Isnin, 2 Julai 2012

Genius Dr Aafia Siddiqui..Berapa ramai yang senasib dengan Beliau? Wahai Pejuang Islam, Bangkitlah!!!!

Siapakah yang akan membebaskan Aafia Siddiqui?

Pada bulan Mac 2009, dua orang wartawan wanita dari Amerika, Euna Lee dan Laura Ling, telah ditahan oleh tentera pengawal sempadan Korea Utara ketika sedang melakukan liputan untuk sebuah rancangan TV Terkini yang berpusat di California.  Mereka kemudiannya dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana “berkelakuan ganas” dan memasuki Korea Utara secara haram.  Ketika menjalani hukuman penjara, pihak Amerika telah berusaha keras untuk membebaskan kedua-dua wanita itu dan pada bulan Ogos 2009, bekas Presiden Amerika, Bill Clinton telah diutuskan untuk berbincang dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong II.  Perjumpaan itu ternyata berhasil dan kedua-dua wartawan wanita itu kemudiannya dibebaskan.

Pada bulan Mac 2003, seorang wanita juga ditawan dan dipenjarakan.  Wanita malang itu bergelar Aafia Siddiqui.  Sepertimana wartawan Amerika tadi, beliau juga seorang wanita, menerima pendidikan dan bekerja di Amerika dan ketiga-tiga anak beliau adalah warganegara Amerika.  Namun, tidak seperti wartawan Amerika yang ditahan enam tahun selepas beliau itu, Aafia adalah seorang wanita Muslimah dan beliau tiada pemimpin yang boleh memelihara serta mengurusi masalah yang dihadapinya.

Inilah kisah beliau

Dr Aafia Siddiqui telah dilahirkan di Karachi, Pakistan pada 2hb Mac, 1972.  Beliau merupakan salah seorang daripada anak-anak Mohammad Siddiqui, iaitu seorang pegawai perubatan yang mendapat pendidikan dan latihan perubatan di England, dan Ismet.  Beliau juga adalah ibu kepada tiga orang cahayamata dan merupakan seorang yang “tahfiz” al Quran.  Dr Aafia dan ketiga-tiga orang anaknya telah ditahan oleh Ejen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003 dan kemudiannya diserahkan ke pihak Amerika di Afghanistan, di mana beliau telah dipenjarakan di Bagram dan dirogol berulang-kali, dicabul kehormatannya dan dikasari selama bertahun-tahun lamanya.  Satu laporan di dalam akhbar Pakistani Urdu pada ketika itu menyatakan bahawa Aafia dan anak-anaknya telah diculik oleh pihak penguasa Pakistan dan dimasukkan ke pusat tahanan.

Moazzam Begg dan beberapa orang bekas tahanan Amerika yang lain melaporkan bahawa seorang tahanan wanita digelar “tahanan 650” telah dimasukkan ke Pangkalan Udara Bagram di Afghanistan.  Yvonne Ridley, penulis Cageprisoners.com telah menulis tentang “tahanan 650”(Aafia), mengenai kisah penyiksaan dan penderaan ke atasnya di mana beliau dirogol berulang-kali selama empat tahun.

 “ Tangisan dan raungan wanita tidak berdaya ini bergema(dengan penuh nada penyeksaan) di dalam penjara itu, sehingga mendesak para tahanan untuk melancarkan mogok lapar.” Yvonne menggelar beliau sebagai wanita bayangan kerana beliau adalah mirip seperti hantu, sesuatu yang tangisan, rintihan dan raungannya terus menerus menghantui sesiapa sahaja yang mendengarnya.  Suara seperti ini tidak akan pernah berlaku pada wanita Barat.”

Kedua-dua pihak kerajaan Pakistan dan pihak bertanggungjawab di Amerika menafikan sebarang pengetahuan tentang kisah pemenjaraan dan penahanan Aafia sehingga kisah beliau terbongkar ke perhatian umum dan mendapat tumpuan pihak media.  Fitnah dan pertuduhan serta merta direka terhadap beliau kononnya beliau telah terlibat dengan keganasan dan tuduhan tidak masuk akal bahawa beliau telah merampas senjata dari pegangan seorang tentera Amerika dan menembak seorang pegawai tentera Amerika.
Pada 4hb Ogos 2008, pendakwaraya persekutuan di Amerika mengesahkan bahawa Aafia Siddiqui telah diekstradikasi dari Afghanistan ke Amerika di mana beliau telah ditahan sejak pertengahan bulan Julai 2008.  Pihak pentadbiran Amerika mengatakan bahawa Aafia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Afghanistan di luar kompaun Gabenor Ghazni dan memiliki beberapa manual tentang letupan dan “bahan kimia merbahaya di dalam sebuah bikar yang bertutup” yang terdapat di dalam pegangannya.  Mereka seterusnya menuduh bahawa ketika ditahan reman, Aafia telah melepaskan tembakan kepada pegawai-pegawai pihak berkuasa Amerika(tiada sesiapa diantara mereka yang tercedera), namun sebaliknya, Aafia sendiri yang

Pada bulan Ogos 2008, sebuah penulisan dalam The News telah mendedahkan penderaan yang telah dilakukan terhadap Aafia semasa beliau ditahan di bawah penjagaan Amerika:
•    Sebelah dari buah pinggangnya telah dibuang
•    Semua gigi beliau telah dicabut
•    Hidung beliau telah dipatahkan dan dibetulkan semula dalam keadaan yang tidak sempurna
•    Luka tembakan beliau tidak dirawat dengan sempurna, menyebabkan darah berterusan mengalir dari lukanya dan dibiarkan membasahi pakaian beliau

Pada 11hb Ogos 2008, akhbar Reuters melaporkan, Aafia muncul di hadapan mahkamah untuk bersidang dengan berkerusi roda, dan peguamnya telah merayu kepada hakim supaya memastikan beliau mendapat rawatan perubatan yang sepatutnya.  Elizabeth Fink, salah seorang peguam beliau berkata kepada hakim:

 “ Dia telah berada di sini selama seminggu wahai Tuan Hakim, dan tiada seorang doktor pun yang merawat beliau, walaupun pihak berkuasa Amerika tahu bahawa beliau telah ditembak.”


Peguam Aafia, Elizabeth Fink memberitahu hakim persekutuan di New York bahawa terdapat bukti yang menunjukkan Aafia telah dipenjarakan dan diperlakukan tanpa peri kemanusiaan dalam jangka masa yang panjang.  Menurut dokumen yang diserahkan oleh Fink kepada mahkamah, Aafia telah memberitahu kakitangan penjara, beliau sangat risaukan anak-anaknya dibiarkan kelaparan, kebuluran dan diseksa.  Beliau seterusnya menyuruh mereka untuk membungkus makanan dari pinggannya dan menghantarkan kepada anaknya di Afghanistan.

Seorang lagi peguam beliau, Elaine Whitfield Sharp berkata, “Kami tahu beliau pernah berada di penjara Bagram untuk jangka waktu yang lama.  Ianya sangat lama.  Menurut klien saya, beliau ditahan di sana beberapa tahun didalam penjagaan pihak Amerika, dan beliau diperlakukan dengan amat kejam.”

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah.  Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau.  Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang.  Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder)

Perbicaraan Aafia Siddiqui akan bermula pada minggu ini.

Lihatlah! Betapa dengan ketiadaan Khilafah, Aafia Siddiqui dan seluruh Muslim di dunia ini adalah seperti orang yang merempat, tiada negara dan tiada pembelaan, seperti yang diperingatkan oleh Sallallahu Alaihi wa Sallam, Kita adalah seperti buih-buih dan puing-puing yang di hanyutkan oleh arus lautan.

 “Manusia akan suatu masa nanti menyeru sesama mereka untuk menyerang kalian seperti orang-orang yang mengelilingi hidangan”. Ada yang bertanya, “Adakah ini berlaku kerana bilangan kami yang kecil ketika itu?”.

Rasulullah SAW menjawab, “ Tidak, bahkan jumlah kalian banyak namun kalian adalah seperti buih-buih yang dibawa air. Allah mengangkat kegerunan musuh terhadap kalian dari dada-dada mereka dan mencampakkan penyakit wahn ke dalam jiwa-jiwa kalian”. Ada yang bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah penyakit wahn itu?”.

Rasulullah SAW menjawab, “Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.” [Abu Daud dan Ahmad]

Penyakit wahn inilah yang telah menyebabkan pihak berkuasa Pakistan dengan kejinya menculik dan menyerahkan seorang wanita Muslimah kepada pihak kuffar Amerika, sedangkan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: “ Seorang Muslim adalah bersaudara dengan Muslim yang lainnya, maka janganlah dia menindas saudaranya dan jangan sekali-kali dia menyerahkan saudaranya yang lain kepada pihak yang menindas” [HR Bukhari]

Penyakit wahn ini jugalah yang menghalang para pemerintah di dalam wilayah-wilayah Islam untuk mengangkat jari-jemari dan tangan-tangan mereka untuk mempertahankan maruah dan kehormatan kaum Muslimah dan membebaskan bukan sahaja Aafia, malahan beribu-ribu kaum Muslimin yang merengkok di dalam penjara di Guantanamo, Bagram dan pusat-pusat tahanan rahsia CIA, sedangkan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda mengingatkan mereka: “ Sesungguhnya, adalah menjadi kewajipan ke atas kaum Muslimin untuk membebaskan tahanan mereka ataupun membayar tebusan untuk mereka”

Penyakit wahn ini jugalah yang mendorong para pemimpin Dunia Islam untuk memenjara, menyeksa dan mendera beribu-ribu golongan Muslim yang ikhlas berjuang menegakkan Islam, di dalam penjara kejam mereka, sedangkan Hisham bin Hakeem meriwayatkan, : “Aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: “ Allah akan menghukum mereka yang menghukum orang lain di dunia.” [HR Muslim]

Namun begitu, kita haruslah sedar dan ingat bahawasanya kita sebenarnya bukanlah sentiasa merempat dan bahawa kita tidak pernah mempunyai Negara yang membela kaum Muslimin.  Tatkala Negara(Daulah) Islam wujud suatu ketika dahulu, maruah dan kehormatan para wanita Muslimah telah dipelihara dan tahanan-tahanan Muslim dibebaskan.

Pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa’ telah mencabul kehormatan seorang wanita Muslimah dengan mengikat hujung kain yang dipakainya kepada kerusi dan menyebabkan auratnya tersingkap.  Seorang lelaki Muslim yang kebetulan berada di situ ketika itu, telah bangun membela dengan membunuh Yahudi tadi.  Kaum Yahudi kemudiannya membalas dendam dengan membunuh pula lelaki Muslim itu.  Kaum keluarga lelaki Muslim itu telah meminta bantuan kaum Muslim yang lain, dan Baginda SAW telah menghantar pasukan tentera Muslim untuk menyerang Yahudi Bani Qainuqa’ dan selepas lima belas hari bertempur, kaum Muslim berjaya menghapuskan seluruh Bani Qainuqa’ dari tanah Madinah.

Imam ibnu Athir mencatatkan dalam “Al-Kamil fi Tarikh”, sebuah kisah yang terkenal mengenai seorang wanita Muslimah yang telah ditangkap oleh puak Rom dan ditahan di satu tempat bernama ‘Amuriyyah.  Tidak puas dengan menahan beliau, mereka juga telah cuba untuk mencabul kehormatan wanita Muslimah itu.  Bersendirian dan ketakutan, wanita itu memanggil nama Khalifah pada ketika itu “Oh Mu’tasim”.  Seorang lelaki menyaksikan kejadian ini, lantas bertemu dengan Khalifah Mu’tasim dan memaklumi beliau tentang kejadian itu.  Tatkala Mu’tasim mendengar rintihan wanita itu, beliau menyahutnya dengan penuh keberanian, “Labbaik (Aku datang menyahut seruanmu).”  Mu’tasim mempersiapkan sepasukan bala tenteranya dan melancarkan serangan untuk menyelamatkan wanita itu.  Pasukan tentera beliau telah menawan pihak musuh dan memasuki ‘Amuriyyah.  Selepas menghancurkan kubu kuat musuh, mereka sampai kepada wanita itu serta berjaya membebaskannya.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula telah mengirim sepucuk surat kepada Tahanan Perang Muslimin di Konstantinopel.  Beliau memberitahu mereka:

 “ Kalian mengatakan diri mu adalah Tahanan Perang. Sebenarnya, kalian bukanlah begitu.  Kalian telah dipenjarakan kerana berjihad untuk Allah.  Aku ingin memberitahukan kalian semua, apabila aku memberi sesuatu kepada semua kaum Muslimin, aku akan memberikan lebih kepada kaum keluarga kalian dan aku mengirimkan sipulan dan sipulan dengan 5 dinar untuk setiap seorang dari kalian.  Seandainya bukan kerana aku risaukan penguasa diktator Roman yang akan merampasnya dari kalian, sudah pasti aku akan mengirimnya lebih lagi.  Aku juga telah mengutus sipulan bin sipulan untuk memastikan pembebasan setiap dari kalian, tanpa mengira berapa pun wang tebusan yang perlu dibayar.  Maka bergembiralah kalian! Salam Sejahtera.”

Wahai Amerika dan Sekutunya!

Pada hari ini kamu membunuh kaum lelaki, wanita dan anak-anak Muslim kami, menyeksa dan memenjarakan kami serta merampas sumber semulajadi dan tanah-tanah kepunyaan kami.  Tetapi ingatlah dan sedarlah kamu bahawasanya perkara ini hanyalah sementara sahaja.  Kebangkitan Islam sedang berlaku dan penyakit wahn itu sedang dirawat dan sedang mencair secara perlahan-lahan dengan ikatan pemikiran dan akidah Islam yang menebal dan kian utuh.  Kamu sudah tentunya menyedari akan hal ini, maka sebab itu lah kamu melancarkan peperangan menentang keganasan dan membelanjakan berbillion-billion wang untuk menakluki wilayah-wilayah serta tanah-tanah kami.

Nantikanlah! Tatkala kemenangan dari Allah Subhanahu wa Taala telah tiba, dan wilayah-wilayah kaum Muslimin bersatu di bawah pemerintahan satu Khalifah, yakinlah bahawasanya Negara Daulah Islamiyyah yang terbentuk itu akan mempergunakan seluruh kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraannya untuk membebaskan seluruh tahanan kaum Muslimin dan memelihara kehormatan para Muslimah .  Allahu Akhbar!!! sumber (klik)

Tiada ulasan: