Khamis, 15 November 2012

Ketenangan itu Serpihan dari Syurga

Semakin hampir tamat tugasan ku di ITQAN...Alhamdulillah, tak dapat ku luahkan bagaimana gembiranya hati ini ketika berada disini...Bumi ITQAN yang terlalu ku rindu, Pentarbiahan jiwa dengan nur AL-QUran, mukjizat terbesar yang dianugerahkan ALLAH SWT kepada penghulu kita yang sangat dicintai dan dirindui, Nabi Muhammad SAW...

Jika dulu roda ku dibawah, aku berasa terlalu jauh dari ALLAH. Terlalu malu dengan dosa yang menggunung. Ketika melakukan dosa, berasa seronok, bagai berada di syurga, tetapi hakikatnya rohani ku menjerit kesakitan..JIwa ku lemah. Hampir aku jatuh, tetapi Allah menahanku daripada terus tersungkur. Aku dapat merasakan kasih sayang ALLAH dan yang paling aku rasai, ALLAH tidak pernah meninggalkan ku, tetapi aku yang sering lari daripada ALLAH...YA ALLAH, ampunkan dosaku...sejauh mana aku pergi pasti aku tidak dapat lari dari Mu...Segala Puji Bagi ALLAH, Tuhan sekalian Alam.

Dosa." Apa itu dosa?", tanya seorang Muallim. "Buat jahat", jerit seorang murid. "menipu", seorang lagi  bersuara lantang. "Mencuri", kata seorang pelajar perempuan. Muallim itu tersenyum. "Benar apa yang dikatakan oleh anak-anak. tetapi yang paling tepat, dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah". "oowwhhh!!", serantak murid-murid menyahut. Tiba-tiba bangun seorang murid, "tapi ustaz, saya pernah tengok orang tu tak tutup aurat pun, tapi nampak happy je". Ustaz terus tersenyum, "semua orang boleh mengatakan begitu, tetapi hakikatnya hati mereka tetap tidak tenang.". Tapi bagaimana dengan orang yang buat salah, tapi hati dia tetap tenang?", tanya seorang murid yang manis bertudung. Saya akan jawab soalan kamu dengan satu lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Nasyid Hijjaz. Kamu semua kenal kumpulan Hijjaz?"...Kenal!!!!. "Semua orang rasa bangga dengan dosa..Bila menyebut neraka, tidak terasa akan gerunnya...Bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya..Itu menunjukkan, jiwa kita mati atau buta..."
-tamat-

Apabila kita tidak merasa apa-apa kesan selepas melakukan dosa, mari kita periksa hati kita. Adakah hati kita ini sudah terlalu keras? Saya pernah merasakan keadaan ini. Setiap orang pasti akan merasakan saat rodanya di atas dan saat rodanya di bawah. Saya pernah merasakan saat roda saya di bawah, apabila saya tidak mendampingi orang-orang alim, tidak menjaga hafalan Quran, tidak mendalami ilmu agama, saya tidak melibatkan diri dengan jemaah, saya merasakan hari-hari yang dilalui sangat merugikan. Walaupun saya bergelak ketawa, tetapi hakikatnya jiwa saya sakit. Hati saya resah. Saya rasa down sangat. Menjadi seorang pendendam. Terlalu sukar untuk memaafkan. Sehingga satu hari, saya dijemput untuk menjadi guru ganti di sekolah tahfiz, saya rasa berat. Rasa malu berasa tidak layak untuk mendidik. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada diri saya. Saya berasa kosong. Tetapi kata-kata Guru yang saya sangat kasihi, menggalakkan saya untuk mencari hati saya di bumi tahfiz ini.

Saban malam saya menangis. Tetapi akhirnya saya mendapat kunci ketenangan. "Carilah Hatimu didalam Tahajjud"...Alhamdulillah. Kupanjatkan kesyukuran kepada ILAHI, dan ribuan terima kasih kepada guru-guruku, anak-anak didikku dan kepada semua yang pernah berada di dalam dan diluar lingkungan memoriku, terima kasih...Carilah ketenangan ketika tahjjud. Kuatkan dan besarkan jiwa mu dengan bertahajjud. Betapa pentingnya memiliki jiwa yang besar. Berkenan saya untuk memetik kata-kata seorang penulis, Us Pahrol Mohd Juoi, 'Orang yang berjiwa kecil tidak akan mampu mendidik sekalipun seorang anak kecil'. 
-Muhasabah-
Kini, terlalu ramai yang berlumba-lumba mencari kekayaan. Mencari kekayaan yang pasti hilang...Salahkah untuk menjadi kaya? Saya tidak mengatakan ia adalah salah, tetapi akan menjadi salah apabila kita tidak seimbangkan dengan akhirat..'Alah,walaupun saya sibuk cari duit, saya tidak lupa solat. Saya ingat lagi untuk solat'...ALhamdulillah, tak lupa tanggungjawab menunaikan solat, tapi tanggungjawab seorang khalifah bukan setakat menunaikan solat. Bagaimana dengan solat berjemaah di Masjid?Bukankah itu satu kewajipan lebih-lebih bagi seorang lelaki? Jika nak kata sibuk, Rasulullah lebih banyak tanggungjawab, tetapi Baginda tidak pernah meninggalkan solat berjemaahnya. Jadi sibuk itu tidak boleh jadi alasan bukan? Bagaimana dengan tanggungjawab sebagai seorang da'i@tabligh@pendakwah? Teringat saya kata-kata didalam sebuah movie terkenal 'Ketika Cinta Bertasbih', kata ibu mas Azam kepada Azam, "Dunia dan Akhirat itu perlu seimbang Azam. Berniaga itu boleh tetapi tetap perlu mengajar. Ilmu yang dipelajari perlu diamalkan ". Jika berasa sukar untuk mengimarahkan Masjid Allah, bagaimana untuk mengimarahkan masjid rumahtangga kamu??.

-Proaktif-
Hijrah. Menjadi Proaktif. Setiap hari perlu tajdid niat. Setiap hari perlu melakukan pembaharuan. Berhijrah dari negatif ke Positif. Perlu berusaha mencari ketenangan. Kerana ketenangan itu adalah ciri-ciri syurga. Jika sebelum ini, suka mengharapkan balasan,maka sekarang perlu tanamkan didalam hati, Memberi tanpa syarat. Memberi cinta tanpa syarat. Memberi pertolongan tanpa syarat. Memberi senyuman tanpa syarat. Memberi pengorbanan tanpa syarat. Syarat, syarat syarat...apa maksud dengan syarat tu? Bermaksud, tidak mengharapkan apa-apa pembalasan. Sebagai contoh, apabila kita memberi senyuman, jangan meletak syarat dengan mengharap orang itu akan membalas senyuman kita. Tetapi teruskan memberi. Saya kongsikan nasihat seorang guru saya, Cg Noorliza, "kita ni perlu sentiasa berkorban untuk agama. Jika kita mampu memberi pertolongan melalui kewangan, kita bagi. Kalau kita mampu memberi pertolongan dengan tenaga, kita sumbangkan tenaga kita. Ikutlah kemampuan masing-masing yang penting tidak lari dari niat kita yang asal iaitu untuk menolong memperkasakan agama. Kita akan nampak kepincangan pada jiwa sesorang apabila niatnya tersasar dari dasarnya. Apabila dah niat nak mengumpul duit je sampai lupa dengan dakwah, problem".. Ikutlah kemampuan kita walaupun hanya dengan sebuah doa.  Pengharapan kita hanya kepada Allah SWT bukan kepada makhluk. Ingat tau. Penuhkan hati mu dengan Cinta kepada Allah dan sebarkan cintamu kerana Allah...Jom kita cuba sama-sama...Semoga kita sentiasa di bawah rahmat kasih sayang Allah...Fahami erti Taat, Jauhi Maksiat.

2 ulasan:

Midad_Hawari berkata...

Naqiah..hehe..:)

Mesti ko nyampah kalau aku buat ayat atas tu ja..kehkeh..

semoga ko sehat sentiasa dan sentiasa dlm lindungan Allah :) doakan aku juga..

ADIB berkata...

hehe..mane ade menyampah, rindu ade lah..dah lama tak sakat mu..Amin..syukran atas doa. Semoga ko pun mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat..:)