Sabtu, 21 Januari 2012

Mengejar Kesempurnaan Dimata Manusia

Ramai yang terleka..ramai yang terlupa..kerana sifat manusia itu memang selalu lupa dan perlu sentiasa diingatkan...Terlalu ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi manusia yang sempurna di mata manusia..tetapi...Berapa ramai yang berlumba untuk menjadi Hamba Allah yang sempurna? Hakikatnya kita tidak akan mampu menjadi seorang yang sempurna tetapi usaha ke arah itu perlu ada..Mudah-mudahan usaha itu menjadi asbab untuk beroleh balasan syurga...Mengejar kesempurnaan untuk mendapat keredhaanNya....Ya Allah, Ampunkan Segala dosa kami....

(p/s:jom hayati lirik ini. lagu yang diberikan oleh seorang teman yang tersayang ketika saya hilang arah..Terima Kasih Noraini..)

opick-Rapuh

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Diantara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepada-Mu
Yang terindah dalam hidupku
Meskiku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada-Mu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai -Mu
Dalam dada kuharap hanya
Diri-Mu yang bertakhta

Jumaat, 13 Januari 2012

Ayah Tetap Tanggung Dosa


Lelaki
- Sebelum berumah tangga fikirkan terlebih dahulu yang perkahwinan bukan semata2 bagi nafkah kepada anak isteri sahaja tetapi ilmu agama perlu dicurahkan bersama..Jika seorang suami gagal mendidik sang isteri dengan baik, sedarlah bahawa saham dosa turut mengalir kepada mereka..Nasihati lah si isteri dan anak2 untuk menutup aurat dan menjauhi perkara mungkar. Salah tarbiah daripada anda boleh membawa dirimu ke pintu neraka.

Perempuan
- Sedarilah wahai wanita bahawa bila anda sudah berumahtangga, dosa anda ditanggung oleh si suami. Jika anda masih dibawah jagaan ibu bapa, sang ayah yang akan menggalas bebanan dosa anda..jadi, cubalah jadi anak dan isteri yang baik..jangan bebani mereka dgn dosa2 kita..Jika si ayah atau suami suruh menutup aurat, maka tutuplah, jangan melawan.

✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿✿ ✿ ✿

4 GOLONGAN LELAKI YG AKAN DITARIK KE NERAKA

Pertama : Ayahnya.

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka dia akan ditarik oleh anak-anak perempuannya..

Kedua : Suaminya.

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri, walaupun Sang suami seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal), maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga : Abang-abangnya.

Apabila ayahnya sudah tiada..tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik peempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM..tunggulah tarikan kakak atau adik perempuannya di akhirat.

Keempat : Anak Lelakinya.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu, perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya.

Masya Allah..Nauzubillah min zalik…!!
Kepada kaum Lelaki..Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita..Bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak, harus memainkan peranan mereka yang sebenar

Kepada KAUM WANITA..
Hai wanita..
Kasihankan ayah anda..
Kasihankan suami anda..
Kasihankan abang-abang anda..
Kasihankan anak-anak lelaki anda..


Kasihanilah mereka..
Serta juga diri kamu sendiri..
Jalankan perintah ALLAH S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..


(p/s: copy paste dari blog seorg teman..semoga bermanfaat..renungan bersama..)

Isnin, 9 Januari 2012

Ziarah Maqam..


Pada Hari Kahamis, 5 Januari 2012 penulis diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menziarahi maqam seorang Syeikh Kabir, Syeikh al-Mutawalli Sya'rawi. Maqam Beliau yang bertempat di kampung kelahiran Beliau iaitu di Doqdus, Meit Ghamir, Mansoura Ad-Daqohliah, Mesir. Rombongan ini terdiri daripada 3 Ikhwah(Lelaki), 5 Akhwat(perempuan), sepasang adik beradik dan sepasang Mutazawwijin(suami isteri). Kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa menggunakan kenderaan yang ditempah khas. Seronok jugak sebab dapat meneroka kampung-kampung Arab ni.

Setibanya kami di kampung tersebut, terasa ketenangannya di sana beserta sambutan masyarakat disana yang begitu mesra. Kami bersolat di masjid yang berhampiran dengan Maqam. Sepanjang perjalanan ke masjid tersebut, kami dapat melihat keriangan wajah kanak-kanak disana. Walaupun telatah mereka keanak-anakan, tetapi apabila berbual, kami dapat melihat betapa matangnya mereka. Mungkin disebabkan kesempitan hidup, mendidik jiwa mereka menjadi matang. Kagum. Itu sahaja yang dapat penulis nyatakan. Kagum dengan diri mereka.

Setelah bersolat, kami meneruskan perjalanan ke Maqam. Setibanya di Maqam, kami disambut oleh penjaga Maqam tersebut. Seorang mama(panggilan utk makcik2..:)) yang comel. Mulut beliau tidak berhenti-henti mendoakan kami. Sudah menjadi kebiasaan di Mesir, mulut sentiasa dipenuhi dengan doa. Itu kelebihan rakyat Mesir yang jarang sekali dapat dilihat pada masyarakat Malaysia.


Ketika melangkah masuk ke dalam kawasan Maqam, dapat dirasakan betapa tenangnya suasana ketika itu. Ketika melihat maqam Syeikh Sya'rawi, tergambar pengorbanan dan ketinggian ilmu Beliau. Betapa beruntungnya IbuBapa beliau kerana melahirkan anak yang soleh. Terfikir di fikiran, apakah amalan Ibu Bapa Beliau. Pasti IbuBapanya seorang yang bertaqwa.

Penulis teringat akan video berkenaan Syeikh Sya'rawi menasihati Bekas Perdana Menteri Mesir, Husni Mubarak. Betapa beraninya Beliau. Apabila hati telah berpaut dengan Allah, tiada apa yang ada di dunia ini lebih ditakuti melainkan Allah..Jika pembaca ingin mengetahui sejarah hidup Syeikh Sya'rawi ini, boleh lihat pada link ini.

Apabila mengenangkan jasa Beliau, penulis dapat merasakan betapa kerdilnya diri ini. Benarlah, tidak ada yang dapat kita bawa mati kecuali 3 perkara, ilmu yang bermanfaat, sedeqah jariah, dan doa anak yang soleh. Walaupun Syeikh telah lama meninggal dunia, tetapi ilmu dan namanya masih kekal disebut dan diingati sehingga kini.

Sebak. Apakah bekalan yang dapat ku bawa untuk ke akhirat? Mampukah aku menjadi anak yang soleh? Mampukah aku melahirkan anak-anak yang soleh sedangkan diriku sentiasa berlumuran dengan dosa? InsyaAllah..Masa masih ada. Selagi mana pintu taubat belum tertutup, selagi itulah masa untuk kita berubah..Menjadi baik bukan semudah meruntuhkannya. Pasti Mengambil masa. Tetapi yang paling penting, sentiasa berusaha dan terus berusaha...Muhasabah Bersama..

Ya ALLAH, peliharalah diriku, keluargaku, pasanganku, zuriatku dari fitnah DUNIA, Fitnah WANITA dan Fitnah DAJJAL..Ampunkanlah Segala Dosa Kami..Matikanlah kami Sebaik-baik Kematian..Tempat kanlah Kami bersama-sama dengan HambaMu yang Soleh..Peliharalah Kami Ya ALLAH..Sesungguhnya Engkaulah Sebaik-baik Pemelihara...






Isnin, 2 Januari 2012

Aku Tinggalkan Dia kerana Allah...

Aku Tinggalkan Dia kerana Allah..
Sakitnya Hanya Allah yang Tahu..
Lantaran Kerana Takutkan Azab Allah..
Ku Biarkan Kesakitan Merebak di Kalbuku..
Keran ku tahu, Redha Allah yang aka merawatku...

Ku tinggalkan Dia Kerana Allah..
Kerana ku tahu diriku tidak mampu..
Menjadi Sayap Kiri untuk dirinya..
Apakan daya diriku..

Ku tinggalkan Dia Kerana Allah..
Kerana ku yakin dengan Kehadiran diriku..
Hanya menjadi titik noda Dalam Hatinya..
Kerna Iman ku turut lemah..

Ku Tinggalkan Dia Kerana Allah..
Kerana ku tahu bahawa diriku..
Bisa meruntuhkan Imannya..
Kerana Perasaan yang ada dalam diriku..
Melebihi kecintaanku Kepada Yang Maha Kuasa..

Ku Tinggalkan Dia Kerana Allah..
Hubungan yang tidak halal..
Tidak Akan membawa kebahagian dan ketenangan Jiwa..
Bahkan membuatkan hati lebih jauh Dari-Nya..

Ku Tinggalkan Dia Kerana Allah..
Kerana ku lebih yakin..
Bidadari-bidadari yang berada di sekelilingnya..
Lebih layak untuk menjadi pendamping hidupnya..

Ku Tinggalkan Dia Kerana Allah..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang Aku rasa..
Tidak mampu ku Ungkapkan dengan kata-kata..
Hanya jari jemari yang masih gagah meluahkan isi hati..
Yang kian semakin membengkak kerana mengenangkan dosa-dosa...

Ku Tinggalkan Dia kerana Allah...
Walau air mata deras mengalir..
Akan Ku gagahkan jua untuk menghadapi liku-liku kehidupan..
Kerana ku tahu kematian sering mengintai diriku yang sering kealpaan..

Ku Tinggalkan Dia Kerana Allah...
Untuk Mencari redha-Mu
Yang selama ini aku tinggalkan...
Untuk Mensyukuri Nikmat-Mu
Yang selama ini Aku Lupakan...

Ya Allah..
Aku Tinggalkan Dia Kerana Mu Ya Allah
Kerana Sayangkan Dirinya, Lalu Aku meninggalkan Dia..
Kerana Aku bimbangi, lantaran Diriku yang Lemah Jiwa..
menyebabkan dirinya juga terpalit dosa..

Ya Allah..
Aku Tinggalkan Dia Kerana Mu Ya Allah..
Ku dapat melihat langkah-langkah penghijrahannya
untuk mendapatkan Keredhaan-Mu..
Tetapi kehadiranku hanya akan menjadi halangan di perjalanannya..
Kerana aku masih lemah..

Ya Allah..
Bersihkan hatiku..
Bersihkan hatinya..
Aku tahu dengan keputusan diriku ini akan menyebabkan aku lebih sengsara..
Tetapi itu sahaja jalan terbaik untuk menyelamatkan diriku dan dirinya..

Ya Allah..
Masukkanlah dirinya dalam golongan hamba-mu Yang bertaqwa..
Temukanlah dirinya dengan pasangan yang setanding dengan ketaqwaanya..
Melepaskan dirinya bukanlah sesuatu yang mudah..
Tetapi ku yakin, dengan Keredhaan DariMu Ya Allah, akan menguatkan dan memudahkan jalanku...

Ya Allah..
Ampunkanlah segala dosaku dan ibubapaku...
Ku tahu saat kematianku semakin menghampiri...
Matikanlah aku dalam sebaik-baik kematian..

Ya Allah..
Kuatkanlah hatiku dalam menghadapi segala Ujian dari-Mu..
Peliharalah hatiku dan imanku..
Peliharalah hati dan imannya..
Kerana ku tahu..
Engkaulah Sebaik-baik Penjaga dan Pemelihara..