Selasa, 28 April 2009

Baiti Jannati



Baiti Jannati adalah impian semua manusia. Bagaimanakah hendak memperolehnya? Di zaman ini, terlalu ramai yang mendirikan masjid. Tetapi tidak kurang juga yang meruntuhkannya. Keruntuhan institusi rumahtangga adalah sangat membimbangkan.
Akibatnya lebih ramai yang melakukan zina dari berumahtangga kerana memikirkan perkahwinan adalah sebuah ikatan yang hanya membebankan diri dan perasaan. Disebabkan persepsi begitu, ramai yang mengambil tindakan dengan bercerai kerana dianggap penyelesaian paling mudah. Betapa sedihnya perkara ini. Na'uzubillah... Walaupun talaq dibenarkan oleh Islam tetapi ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah S.W.T.
Wahai umat Islam...dekatkanlah dirimu dengan Allah S.W.T. Marilah kita bersama memperbaiki diri agar syurga dunia ini tidak bertukar menjadi neraka dunia. Keluarga yang bahagia adalah penghasilan dari sikap bertanggungjawab. Bukan mudah untuk menjadi orang yang bertanggungjawab terutama ketika diuji dengan pelbagai ujian dari segi kewangan, tingkah laku dan sebagainya. Tetapi kita perlu berusaha dan terus berusaha di samping berdoa agar keluarga yang dibina akan mencapai misi "Baiti Jannati".
Saya teringat kata-kata Dr. Zulkifly Al-Bakry dalam ceramahnya yang ingin saya kongsikan bersama. Beliau berkata, cara utama untuk memelihara keluarga adalah dengan solat berjemaah bersama. Disamping itu, melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama agar lebih memahami dan merapatkan ukhwah. Sekian, segala yang kurang adalah kelemahan saya. Semoga kita berjaya melahirkan sebuah keluarga yang dipenuhi dengan ketaatan kepada Allah S.W.T...Aminnnn

Ahad, 26 April 2009

gEMpAQ aSTrO DI dESA jEmApoH



25 APRIL 2009. Aku pergi ke padang untuk melihat program yg dianjurkan oleh ASTRO. progrem ini berhampiran dengan rumah ku. Tiba di sna aku agak xkeruan. Hati gundah gelana. persembahan artis2 Akedemi Fantsia. agak lama persembahan mereka. kemudian brulah keluar artis2 nasyid seperti Akhil hay, In-Team, Devotees dan Saleh dari kumpulan Brothers. persembahan mereka sekejap sahaja. cume yang menggelikan hatiku adalah pertanyaan Shahril dari kumpulan In-Team. dia bertanya adakah penonton telah solat Isya'. Aku pasti ramai yang tersentak kerana aku ke sana selepas solat Isya'. Ketika itu telah ramai yang hadir...aku agak berpuas hati sebab xmeriah sangat. eloklah tempat lagho xmeriah..hihi..C U NEXT TIME