Selasa, 18 Oktober 2011

Musim Sejuk...

Fatrah pertama musim sejuk telah tiba. Ada rumah yang dah mula guna lihaf (selimut tebal). Mungkin disebabkan kedudukan rumah tersebut yang begitu hampir dengan sungai Nil. Rumah penulis ni,masih terkawal lagi. Masih boleh lagi guna selimut nipis. Mungkin disebabkan kedudukan rumah penulis agak jauh sedikit dari sungai Nil dan terletak di tengah-tengah yang padat dengan imarah-imarah(bangunan) lain..

Apabila pertukaran musim ini, demam selsema pun bermula.. Mula-mula lihat kawan-kawan Mesir dan Melayu je yang demam. Cuba jugak jaga kesihatan, tapi akhirnya penulis pun demam selsema sekali. Alhamdulillah, mudah-mudahan kafarah dosa. Hampir 4 hari tidak pergi ke Maahad. Sedih jugak sebab jadual belajar terganggu, tapi redha itu lebih utama. Kena sihat betul-betul baru pergi Maahad. "Mukmin yang kuat lebih disukai Allah daripada Mukmin yang lemah" Alhamdulillah, hari ni badan terasa sedikit bertenaga. Tetapi tidak boleh terlalu aktif. Maka tak pergi Maahad. Sambil rehat-rehat di rumah, ok jugak tulis blog sebab dah lama tak update. Memaandangkan penulis sangat suka bercerita, kena menulis sahaja sebab takde pendengar yang nak mendengar.. Apa nak buat, kuat sangat bercakap sampai orang malas nak layan. Jadi sapa yang nak layan cerita penulis, silalah layan. Moga-moga apa yang baik dapat dimanfaatkan bersama, mana yang kurang,dengan hati terbuka, penulis mengalu-alukan sebarang teguran.

Sudah sebulan lebih tinggal di rumah baru..Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan Allah. Semoga penempatan baru ini adalah yang terbaik. Walaupun hasrat di hati ingin rumah di tingkat yang rendah, tetapi Allah tetapkan tinggal di rumah di tingkat yang paling tinggi..Antara hikmahnya dapat turunkan berat badan disebabkan berat badan yang bertambah selepas bulan puasa..hehe..

Adik-adik baru pun dah sampai. Dua orang. Atiq dan Masyit0h. Kedatangan mereka menyerikan lagi rumah baru ni. Allah memurahkan rezeki mereka apabila kakak-kakak Qiraat tahun akhir yang ingin pulang ke Malaysia meninggalkan barang-barang kepada mereka. Jimat duit. Tak perlu nak pening-pening kepala membeli barang-barang keperluan harian. Barakallahufik.

Pada 13 Oktober 2011, sebuah Majlis Anugerah Kecemerlangan diadakan di Abbasiyyah. Seronok. Majlis ini juga diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar Negeri Sembilan yang telah tamat pengajian di Mesir ini. Terpamer kegembiraan di wajah mereka. Penulis tumpang gembira. Terbayang kegigihan mereka untuk berjaya. Tertarik saya dengan kata-kata Nadia,graduan dalam bidang Syariah, "Orang yang berjaya bukanlah orang yang pandai, tetapi orang yang berjaya adalah orang yang rajin"..dan juga kata-kata Naduan, graduan dalam bidang Takhassus Qiraat,"Jangan pernah menyerah kalah,pernah pun jangan apatah lagi menyerah kalah. Jangan kita cuba-cuba untuk menyerah"..Penulis termenung sejenak apabila mendengar kata-kata mereka.

Walaupun acap kali kita mendengar kata-kata ini, tetapi fitrah manusia yang sering lupa sentiasa memerlukan teguran dan ingatan. Benar kata mereka. Berapa ramai orang yang pandai namun gagal dalam pelajaran. Mungkin disebabkan berasa kagum dengan diri sendiri atau terhanyut dengan pujian sehingga ramai yang lupa diri. Sikap malas pun menjalar sedikit demi sedikit. Sehingga apabila hampir dengan musim peperiksaan, kelam kabut. Mula menyerah kalah. Apabila gagal, menyesal dan terus putus asa untuk usaha lagi. Alangkah bahayanya apabila sikap putus asa menjadi pegangan diri. Putus asa dari mengharapkan kebaikan daripada Allah. Maka terus mengerjakan perkara yang sia-sia dan mengundang kepada maksiat. Putus asa ke arah kebaikan adalah feel syaiton.Terus usaha dalam maksiat juga feel syaitan. Nauzubillah min zalik.

Maka mari kita bersama-sama meneruskan misi kita. Hidup kita perlu ada matlamat. Matlamat boleh dicapai melalui pelbagai wasilah. Tetapi wasilah yang kita lalui perlulah sentiasa bersandarkan pada AL-Quran dan As-Sunnah. Kadang-kala kita akan tersungkur di tengah perjalanan. Ketika tersungkur, pelbagai nikmat duniawi akan datang menjenguk ingin memberi bantuan. Bantuan inilah yang paling kita takuti, bantuan untuk mengaburkan jalan sehingga matlamat kabur dan hilang secara perlahan-lahan. Jadi bagaimana untuk menghindarinya? Bekalan paling utama adalah Iman. Keduanya Ilmu. Itulah sebabnya kita perlu belajar. Perjalanan hidup kita perlu dengan ilmu. Segala-galanya di dunia ini perlukan ilmu. Ilmu yang bagaimana? Ilmu yang ditinggalkan oleh Nabi kita SAW melalui Al-Quran dan Hadithnya serta pewaris-pewaris Baginda..Siapa pewaris-pewaris Baginda?Ulamak...

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ

Ulama adalah pewaris para nabi.” (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu ‘anhu)

Ramai juga yang tersungkur di tengah perjalanan walaupun dibekalkan dengan iman dan ilmu..Kenapa ye? Iman ini boleh naik dan turun. Setiap perjalanan kita, pasti kita akan diuji. Ujian inilah mengukur tahap keimanan kita. Firman Allah SWT didalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud "Allah tidak memikulkan tanggungjawab kepada seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya". Jangan pernah sesekali menyerah kalah pada ujian. Apabila menyerah kalah, maka disebabkan itulah kita akan merasa putus asa pada Allah. Kenapa perlu diuji? Kerana syurga itu terlalu indah dan mahal untuk dimiliki. Alangkah beruntungnya orang-orang yang sabar dan tabah menghadapi setiap ujian.

Siapakah yang akan menyambut tangan ketika kita terjatuh di perjalanan?
Tangan yang ikhlas akan menyambutnya. Teman yang sejati. Teman yang akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan. Teman yang akan selalu menegur dan membetulkan ketika kita melakukan kesilapan. Teman yang sentiasa bercakap benar walaupun pahit untuk kita telan. Teman yang akan sentiasa membuka minda dan hati kita. Teman yang setiap perlakuannya mengingatkan kita kepada Allah..Siapakah teman itu? Teman yang mempunyai matlamat yang sama dengan kita. Teman yang menjadi peneman dalam perjalanan menuju matlamat kerana Allah. Itulah teman atau dalam istilah lainnya jemaah. Itulah pentingnya kita berjemaah dalam melakukan kebaikan. Jika kita tidak dapat jumpa teman yang sebegitu, kita berusaha untuk menjadi teman yang mempunyai ciri-ciri itu. Memberi itu lebih baik dari mengaharapkan sesuatu daripada orang lain.

Setakat itu sahajalah entry kali ini. Jom kita belajar. Usaha-usaha jugak doa jangan lupa..minta maaf jika ada yang kurang..Jika ada sebarang tambahan atau teguran penulis mengalu-alukan..wsalam...=)

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jaga diri adik kak lang..kekeke... musim sejuk ko?..mesti boku kan..tapi takpo..awak yang pilih ke sanun..so tompuh yolah.baru lah ado pengalaman..by the way..jaga diri..semoga sentiasa dilindungi Allah.

ADIB berkata...

Haha..ye InsyaAllah,jage diri.Yup,doakn kiah kuat eh..Syukran diatas doa..Semoga kak Lang pun dilindungi Allah SWT jugak...=)

AHKIALUZ berkata...

Cik kiki,sumo ujian tu akan berakhir.Kono byk sbar.Mcm hdup jgk.Yg takdo awal dan akhir cumo Allah ta'ala.Setiap orang yg berjayo tnpo sebarang usaha,itu bkn kejayaan tpi kebetulan.Nak syurgo macam tu jgk.Kono usaho.Org yg pandai ni tak samo dgn org yg faham. Menuntut ilmu ni jihad fisabilillah.Memanglah berliku jalan eh sbb syurgo xdapek boli dgn duit wlupun kt ado 1 trillion..! (^_^)

ADIB berkata...

syukran cik ika..suka bangat ayat kamu..betul apa yang hang cakap..doakan dn eh..mudah-mudahan kuat tempuh dugaan..semoga kite sama-sama berjaya dunia dan akhirat..=)

AHKIALUZ berkata...

Cik kiki,ko mmg kuat. Kalo ko tak kuat,maso tahun satu lagi ko da cabut balik malaysia. Ni dah nak masuk tahun akhir dah. Allah tu Maha tahu segonap isi hati.Allah tgh tarbiyah ko, dn & kt sumo.Moga doa kita untuk beroleh kekuatan dan ketabahan terus diangkat kelangit paling atas tanpa hijab. Amin ya Rabb..(^_^)

ADIB berkata...

amin...semoga kita termasuk dalam golongan orang yang tabah dlm mghadapi ujian..dan semoga kite terselamat dari fitnah dan tipu daya dunia yang melalaikan..syukran sekali lagi..=)