Isnin, 25 Mei 2009

Renungan

Pada suatu hari, datang seorang yahudi kepada Rasulullah S.A.W seraya berkata dengan nada hairan, "Wahai Muhammad!, Kami menyembah Allah dengan menghadirkan hati dan tanpa was-was syaitan. Sedangkan kami terdengar bahawa ada di kalangan sahabat-sahabatmu bersolat tetapi diancam dengan was-was syaitan?"

Lalu Rasulullah S.A.W. meminta Abu Bakar untuk menjawabnya. Lalu Abu Bakar menjawab, " Wahai Yahudi! Diantara rumah yang dipenuhi dengan emas, perak serta banyak harta dengan rumah yang kosong, yang manakah lebih disukai pencuri?"

Yahudi itu menjawab, "Pastilah rumah yang penuh dengan harta itu".
Lalu Abu bakar menjelaskan, "Itulah juga perumpamaan hati kami dengan kamu. Hati kami dipenuhi dengan hidayah, ilmu dan tauhid sedangkan hati kamu kosong. Pastilah syaitan lebih suka hati yang mewah ini. Tetapi ingatlah bahawa Allah sentiasa menjaga hambaNya yang beriman".


(p/s : Penuhilah hati kamu dengan segala hikmah dan kebaikan. Semoga Allah S.W.T memelihara diri kita dari tipu daya Syaitan. )

Jumaat, 15 Mei 2009

"Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa"
"Segagah mana pun diri bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan"
"Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu jika buruk tingkahlaku"
"Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia jika tiada iman didada"
"Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan digunakan"
"Sealim mana pun warak bukanlah namanya ulama' jika takbur dan riak"
"Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban jika hati sentiasa pada yang Esa".

Hati itu umpama kaca, jangan biar ia pecah...
Akal itu umpama air, janga
n biar ia kering...

Iman itu umpama debu, jangan biar ia hilang...
Persahabatan itu umpama tali, jangan biarkan ia putus...

Menjadi wanita solehah lebih susah daripada menjadi doktor wanita atau lain-lain karier wanita,
Kerana jawatan "solehah jauh lebih susah daripada jawatan-jawatan duniawi...
Sijil ini laku di dunia dan di akhirat,
Lantaran itu syarat-syarat untuk menjadi solehah lebih berat dari syarat-syarat menjadi doktor,
Tempoh masa yang diperlukan untuk latihan menjadi solehah juga lebih lama dari tempoh latihan menjadi doktor...


Isnin, 11 Mei 2009

Khas buat Teman-temanku..

“Aku mencintai Sahabatku…

..Segenap jiwaku..

..Sahabatyang baik adalah seiring denganku..

..dan menjaga nama baikku..

..Ketika aku hidup ataupun selepas aku mati..

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku..

..untuk berkenalan..

..kerana aku akan merasa senang..

Semakin ramai sahabat..

..semakin aku percaya kepada diri..

Aku selalu berharap mendapat..

..sahabat sejati..

Yang tidak luntur baiknya..

..dalam suka dan duka..

..Jika aku dapat,

..aku ingin setia padanya..”

(Dipetik daripada kata-kata Imam Syafi’i)



Ahad, 10 Mei 2009

ArRuhul JaDid


Dia memang saya kagumi..Saya kagum dengan dirinya yang bagaikan tak pernah tahu apa itu erti kecik hati. Saya tidak pernah tengok dia marah tetapi dia selalu kena marah. Malah dia masih boleh tersenyum dengan orang yang marahkannya. Seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa dengannya. Kalau saya mungkin dah tarik muka. Begitu tinggi kesabarannya.

Saya berbual dengan seorang guru yang saya kagumi. Seorang guru yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam mentarbiah pelajar-pelajarnya. Guru itu juga mengakui betapa tingginya kesabaran dia nie. Guru itu cakap sebenarnya jiwa dia besar. Hati yang selalu ditarbiah akan jadi sebegitu rupa. MasyaAllah..Tidak pernah saya jumpa seseorang yang sebegitu rupa.

Kadang-kadang bila saya tengok kawan-kawan saya marahkan dia, saya pulak naik geram. Cukup-cukuplah tue. Jangan selalu marahkan orang takut nanti dibenci orang. Tetapi saya tengok dia nie tetap layan kawan saya dengan baik. Zaman sekarang nie pantang betul nampak orang baik, mesti pijak kepala. Betul kata kakak ipar saya, buat baik nie sakit tetapi ketenangan yang akan dapat tu hanya Allah S.W.T sahaja yang tau.

Betul jugak tue. Kaya harta, kuasa tetapi kalau hati tidak tunduk kepada Allah S.W.T, tidak ada makna apa-apa. Jiwa akan rasa gelisah. Mungkin itu yang dirasai oleh dia ni. Hatinya sudah tenang. Segala perkara yang datang tidak dapat memberi kesan. Jauh lagi dendam. Subhanallah.

Guru saya kata, jiwa yang biasa ditarbiah akan beroleh fikrah yang bukan mudah diperoleh tetapi perlu diperoleh dengan tarbiah. Fikrah yang tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir buruk..Fikrah yang hidup dengan pendirian untuk berjuang fiSabilillah..Indah sungguh kata-kata itu. Saya pun nak jadi orang yang berfikrah. Berjiwa besar(harap badan je beso). Semua orang sudah ke hadapan.

Jika saya nak bandingkan diri saya dengan dia nie pun sudah jauh berbeza. Inikan para para Sahabat Nabi (S.A.W). Jauh saya tinggal ke belakang. Bagaimana nak jadi orang baik kalau tidak ada usaha. Harapkan doa je. mengaji pun malas. Jadi saya perlu berusaha sehingga menjadi seorang Ulamak Besar nanti. Tinggi betul cita-cita.

Sebut tentang cita-cita, Guru saya ada memberikan saya nasihat, "Kalau nak bermimpi, biar impian setinggi langit. Kalau tidak sampai, jatuh dan singgah di puncak gunung. Awak kena optimis dan selalu letak cita dan impian tinggi-tinggi. Sehingga Menjadi Bintang". InsyaAllah, saya akan berusaha. Mungkin saya tidak dapat menjadi matahari dan mungkin juga saya tidak dapat menjadi seperti bulan..Tetapi saya akan terus berussaha sehingga menjadi Bintang yang paling menyerlah...Aminn.

Selamat Hari Ibu

Hepi Befday to u...!Hepi Befday to u..! Seronok bila nak sambut hari jadi. Rasa tak sabar nak meraikannya. Yelah, waktu itulah kita akan dilayan macam raja. Dengan hidangan yang begitu lazat sehingga perut tak berhenti-henti nyanyi padahal perut dah penuh. menyanyi jugak lagi. Itulah padahnya kalau suka menyanyi..huhu (m.maap xde kaitan pun). Paling seronok apabila kita dapat hadiah dari keluarga, kawan-kawan. Sambutan ini sebagai mengenang hari kelahiran seorang pejuang Islam..(kalau kita pejuanglah).
Kalau tak de majlis, hati sedih je. Mulalah buat muka kecik hati sebab Mak tak buat majlis untuk kita. Kita terlalu seronok menyambutnya tetapi pasti ramai yang terlepas pandang tentang sesuatu perkara. Jika kita sambut untuk meraikan kelahiran kita, adakah patut kita lupa kepada orang yang melahirkan kita. Sesungguhnya yang melahirkan kitalah yang paling patut kita hargai kerana dialah yang berjuang antara hidup dan mati untuk melahirkan kita. Kita pula hanya tahu menangis je bila lahir.
Berapa ramai agaknya yang mengucapkan terima kasih kepada ibunya ketika menyambut hari jadi. Sepatutnya ketika Hari Jadi, kita perlu meraikan ibu sekali. Baru adil. Tetapi itu pendapat sayalah, mungkin pembaca ada pendapat yang lain. By the way, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu-Ibu. Hargailah Ibu anda...

Jumaat, 8 Mei 2009

Pengalaman dan Kenangan..huhu

Bismillahirrahmanirrahim….

Menjadi seorang tenaga pengajar rupanya bukanlah mudah seperti yang disangka..Banyak betul cabarannye terutama dengan murid-murid yang baru memasuki alam persekolahan..Nak main je..terutama budak lelaki..yang perempuan pulak suke menjerit…adoii..pening-pening..

Mula-mula mengajar boleh kawal marah lagilah..1st time jadi guru..takde pengalaman..K.Ngah ade pesan, bila pelajar buat perangai jangan gelak nanti dia lagi suka buat perangai lagi..Betul jugak pesan K.Ngah tu, tapi tak tahanlah. Tengok kerenah diorang rase nak gelak je. Tapi itu mula-mula mengaja…

Sekarang nie dah pandai kawal gelak dah. Bila pelajar buat perangai control muke je lah..padahal kat dalam hati dah terguling-guling gelak dah..Murid-murid yang saya ajar nie memang friendly..Kalau saya sampai je mulalah dengar murid jerit “Cikgu baru dah sampai”. Asyik-asyik Cikgu Baru, bukan tau nama saya budak-budak nie. Entah berapa kalilah diorang tanya nama..tapi tempat tinggal sy tau pulak. Mungkin nama Jemapoh tue ada kenan kot. Cepat je budak-budak nie ingat…

Mak ada pesan, jangan dipukul budak-budak nie..tapi mak hilang sabarlah mak…Mula-mula marah je, itupun dah cembeng masing-masing. Tapi besok hari eh buat perangai balik. Yelah, masing-masing baru darjah1 sampai 3. Kena campurkan semua murid tahun 1 hingga 3 sebab cikgu kafa dua orang je. Nasib baik budak-budak eh sikit.. Tapi sekarang nie, entah berapa kali budak nie kena cubit, entah barapa ramai yang dah kena rotan. Kesian-kesian gak, terutama bila tengok yang kecik-kecik tue. Tapi masalahnya yang kecik-kecik tu yang paling banyak buat perangai..Mak pesan lagi, kalau nak rotan, nak marah kena betul niat. Jangan untuk lepas geram tapi niat untuk mengajar. Betul jugak apa yang mak cakap. K.Ngah dengan B.Saleh pun ada pesan, nak mengajar, niat kena ikhlas. Kadang-kadang kita rasa kita mengajar bukanlah hebat sangat macam guru-guru yang berpengalaman tapi cepat je budak nie dapat. Betul apa yang diorang cakap. Ada seorang pelajar nie, dia budak pemulihan khas. Bak kata cikgu yang sebelumnya, budak nie bila ajar huruf alif , besok hari mesti lupa. Mula-mula dengar terfikir nie cabaran pertama..Alhamdulillah…pelajar tu dah banyak ingat huruf.

Ikah dah cuti semester. Cadang nak bawak Ikah mengajar sekali senang kawal murid-murid dari bising tapi tengok-rtengok dia pun join sekali gelak dengan budak-budak nie. Bila saya suruh marah budak-budak yang nakal, dia tak sampai hati sebab budak-budak tu comel. Kesian dan kelakar tengok muka budak-budak nie bila kena marah, katanyalah..Terima kasihlah Ikah eh..huhu

Walau apapun perangai korang, cikgu tetap sayang korang. Keletah korang pasti cikgu akan rindu. Marah cikgu bukan sebab benci tapi sebab cikgu sayang..Cikgu mahu korang semua berjaya dan menjadi pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah, tinggi budi bahasa. Utamakanlah adab kerana menjaga adab akan beroleh berkat. Keberkatan itulah yang akan menjaga kita sehingga berjaya di dunia dan di akhirat..Wsalam..:-)”.


(minta maaflah sebab tak tersusun ayat eh..kejap budak kejap murid, kejap pelajar, ikut suka-suka je..huhuhu)

Rabu, 6 Mei 2009

BIODATA IBLIS LAKNATULLAH

(Berikut adalah maklumat mengenai musuh ketat anda)
Pengenalan Diri
  • Nama Penuh : Iblis Laknatullah
  • Tarikh Lahir : Sejak ia enggan sujud kepada Adam apabila diperintahkan Allah S.W.T
  • Status Diri : Fasiq Kelas Pertama
  • Agama : Kufur
  • Tempat Tinggal : Hati org yg lalai
  • Kawassan : Semua tempat yg tidak ada manusia yang dalam usaha mengingati Allah S.W.T
  • Arah Perjalanan: Tiada haluan
  • Tempat Tinggal : Neraka Jahannam
  • Isteri di Dunia : Setiap wanita yg tidak menutup aurat
  • Kaum Kerabat : Semuya golongan Tirani
Amalan Harian
  • Jenis Tunggangan : Pembohongan
  • Komunikasi :Mengumpat/ Mengintip
  • Daya Tarikan : Tipu dayanya sangat lemah
  • Perangkap : Wanita
  • Kegemaran : Menggoda wanita
  • Cita-cita : Supaya semua manusia sesat
  • Kod Isyarat : Aku
  • Penghibur : Org yg berhibur tanpa mengingati Allah
  • Yang Ditakuti : Hati manusia yang sujud kepada Allah S.W.T
Status Perniagaan
  • Modal Pusingan : Angan-angan kosong
  • Musuh Saingan : Setiap orang Islam
  • Motto Kerja : Hipokrasi asas akhlak
  • Kesukaannya : Orang yang lalai dan tidak mengingati Allah S.W.T
  • Lambang Korporat : Sebarang tatu
  • Sifatnya : Mengikut keperluan
  • Sumber Rezaki : Harta haram
  • Jenis Perkhidmatan : Menggalakkan kemungkaran
  • Arahannya : Mengarah manusia melakukan kejahatan
  • Jawatannya : General Manager golongan zalim
  • Hala Perjalanan : Menuju neraka
  • Rakan Kongsi : Syaitan, Jin dan golongan Munafiq
  • Tempat Pertemuan : Pasar
  • Dalil-dalil Hujah : Fatamorgana
  • Uniform Kerja : Segala warna
  • Yang Melemahkannya : Istighfar
  • Pejabat : Tandas dan Bilik air
  • Bilik Operasi : Tempat najis dan maksiat
  • Tempoh Khidmat : Sehingga hari Qiamat
  • Laba Perniagaan : Masuk angin keluar asap
(Dipetik dari Kitab-Alwiqayah Min Al-Jin Wal Syaitan)

DaNau HaTiKu

Mengapakah orang yang jahil dipuja, orang yang berilmu pula sering dihina...
Dunia sudah terbalik, keadaan dunia semakin terbalik. Dari zaman jahiliah ke zaman berilmu dan kini kembali ke zaman jahiliah..Kejahatan dibanggakan, kebaikan dimalukan...Adakah bangga dengan kehidupan sekarang? Kepimpinan disalah gunakan, pembatasan bukan muhrim semakin berkurangan, didikan agama semakin hilang penghayatan..
Bukankah suka negara maju? Tetapi maju dengan kejahilan yang ditegakkan..Manusia yang membawa kecelakaan, Adakah semakin hampir hari pembalasan...??!!






Selasa, 5 Mei 2009

Ku meRindui Mu Ya ALLAH......


Ya Allah, Cinta Mu terlalu Agung...
Ya Allah, Adakah aku layak ke SyurgaMu sedangkan hari-hariku yang berlalu dipenuhi dengan dosa...
Ya Allah, Mengapakah aku tewas dengan godaan hawa nafsu yang membencikan kebenaran...
Ya Allah, Sesungguhnya aku tahu pintu taubat masih terbuka, tetapi aku malu kerana sering memungkiri janjiku kepada Mu...
Ya Allah, aku malu, aku takut kepada Mu Ya Allah...
Ya Allah, Diriku umpama peminta sedekah tetapi aku terus sombong dengan melakukan maksiat kepada Mu....
Ampunkanlah diriku Ya Allah, Ampunkanlah.....