Ahad, 14 Oktober 2012

~Teruskan Melangkah...

Alhamdulillah, dapat tawaran untuk jadi guru ganti di sekolah lama yang sangat ku sayangi..ITQAN. Memang prinsip diri , tidak berminat bekerja di sekolah lama, sebab apa? Entahlah. Terlalu segan untuk bekerja bersama-sama dengan guru-guru lama. Rasa tidak layak duduk semeja dengan mereka kerana berasakan masih rendah ilmu ini dan tidak layak menjadi rakan sejawat. Tetapi nasihat ustaz yang  terlalu ku hormati, 'Kutiplah segala hikmah-hikmah yang berada di sekolah ini, sebagai alas untuk menempuh hari-hari yang mendatang'. Sebelum masuk berkhidmat, terasa kosong je hati ni. Berasa terlalu banyak dosa-dosa yang telah sebati dengan diri ini...Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku. Berasa terlalu malu bukan sahaja dengan guru, tetapi dengan pelajar-pelajarnya. Berasa betapa hinanya diri ini kerana dosa-dosa yang telah dilakukan. Tetapi selepas mendapat kata-kata hikmah dari ustaz, ku gagahkan juga diri ini melawan bisiskan-bisikan syaitan yang sentiasa menaburkan kata-kata yang boleh menghilangkan keyakinan diri. Kuterus melangkah setapak demi setapak untuk memanfaatkan segala ilmu yang ku pelajari selama ini..ku pegang kata-kata.."Peristiwa silam yang kita rasakan pahit bukan sekadar sejarah tetapi jadikan pengalaman silam untuk membantu orang lain agar tidak mengulangi cerita yang sama. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Kita bukanlah seorang yang terbaik, tapi kita mampu menjadi baik. Walaupun kita tidak mampu menjadi sesempurna Nabi SAW, tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha menjadi baik. Jadikan kejatuhan semalam sebagai titik untuk kita menjadi lebih baik". Air mata memang menjadi peneman diri disepanjang malam. Hati terasa kosong. Hati berasa terlalu sukar untuk mencintai Allah sepenuhnya.."Jika kita tidak mampu menangis kerana takutkan Allah, menangislah kerana ketidakmampuan itu". Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, kuberasakan sedikit perubahan di dalam hati ini. Segala Pujian Bagi ALLAH yang tidak pernah meninggalkan ku, walaupun aku sering melupakanMu. Ampunkanlah segala dosaku....Now, teruskan melangkah ke hadapan. Menoleh ke belakang sekadar muhasabah bukan menjatuhkan keyakinan, teruskan melangkah ke depan kerana akhirat di hadapan bukan di belakang.