Tidak syak lagi bawa kekuatan tarbiyah dan pendekatan dakwah serta jihad
Ikhwanul Muslimin selama 84 tahun – dengan izin Allah – menyebabkan ia
mencapai kejayaan besar di Mesir apabila pemimpin Ikhwan Muhammad Morsi
Isa al-Ayyat dipilih sebagai Presiden Mesir, selepas kejatuhan diktator
Hosni Mubarak
Beliau yang berkelulusan jurutera dari Unversiti Southern California mewakili Freedom and Justice Party, berumur 60 tahun.
Ini sebuah sejarah gilang gemilang bukan saja bagi Ikhwan Mesir,
bahkan juga gerakan Islam sedunia, termasuk PAS. Ini kerana demikian
ramai pemimpin PAS semua peringkat – sejak dahulu lagi – mendapat
inspirasi perjuangan dari Ikhwanul – Muslimin.
Demikian banyak buku-buku Ikhwan yang mengalir dan ditelaah oleh
pendukung Abim dan PAS. Di samping itu demikian ramai pendukung PAS
sejak dahulu lagi mengikuti usrah dan tamrin Ikhwan bukan saja di Mesir,
bahkan di Jordan, Syria dan sebagainya.
Pemikiran Ikhwan adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu :
1. Baiki diri – 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain
2. Baitul Muslim
– didik keluarga dgn cara Islam dan hormati fikrah Islam
- Dahulukan hak dan Tanggungjawab
- Dahulukan hak dan Tanggungjawab
3. Bimbing Masyarakat
- kembangkan aspek dan budaya Islam dalam masyarakat
- Amar Makruf Nahi Munkar
- Amar Makruf Nahi Munkar
4. Kerajaan Islam
5. Bebaskan tanah air daripada kuasa asing
6. Satukan negara-negara Islam
7. Panji-panji Islam kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah
Ini asas pendekatan tarbiyah dan dakwah Ikhwan sejak ditubuhkan
hingga kini dan atas asas ini gerakan Islam itu mencapai kejayaan.
Ahli-ahli Ikhwan ini dididik dengan ilmu dan mencintai ilmu, justeru
ilmu adalah senajata ampuh menghadapi musuh. Pernah ketika suatu,
pemimpin tertinggi Ikhwan, Abd Qader Audah mengadakan tamrin untuk
pendukung Ikhwan di Iskandariah, di sana dia diperkenalkan seorang demi
seorang dengan ahli usrah dan mengadakan perbincangan.
Seorang pemuda, ahli usrah, berhujah dengan Abd Qader Audah di majlis
itu di mana pemimpin Ikhwan itu sangat kagum dengan hujah yang
dikemukakan oleh anak muda itu.
Esoknya, Abd Qader Audah pergi ke Pelabuhan Iskandariah dan merenung
dari jarak yang tidak begitu jauh, seorang anak muda sedang memikul
tepung gandum dari daratan ke pelabuhan untuk diangkut oleh kapal bagi
dieksport ke luar negeri.
Abd Qader Audah mengenali anak muda yang memikul guni berisi gandum
itu adalah ahli usrah yang berdebat dengannya malam tadi. Barulah dia
tahu anak muda itu dengan kepetahan dan ilmunya, adalah hasil didikan
Ikhwan di Iskandariah walaupun ia hanya buruh pelabuhan.
Inilah hasil didikan Ikhwan dalam membentuk kader-kadernya –
mencintai tarbiyah dan dalam masa yang sama mengisi ilmu di dada. Inilah
juga pendekatan Ikhwan di mana-manapun sejak dulu hingga kini.
Namun dengan perubahan zaman dan keadaan, Ikhwan membuat pembaharuan
pendekatan untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini, namun asas
perjuangan Islammya tidak berubah. Pendekatan baru seumpama inilah juga
yang dilakukan oleh gerakan Islam An-Nahdah, Tunisia yang dipimpin oleh
Rashad Ghanousi hingga mencapai kejayaan dalam Revolusi Jasmin yang
menggulingkan diktator Zain-e-Abidin dan menyebabkan An-Nahdah mencapai
kejayaan besar dalam pilihan raya Tunisia tahun lalu.
Pendekatan baru Ikhwan dan An-Nahdah dengan mengadakan anggagement
dengan semua golongan masyarakat, termasuk bukan Islam akhirnya
menyerlahkan kejayaan besar. Gerakan Islam ini merobah wajahnya dari
dilihat bengis, tanpa kompromi, terlalu eksklusif dan tiada tolak ansur
kepada dasar terbuka dan lunak.
Sejak berlaku Arab Spring di Mesir, Tunisia dan lain-lain, wajah
Ikhwan dan An-Nahdak berubah sama sekali dan pendekatan barunya
menghasilkan kejayaan.
Di rantau sebelah sini, PAS sebagai gerakan dan parti politik Islam
turut mengadakan perubahan imej dan mengadakan pendekatan baru apa yang
dipanggil tahalluf-siasi, iaitu mengadakan pakatan dengan parti lain dan
hasilnya sangat berjaya. Inilah perubahan dalam politik dan gerakan
Islam masa kini dan PAS mempeloporinya di Nusantara ini.
Adapun kejayaan Ikhwan baru-baru ini telah dibayar dengan harga yang
sangat mahal oleh pendukungnya. Ribuan yang mati syahid kerana
perjuangan ini, termasuk Imam Hassan Al-Banna, Hasan Hudaibi, Abdul
Qader Audah, Syed Qutb dan sebaris nama lagi yang sangat panjang.
Kerana itu apabila pendukung gerakan Islam di mana-manapun merayakan
kemenangan Ikhwan Mesir ini, sebenarnya ia merayakan kemenangan gerakan
Islam seluruhnya. Pendukung PAS dan Abim sejak lama dulu telah disirami
tarbiyah oleh tokoh-tokoh Ikhwan sendiri dan dalam masa yang sama
mentelaah buku-buku yang ditulis oleh tokoh Ikhwan yang melimpah di
negara ini sejak sekian lama.
Masih segar dalam ingatan saya dan teman-teman yang lain mengenai
tarbiyah yang disampaikan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor, Ustaz
Yahya Othman, Ustaz Abdul Hadi Awang dan tokoh lain. Mereka ingin
mengingatkan pendukung PAS akan erti istiqamah pada perjuangan, niat
yang ikhlas, pengorbanan dan jihad.
Hari ini ketika Ikhwanul-Muslimin menyambut kemenangannya, PAS turut
merasa gembira dan bersyukur kepada Ilahi. Ini sebuah kejayaan yang
diperoleh dengan perjuangan panjang yang dilatari darah, keringat dan
air mata. Pada pendapat saya, PAS perlu meladani perjuangan Ikhwan ini,
walapun dalam suasana dan iklim berbeza. sumber klik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan