Isnin, 8 November 2010

Siapa tidak mahu cantik?

Sudah begitu lama saya tidak update blog nie..rasa rindu jugak..terlalu banyak perkara yang hendak dikongsikan disini, tetapi masa dan keadaan begitu cemburu hingga blog ini kesepian bagai tidak bertuan...

Saya begitu tertarik untuk membincangkan berkenaan iklan-iklan di tv tentang kecantikan samada kecantikan bentuk badan,wajah,rambut. Siapa yang tidak mahu cantik? Semua orang ingin jadi cantik. Saya juga ingin kelihatan cantik. Kerana semua orang suka kepada sesuatu yang nampak indah. Tetapi mari kita muhasabah bersama-sama, adakah kita juga mengambil berat tentang kecantikan dalaman? Saya rasa tidak salah jika saya mengatakan, kini lebih ramai yang mementingkan kecantikan rupa daripada memmikirkan kecantikan akhlak..

Tidak salah untuk cantik, tetapi perlu berpada-pada. Jangan sampai kita lupa untuk bersyukur. Soalkan pada diri, kepada siapa kita hendak pamerkan kecantikan tersebut. Jika kita lihat, mesej-mesej iklan tersebut lebih tertumpu untuk menarik perhatian lawan sejenis. Untuk memikat. Untuk dipuji. Untuk kekasih. Sehingga hal dalam kain perempuan yang patut kita tutup pun nak diiklankan. Untuk apa? Agar lelaki tidak bau hanyir tetapi bau harum. Bila bau harum, baru lelaki ramai nak dekat. Rasa malu. Memang memalukan. Saya tidak menyalahkan iklan 100% kerana yang dipaparkan adalah realiti yang berlaku sekarang. Masyarakat terlalu ghairah untuk kelihatan cantik di mata manusia tanpa menghiraukan pandangan Agama.

Apa yang berlaku apabila terlalu ghairah untuk kelihatan cantik menawan? Maka mulalah tidak sedar antara halal dan haram. Wajah yang memang indah itu hendak diubah lagi agar lebih menawan..Jika dahulu susuk kini pembedahan plastik, suntik botox, menjadi pilihan agar kelihatan kekal muda...Nauzubillah,semoga kita dapat bersama menjaganya dan tidak mengikut telunjuk nafsu. Apabila mengikut telunjuk nafsu, pasti tindakan kita akhinya memudaratkan diri sendiri. Saya kagum dengan seorang superstar hollywood tidak saya ingati namanya, yang memberi pendapatnya tentang kecantikan, beliau berkata, kenapa perlu risaukan tentang umur yang sedang meningkat, dan kedut-kedut dimuka..Kita pasti akan tua, jadi kenapa hendak bimbangkan semua itu, tetapi hargailah apa yang telah kita dapat dan yang sedang kita kecapi sekarang..bagus. sedangkan orang yang bukan Islam pun boleh memahami konsep bersyukur..

Saya begitu tertarik dengan kata-kata seorang penceramah..:
“Kita suka bersolek, bebedak, sanggup botox, diet dan berbelanja berapasahaja asalkan kita cantik. Kita bersungguh-sungguh menghiaskan dirisedangkan itu semua akan menjadi makanan ulat dan akan reput di kubur.Tetapi kenapa kita tak sanggup berbuat apa sahaja untuk roh yang akan...kekal dan menerima akibat di syurga dan neraka?” - Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Mari kita bersama muhasabah diri kita, apakah tujuan kita untuk kelihatan cantik? Adakah untuk mendapat pujian? Adakah untuk menyenangkan hati setiap yang memandang? Adakah sebagai alat untuk memuaskan nafsu? Adakah untuk kita menjaga kurniaan Allah ini dan untuk dipertontonkan hanya kepada yang berhak? Tepuk dada tanya iman. Kita sama-sama manusia, dan ada kelebihan dan kekurangan. Kerana itu kita perlu saling ingat mengingati kerana manusia mudah lupa dan leka..Uhibbukum Fillah..Mari mengejar redha Ilahi...sebelum saya menamatkan coretan ini, mari kita bersama mengahayati sepotong lirik lagu dari kumpulan Hijjaz ini.."Utamakanlah pandangan Allah, daripada pandangan manusia".Sekian..Maaf atas salah dan silap saya..dan jika hendak berkongsi ilmu atau teguran, dipersilakan , kerana penulis juga manusia..'Hayya 'alal falah..'

1 ulasan:

sayapkiri_2210 berkata...

betul,sokong nakiah..cerite dlm kain pun nak heboh2 kat tv..dpd org lelaki xtau jd tau..tak perlu lah iklan yang melampau2 sbb yg malunye sape?kite jugak...:(kecantikkan..stp yg allah jdkan 2 sume cantik.