untuk dimanfaatkan untuk orang lain. Ingatlah, “Tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada”.

Saya begitu tertarik dengan ucapan seorang pelajar PITT ketika mengikuti khusus Biro Tata Negara. Seorang muslimah yang berjiwa kental untuk membangunkan Islam yang bernama Animah. Antara isi kandungannya yang sempat saya copy and paste dalam blog ni adalah “Belajarlah bersungguh-sungguh. Masyarakat memerlukan kita. Tolonglah selamatkan generasi muda di negara ini”. InsyaAllah, saya akan cuba…aminn

Bila tengok pelajar-pelajar PITT, rasa rendah diri pun ada jugak. Masing-masing ada kelebihan yang tersendiri. Betapa tingginya ilmu mereka. Terutama bila dengar mereka bercakap. Petah betul. Contohnya, Toriq, Safwan, Amir, Anim, Ummu, Ika.. .. Jarang betul saya jumpa muslimah yang berani bersuara. Setakat yang saya jumpa baru dua orang, Ummu Hani dan Zulaikha. Saya entah bilalah nak jadi macam mereka.

Sebelum balik semalam, sempat lagi kitorang main game paintball. Seronok bangat tapi dapat main kejap je sebab dah nak balik rumah. Kesian pulak tengok Izzaty, sampai terseliuh tangan dia bila terjatuh. Ishk3. Semoga cepat sembuh..

Rindu dekat semua penghuni PDI. Terima kasih Ust. Jai, Ust. Hatta, Ust. Amir, Usu, Atih dan tidak dilupakan kepada Zulaikha. Kepada semua pelajar PITT, minta maaf saya ucapkan kepada semua. Terima kasih diatas segala ilmu yang dikongsi. Semoga kita semua akan berjaya di dunia dan di akhirat…Marilah kita bersama-sama bergerak untuk membangunkan generasi muda dengan ‘Ruh Jihad’ untuk menegakkan Islam sehingga Islam tidak lagi dihina tetapi bersinar di persada dunia..Aminnnn

UHIBBUKUM FILLAH

(Minta maaf sebab susunan ayat yang tidak begitu kemas dan menarik. Saya menulis mengikut gaya bahasa percakapan..ho3.Sowie..)

Muhasabah Cinta-Edcoustic

Wahai Pemilik Nyawaku,

Betapa lemah diriku ini,

Berat ujian dariMu,

Ku pasrahkan semua padaMu…


Tuhan baru ku sedar,

Indah nikmat sihat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini ku harapkan cintaMu…


Kata-kata cinta,

Terucap indah,

Mengalir berzikir di kidung doaku,

Sakit yang ku rasa,

biar jadi penawar dosaku…


Butir-butir cinta air mataku,

Teringat semua yang Kau beri untukku,

Ampuni silap dan salah,

Selama ini Ya Ilahi..

Muhasabah cintaku…


Tuhan kuatkan aku,

Lindungiku dari putus asa,

Jika ku harus mati ,

Pertemukan aku dengan Mu…

Isnin, 25 Mei 2009

Renungan

Pada suatu hari, datang seorang yahudi kepada Rasulullah S.A.W seraya berkata dengan nada hairan, "Wahai Muhammad!, Kami menyembah Allah dengan menghadirkan hati dan tanpa was-was syaitan. Sedangkan kami terdengar bahawa ada di kalangan sahabat-sahabatmu bersolat tetapi diancam dengan was-was syaitan?"

Lalu Rasulullah S.A.W. meminta Abu Bakar untuk menjawabnya. Lalu Abu Bakar menjawab, " Wahai Yahudi! Diantara rumah yang dipenuhi dengan emas, perak serta banyak harta dengan rumah yang kosong, yang manakah lebih disukai pencuri?"

Yahudi itu menjawab, "Pastilah rumah yang penuh dengan harta itu".
Lalu Abu bakar menjelaskan, "Itulah juga perumpamaan hati kami dengan kamu. Hati kami dipenuhi dengan hidayah, ilmu dan tauhid sedangkan hati kamu kosong. Pastilah syaitan lebih suka hati yang mewah ini. Tetapi ingatlah bahawa Allah sentiasa menjaga hambaNya yang beriman".


(p/s : Penuhilah hati kamu dengan segala hikmah dan kebaikan. Semoga Allah S.W.T memelihara diri kita dari tipu daya Syaitan. )