Jumaat, 28 Mac 2014

Musibah itu ujian@peringatan@azab?

           

Sejak mutakhir ini, seringkali kita mendengar pelbagai musibah yang berlaku. Terbaru kapal terbang MH 370 yang menjadi perhatian seluruh dunia..Ada yang mengatakan itu balasan Tuhan, ada yang mengatakan itu ujian, dan ada yang mengatakan itu peringatan...Wallahua'lam..
               Fikiran penulis sering bermain dengan pelbagai analogi. Berdasarkan pembacaan daripada pelbagai penulis yang meluahkan pandangan mereka sendiri, fikiran penulis jadi agak serabut. Yang mana satu betul dan yang mana salah?~Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui. Bimbang jika tersalah cakap, tersalah tulis akan menjadi fitnah atau memburukkan lagi keadaan. 
                Penulis terbaca satu artikel mengenai Musibah. Perkongsian yang menarik. Musibah itu boleh menjadi kepada tiga bahagian. 

  • Yang pertama, boleh dimaksudkan dengan ujian. Ujian untuk meningkatkan darjat seorang mukmin. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud  "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un." Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk". [al Baqarah/2:155-157]
  • Yang kedua boleh membawa maksud peringatan bagi pelaku maksiat. Di dalam surat Ar Rum 41, Allah Swt berfirman : "Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, : Allah mengkehendaki agar mereka merasakan  sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)".
  • Yang ketiga, sebagai azab bagi orang kafir. Allah Swt berfirman "Dan Sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat), Mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (QS as Sajadah 21).
(p/s : Sila lihat didalam kitab-kitab tafsir untuk pemahaman yang lebih jelas tentang ayat-ayat tersebut)
 Setiap musibah yang berlaku, pasti mengandungi hikmah yang hanya diperoleh oleh manusia yang mahu berfikir. Hikmah terbesar diatas segala perkara yang berlaku adalah "Kembali kepada Allah" ..Semoga Allah menguatkan hati kita ketika diuji...

Sekian..Wallahua'lam. 
~Jika terdapat kesalahan penulis pada penulisan post ini, dialu-alukan untuk sebarang teguran...Jazakumullahukhairan jazak...~