Isnin, 3 Disember 2012

Menjadi Insan Yang 'Bijak'

"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

Sedang leka duduk di rumah, dapat berita suami kepada seorang guru saya telah meninggal dunia. Baru tiba dari Mekah jam 10 pagi , dan meninggal pada waktu malamnya, tanpa sebarang tanda-tanda ajal semakin mendekat melainkan umur yang semakin meningkat. Sebak dan sedikit cemburu kerana ajalnya dijemput selepas menunaikan rukun Islam yang kelima. Apakah perkara yang lebih indah melainkan mati didalam ketaatan. "Wajahnya bersih sekali, tenang", kata mak.  Allah, Allah...~ Semoga beliau ditempatkn bersama golongan orang-orang yang beriman. Beliau yang merupakan seorang imam telah menempuh sakitnya sakaratulmaut itu, bilakah giliran kita? Diantara tanda kematian itu adalah apabila sedikit demi sedikit nikmat ditarik dari kita. Nikmat sihat, nikmat makan. Mata semakin kabur, telinga semakin pekak, leher semakin sempit untuk menelan makanan, lidah semakin hilang deria rasa, badan yang dulunya gagah semakin lesu. Tetapi ada juga yang sihat tubuh badan dan dari segi adatnya tiada tanda-tanda ajalnya telah pergi dahulu menemui Allah SWT. 

Saya pernah bertanya kepada makcik-makcik yang telah uzur, walaupun soalan nye kurang sopan sikit tapi perasaan ingin tahu itu begitu kuat untuk bertanya sehingga meluahkan persoalan yang terbuku dihati.Lalu saya memberi pertanyaan yang ditapis sebaik mungkin...huhu..."Wan, bila kita makin tua kan, apa yang kita akan fikir? Memang dah tak minat nak fikir pasal dunia ke? Lepas tu apa persediaan wan nak mengahadapi mati? Ada tak rasa takut je bila fikir mati?', bertubi-tubi soalan yang saya bagi. Minta maaf wan kalau rasa soalan saya ni kurang disenangi. Alhamdulillah, wan bagi respon baik.."Memang akan fikir mati. Sentiasa berfikir apa yang amalan akan dibawa. Memang terasa tak berminat nak fikir duit ke, baju cantik ke yang difikir sekarang macamana dengan amalan kat dunia ni. Tapi tidaklah sentiasa rasa takut dan ingat mati sampai tak jadi kerja. Bila dah solat rasa tenang, bermaksud dah tunaikan kewajiban. Bila usia semakin meningkat yang selalu bermain difikran adalah anak-anak. Siapalah anak-anak ni yang akan uruskan jenazah wan nanti. Doa anak manelah yang akan kekal untuk wan nanti. Bagaimanalah hubungan kekeluargaan antara anak-anak ni nanti. terus bahagia ke atau....hmmm...".

Kita perlu sentiasa mengingati dan bersedia mengahadapi mati. Kerana orang yang ingat mati akan sentiasa menjaga tingkahlakunya, percakapannya, akhlaknya, hatinya kerana berasa bimbang andai nyawa dijemput ketika melakukan sesuatu yang melanggar agama. Kadang-kadang rasa sedih bila baca berita tentang kematian pasangan yang excident selepas berdating, excident sedangkan belum bersolat, mati ditembak ketika mencuri, mati dalam dakapan pelacur..seram dan terlalu takut, hiba,sedih, perasaan yang bercampur baur. Ya Allah matikanlah kami dalam sebaik-baik kematian. Saya pernah bertanya, macamana nak mati dalam keadaan baik walaupun ketika itu berada didalam tandas? Amalkan sunnah ketika hendak masuk, ketika didalam tandas dan ketika ingin keluar. owh....tempat bukan jadi alasn tetapi cara kematian itu. Ya Allah peliharalah kami dari fitnah. Berusahalah untukk menjauhi maksiat.

 "Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"

Cara terbaik untuk kita sentiasa mengingati mati adalah menziarahi orang yang sakit, menziarahi kubur. Tetapi jangan sampai sibuk beramal sampai tinggalkan dunia. Ingin saya kongsikan satu peringatan dari seorang sahabat, -Sebagaiman firman Allah, 'kejarlah akhirat tetapi jangan tinggalkan dunia'. Tetapi zaman sekarang orang ramai memegang kata-kata "kejarlah dunia tetapi jangan tinggalkan akhirat". Dua ayat yang hampir sama tetapi membawa maksud yang besar perbezaannya..-

Tunaikan tanggungjawab bersama. Sempurnakan kewajiban kita sebagai seorang Hamba Allah, Anak, Ibu/Bapa, Suami/Isteri, Kakak/Abang/Adik,  Cucu, Pelajar, Sahabat, Rakyat dan sebagainya. Kerana Kewajiban itu akan dipersoalkan dihadapan Allah kelak. Mati itu pasti. Sempurnakan sebelum kematian itu tiba. Cari jalan untuk menunaikan segala taklifan yang diberi. Bijak merancang untuk menjadi seorang yang bijak.

Ya, Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati..!!




Tiada ulasan: