Isnin, 8 November 2010

Siapa tidak mahu cantik?

Sudah begitu lama saya tidak update blog nie..rasa rindu jugak..terlalu banyak perkara yang hendak dikongsikan disini, tetapi masa dan keadaan begitu cemburu hingga blog ini kesepian bagai tidak bertuan...

Saya begitu tertarik untuk membincangkan berkenaan iklan-iklan di tv tentang kecantikan samada kecantikan bentuk badan,wajah,rambut. Siapa yang tidak mahu cantik? Semua orang ingin jadi cantik. Saya juga ingin kelihatan cantik. Kerana semua orang suka kepada sesuatu yang nampak indah. Tetapi mari kita muhasabah bersama-sama, adakah kita juga mengambil berat tentang kecantikan dalaman? Saya rasa tidak salah jika saya mengatakan, kini lebih ramai yang mementingkan kecantikan rupa daripada memmikirkan kecantikan akhlak..

Tidak salah untuk cantik, tetapi perlu berpada-pada. Jangan sampai kita lupa untuk bersyukur. Soalkan pada diri, kepada siapa kita hendak pamerkan kecantikan tersebut. Jika kita lihat, mesej-mesej iklan tersebut lebih tertumpu untuk menarik perhatian lawan sejenis. Untuk memikat. Untuk dipuji. Untuk kekasih. Sehingga hal dalam kain perempuan yang patut kita tutup pun nak diiklankan. Untuk apa? Agar lelaki tidak bau hanyir tetapi bau harum. Bila bau harum, baru lelaki ramai nak dekat. Rasa malu. Memang memalukan. Saya tidak menyalahkan iklan 100% kerana yang dipaparkan adalah realiti yang berlaku sekarang. Masyarakat terlalu ghairah untuk kelihatan cantik di mata manusia tanpa menghiraukan pandangan Agama.

Apa yang berlaku apabila terlalu ghairah untuk kelihatan cantik menawan? Maka mulalah tidak sedar antara halal dan haram. Wajah yang memang indah itu hendak diubah lagi agar lebih menawan..Jika dahulu susuk kini pembedahan plastik, suntik botox, menjadi pilihan agar kelihatan kekal muda...Nauzubillah,semoga kita dapat bersama menjaganya dan tidak mengikut telunjuk nafsu. Apabila mengikut telunjuk nafsu, pasti tindakan kita akhinya memudaratkan diri sendiri. Saya kagum dengan seorang superstar hollywood tidak saya ingati namanya, yang memberi pendapatnya tentang kecantikan, beliau berkata, kenapa perlu risaukan tentang umur yang sedang meningkat, dan kedut-kedut dimuka..Kita pasti akan tua, jadi kenapa hendak bimbangkan semua itu, tetapi hargailah apa yang telah kita dapat dan yang sedang kita kecapi sekarang..bagus. sedangkan orang yang bukan Islam pun boleh memahami konsep bersyukur..

Saya begitu tertarik dengan kata-kata seorang penceramah..:
“Kita suka bersolek, bebedak, sanggup botox, diet dan berbelanja berapasahaja asalkan kita cantik. Kita bersungguh-sungguh menghiaskan dirisedangkan itu semua akan menjadi makanan ulat dan akan reput di kubur.Tetapi kenapa kita tak sanggup berbuat apa sahaja untuk roh yang akan...kekal dan menerima akibat di syurga dan neraka?” - Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Mari kita bersama muhasabah diri kita, apakah tujuan kita untuk kelihatan cantik? Adakah untuk mendapat pujian? Adakah untuk menyenangkan hati setiap yang memandang? Adakah sebagai alat untuk memuaskan nafsu? Adakah untuk kita menjaga kurniaan Allah ini dan untuk dipertontonkan hanya kepada yang berhak? Tepuk dada tanya iman. Kita sama-sama manusia, dan ada kelebihan dan kekurangan. Kerana itu kita perlu saling ingat mengingati kerana manusia mudah lupa dan leka..Uhibbukum Fillah..Mari mengejar redha Ilahi...sebelum saya menamatkan coretan ini, mari kita bersama mengahayati sepotong lirik lagu dari kumpulan Hijjaz ini.."Utamakanlah pandangan Allah, daripada pandangan manusia".Sekian..Maaf atas salah dan silap saya..dan jika hendak berkongsi ilmu atau teguran, dipersilakan , kerana penulis juga manusia..'Hayya 'alal falah..'

Ahad, 26 September 2010

BarakAllahulakuma

Alhamdulillah..Tahniah kepada Saudari opp silap sekarang dah Puan Ummu Hani, sahabatku yang ku sayang..Semoga anda dan pasanganmu bahagia di dunia dan di akhirat..


Sabtu, 10 Julai 2010

(* - *)

Tinggal sminggu lagi nak exam. Rasa takut mula menyelubungi. Tetapi jangan dilayan sangat nanti boleh hilang keyakinan..Redha dengan segala ketentuan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Berjaya atau tidak dalam peperiksaan bukan matlamat utama pembelajaran tetapi matlamat utama adalah beramal dengan apa yang dipelajari.
Minggu lepas, sahabat-sahabat dari Kaherah turun ke sini. Nak mintak tolong carikan jubah di Sikah. Tapi rasa sedikit terkilan sebab tak dapat bagi pertolongan yang sepatutnya. Akhir nya masing-masing cari sendiri..Kesian. Minta maaf. Minta maaf sangat-sangat..Hati rasa tak tenang je sebab tak dapat bagi khidmat yang sebaiknya. Apa-apa pun semoga korang semua happy n berjaya dalam imtihan..InsyaAllah..
Masa tengah layan perasaan, dapat berita K.Gayah dah bersalin..baby baru lagi. Alhamdulillah. Kalau ada rezeki balik malaysia tahun nie, 3 baby baru tengah tunggu. Tapi takde hagah nak bagi..huhu..Semoga Allah memelihara keluargaku dari segala maksiat dan fitnah dunia dan akhirat..Aminn..

Rabu, 16 Jun 2010

Pasir Dan Batu..PERINGATAN BUAT JIWA YANG LUPA...........


Dikisahkan bahwa ada dua orang sahabat sedang melakukan perjalanan menyeberangi padang pasir. Pada suatu tempat, mereka terlibat dalam perdebatan sengit, sahabat yang satu menampar muka sahabat yang lain.Sahabat yang ditampar merasa terluka hatinya.
Tanpa mengucapkan sepatah kata, ia menulis di pasir :

“HARI INI SAHABAT BAIKKU MENAMPARKU”

Mereka lalu melanjutkan perjalanan.
Dan dalam perjalanan berikutnya, mereka menemukan danau lalu mandi di danau tersebut.
Orang yang ditampar tadi terjebak dalam lumpur hisap dan mulai tenggelam.
Sahabatnya pun datang menolong.
Setelah berhasil diselamatkan ia menulis di atas batu :

“HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKANKU”

Temannya berkata, “Tadi kau menulis di pasir, sekarang kau menulis di atas batu, mengapa ?”

Ia pun menjawab,

“Jika seseorang melukai hati kita, sebaiknya kita menulis kejadian itu di atas pasir agar angin pengampunan dapat menghapusnya. Namun, bila seseorang berbuat baik kepada kita, hendaknya kita mengukir peristiwa itu di batu sehingga angin takkan pernah dapat menghapusnya.”

Saudaraku…..
Jadilah pribadi yang mudah untuk memaafkan kesalahan-kesalahan seseorang kepada kita sebagaimana Allah SWT berfirman :

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)

Adapun berbuat baik Allah SWT berfirman :

"Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri...(QS.Al Isra' : 7)

Saudaraku Tanamkanlah sifat-sifat ini pada diri kita…mulailah dari sekarang

Wallohua'lam Bish Showab



Sumber Buku : Hikmah dari Seberang oleh Drs. Abu Abdillah Al-Husainy
Shared And Edited By Catatan Catatan Islami Pages

Ahad, 30 Mei 2010

Maniskan wajah









Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria.."

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum. mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Rabu, 26 Mei 2010

Respon..!!

Bile mula-mula baca artikel pasal Yahudi nie, perasaan tue macam-macam..Memang dah lama nak tahu pasal kehidupan mereka yang jarang sekali di'expose' kn.Perancangan mereka terlalu halus. Bile baca artikel ini, kehidupan yang diamalkan oleh mereka memang tidak lari dari kaedah atau cara hidup yang diajarkan dalam Islam. Memang benar penyataan yang saya pernah baca yang mengatakan, kehidupan cara Islam diamalkan oleh kebanyakan orang yang bukan Islam, tetapi kebanyakan orang Islam sendiri menolak cara hidup ini kerana dianggap kuno dan tidak mengikut arus kemodenan. Islam, agama yang syumul, yang sesuai diamalkn walau di mana kita berada dan di zaman mana kita hidup. Saya dapat beberapa respon berkenaan artikel ini. Lain orang lain pandangannya, tetapi akar umbinya tetap berbalik kepada Islam..

- Sebenarnya org Islam yang mempraktikkan agama samada pemaknan, amalan solat, zakat, zikir, puasa dsbynya akan menghasiilkan manusia yang bijak. tengok Imam Syafie dsbnya dan ilmuwan Islam macam Ibnu Sina. KIta ni banyak tak amal dan tak yaqin. masih banyak beralasan. cakap kat diri sendiri ni. merdekan diri dari segala belenggu yang menghalang ...

- lmuan islam dulu mantap kot ilmu diorang. Semua bidang mereka boleh kuasai terutama bidang sains dan agama sebab budaya hidup mereka yang mengikut sunnah Nabi SAW. Sebenarnya Islam dah bimbimng manusia dengan cara paling sempurna untuk jadi manusia bijak, cumo kita tak amalkannya. mungkin sebab takde suasana untuk kita mempraktikkan amalan tu sume.

- Umat Islam lagi bijak...tp tak sedar je...zaman kebangkitan ilmu pada kurun pertama hasil dari kajian para ilmuan Islam...idea ini di kembangkan oleh barat kemudiannya..so, apa shj kemajuan yg ada skrg adalah asalnya hasil usaha ulama Islam dulu2...yahudi pun ciplak je idea ni...semua manusia di lahirkan bijak...masalahnya kita menggunakannya atau tidak....

- Manusia dengan intelektual tinggi kosong ruh itu bukan bijak. Allah kata mereka tak bijak maka kita kena yaqin. kalau betul dia bijak dia akan masuk Islam. Kalau betul org Islam bijak, dia akan berusaha dekatkan diri dengan Allah dengan ilmu, amal dan ilkhlas. Yang tu lah yang kita kena kempen, balik pd Al-quran dan sunnah. Jangan tunggu suasana, kita yang bina suasana tu pelan2 ikut kemampuan InsyaAllah.

- Umat islam memang umat yg paling bijak berbanding bangsa lain sebab hidup kita dibimbing oleh wahyu Allah dan Sunnah Rasul. Drpd hadith Nabi SAW sendiri kata yg manusia paling bijak adalah manusia yg selalu mengingati mati..

Kesimpulannya, amalakanlah cara hidup Islam dengan sempuran, bukan separuh-separuh. Nabi SAW dan para Sahabat R.Anhum serta para Ulamak terdahulu telah menunjukkan bukti bahawa betapa bernilainya hasil yang diperoleh apabila mengamalakn kehidupan Islam, maka marilah kita bersama-sama mempraktikkan dalam kehidupan seharian sehingga akhir hayat kita..sekian, selamat Beramal..:-)

Ahad, 16 Mei 2010

MENGAPA YAHUDI BIJAK? INI FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU.

Today at 05:48

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adapt resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi.

Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi kurang bijak? saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dari Petikan Thesis Dr. Stephen Carr Leon



p/s:Tukarkan Violin/piano(utk hafal not) dan mendengar music dengan membaca/mghafal Alquran/Hadith serta mendengar bacaan Al-Quran

Rabu, 3 Mac 2010

... ...

Selasa 23/2
Lepas puas bercuti lebih 2 minggu, akhirnya selamat tiba di rumah. rindu pulak katil dan bantal busuk..huhu. pergi mana? Itulah persoalan yang ditimbulkan oleh setiap orang yang bertembung dgn saya. ada yang bimbang, ada yang dah rindu..huhu. tetapi perbualan lebih fokus kepada penampilan saya. kenapa? kerana sedikit berbeza dari sebelumnya. Saya di hujani ucapan tahniah diatas penampilan yang terbaru. Tetapi saya tidaklah berasa begitu bangga diatas ucapan tersebut malah membuatkan hati saya semakin takut kerana kini saya telah memikul satu amanah yang perlu saya jaga. Alhamdulillah..semua itu atas kehendak Allah Taala..Malam tu rasa sunyi. Teman sebilik masih di Kaherah. Tiba-tiba rasa sedih. Dua minggu duduk dalam suasana bising, tiba-tiba sunyi. Mana tak sedih. Terus saya telefon Ummu agar teman saya..

Rabu
Seperti biasa saya turun ke dewan bawah untuk menghadiri muhadarah Syeikh Hussein, tetapi tiada kelibat sesiapapun. Pelik! Selalunya kalau saya turun ke bawah, pasti ramai sahabat saya dah tiba. Saya mendaki tangga yang sering membuatkan saya termengah-mengah. Kalau bahasa negeri sembilan, hongeh..Saya picit loceng rumah Ummu. Owh..kelas start pukul 9.30. Jadual dah bertukar. Baru saya tahu. Takpelah, riadhah pagi-pagi. Mudah-mudahan ada ganjaran dari Ilahi..
Petang pergi ke Maahad. Lewat masuk kelas..Syeikh Toha mula bertanya. 4 Hari tak datang kelas. Banyak pelajaran yang tertinggal. Puas nak cover balik..

Khamis
Muhadharah seperti biasa. Belum sempat nak tegur Syeikh Hussein. Petang ke Maahad. Lewat lagi ke kelas. Syeikh Toha mula bertanya, "Naqiyyah, aina wajibat?", saya hanya tersengih. Syeikh ulang soklan. Cuak pun ada jugak. "Nasitu(saya lupa)", "Limaza?(kenapa?), cepat- cepat saya jawab sebelum Syeikh lebih banyak bertanya "YaumusSabt", terus Syeikh tersenyum. Mungkin faham tektik saya. Guru berpengalaman..huhu. Nasib baik saya sempat siapkan.

Jumaat
Hari ini Muzakarah Berkelompok. Lepas lama ditangguhkan sebab budak kuliah imtihan. Ini adalah keli ketiga bagi fasa 2. Bermakna dah dua kali saya tak join Muzakarah nie. Apa nak buat. Saya tak duduk Mansoura masa cuti 2 minggu. Hari ini saya di taklifkan untuk membawa tafsir Surah Al-Baqarah. Baca tafsir jelah, sebab saya bukan Ahli Tafsir. Alhamdulillah. Bersempenakan MaulidurRasul, naqibah saya membuat sedikit tayangan berkenaan Nabi yang Kita cintai Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh Habib Ali. Antara kata-kata beliau yang membuat saya terpukul adalah ketika Habib Ali berkata "mengapakah hati kita tidak bergetar kerana kerinduan kepada Nabi S.A.W ketika mendengar namanya"..itulah antara kata-katanya yang saya paling ingat. Sahabat-sahabat saya yang lain ramai yang menangis. Manusia..memang perlu sentiasa diperingatkan dan dinasihati. Kerana manusia itu sering lalai kecuali orang-orang yang beriman...Semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan redha Allah SWT.
Petang tue keluar dengan Acu pergi kedai buku dekat Salam. Banyak kedai buku. Saya suka pergi ke situ. Rasa tenang je. Mungkin sebab kebanyakan orang yang menjual di kedai-kedai buku tersebut ahli Ikhwan Muslimin..Saya tertarik dengan buku I'jaz AlQuran oleh Dr Zaghlul Narjan. Tafsiran ayat Al-Quran dari sudut Sains. Memang menarik..Cubalah carik..

Sabtu
Saya tak berapa ingat aktiviti saya hari tue..tapi saya rasa waktu nielah saya telefon mak saya. Nak tahu keadaan family di Malaysia. Kak Lang dah nak bersalin. Mudah-mudahan semuanya selamat..aminnn

Ahad
Hari nie 3 orang ahli Bait bertolak ke Sinai. Seronoknya. rasa nak ikut jugak ke Sinai. Tapi keadaan tidak mengizinkan. InsyaAllah, bakal ku tawan nanti. Rasa sedih je. sunyi.

Isnin
Macam biasa, pagi muhadharah, petang Maahad.

Selasa
Aktiviti yang sama. Cuma masa tasmik dengan Syeikh Hussein, Syeikh mula tanya. "Aina enti ya Naqiyyah". kaget saya. Lama tak datang kelas Syeikh. Sempat saya minta maaf kepada Syeikh.

Rabu
Aktiviti seperti biasa. Habis Maahad saya ke rumah Syeikhah Amani. Nak tasmi'. Datang awal sikit. Sepatutnya kena datang lepas Asar. Tapi saja nak duk situ dulu sambil tunggu Asar. Tengok-tengok Syeikhah datang. Saya dengan Ummu hulur tangan serentak. Terus Syeikhah tarik tangan kami berdua lalu terus memeluk kami. "Aina enti?Wehesytini awih.."Waa..terharu je masa tue. Tak sangka Syeikhah rindu kami. Budak nakal nie pun syeikhah boleh rindu. Mungkin suka buat hal kot. Saya kadang-kadang bila rindu kat mak saya, saya minta kat syeikhah nak peluk syeikhah untuk hilangkan rindu..hoho. lepas tue ke kelas Syeikh Elbaz. tasmik lagi.

Begitulah rutin harian. Setiap pagi ada muhadharah. Petang maahad. lepas Asar ke kelas Tasmik. Malam murajaah Quran. Kalau dah letih sangat tidur je terus. Kalau nak diikutkan masa hanya tinggal sebulan lebih nak imtihan. kenapa saya menceritakan semua ini? Untuk keluarga saya tahu aktiviti harian saya, untuk menjawab sms-sms yang bertanya kenapa saya menyepi dan untuk berkongsi mungkin sedikit ilmu yang saya coretkan... Tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada. Bergantung kepada cara kita mengurus masa. Musim Imtihan semakin dekat..Doakan kejayaan saya dan sahabat-sahabat saya yang lain..Wassalam..




Rabu, 24 Februari 2010

..kejayaan kamu lebih bermakna.

Sedih..Rindu..

Perasaan nie mula bersarang. Hati menjerit-jerit, akhirnya air mata yang cuba di tahan gugur jua..cewah..
Hm..entahlah. Hati rasa sesak je..mungkin sebab kurang mengaji. Tapi sekarang dah tenang bila dapat telipon insan-insan yang tersayang. Pesanan mak kembali segar dalam ingatan..
"Mak, sedihlah. Nanti mesti rindu kat mak. Mak tak sedih ke?"..Hati rasa sebak je. Begitulah perasaan yang menjadi kebiasaan bila nak balik asrama. Dan perasaan nie mela bersarang kembali. Dah duduk jauh nie, ade masa perasaan tue mesti datang.. Tetapi jawapan yang diberikan meredakan perasaan dan InsyaAllah akan ku ingati sepanjang hayat ku.."Mestilah sedih. Tetapi kejayaan kamu lebih penting dan bermakna" Kenapa? Sebab bila kita menuntut ilmu kita ingin keredhaan Allah.. Kejayaan yang hakiki adalah apabila kita dapat mengamalkan dan disampaikan kepada orang lain. Bila dah berjaya jangan lupakan doakan kami semua..
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, : Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya.
(Hadis Sohih, diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)

..dan saya mula mengerti kata-kata beliau..."..kejayaan kamu lebih bermakna."

Selasa, 12 Januari 2010

Tarbiah...


Apa Khabar? itu kalimah kedua yang Sheikh Toha keluarkan selepas memberi salam. Khabar Baik..!Kami menjawab serentak. Beliau tersenyum. Manis. Mungkin berasa gembira mendapat respon dari kami. Makin lama makin banyak kalimah melayu yang Ustaz Toha peroleh. Kemudian akan diulang depan kami agar hafalannya tidak hilang. Ya, pasti seronok dapat belajar bahasa lain secara tidak langsung..

Sheikh memulakan kelas seperti biasa. Mengulang matan dari muqaddimah sehingga akhir matan Surah al-Baqarah. Biar mudah hafal kata beliau. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Tidak seperti semalam. Masing-masing kecut perut bila tengok muka Sheikh berubah mencuka. Puncanya apa? Sebab kami tidak hafal matan. Matan yang sepatutnya kami baca secara hifzi tapi kami tersangkut. Kami ingat sehingga bait 5 sahaja. Bila tengok muka sheikh berubah, terus kami diam. Kemudian sheikh arahkan kami mengulang bacaan sehingga kami hafal kesemua bait yang ditetapkan.

Sambil kami mengulang bacaan, beliau bangun dari tempat duduknya kemudian berjalan-jalan, mungkin untuk meredakan perasaan kecewa dan marahnya. Sebagaimana yang saya pernah dengar, apabila kita marah dalam keadaan kita duduk, maka berdirilah untuk meredakan kemarahan. Bermakna mengubah kedudukan kita apabila kita marah. Mudah-mudahan kita tenang. Bila sheikh duduk semula wajahnya kembali senyum. Beliau sempat membei nasihat dan peringatan agar kami tidak mengabaikan tanggungjawab kami sebagai seorang pelajar. Barulah kami tenang. Baru tengok muka sheikh berubah, belum tengok sheikh marah lagi. Kalau marah entah camnelah.

Tapi elok juga sheikh tegur tue, sebab sikap malas tue dah mula tumbuh dalam diri saya. Hari tue dah kena cubit dengan sheikah Amani. Menjerit saya sebab sakit. Puncanya? Sebab saya jawab soklan tajwid secara ringkas, padahal Sheikhah nak jawapan padat. Waktu tue memang saya 'kurang rajin' nak jawab. Bila kena cubit baru tersedar..hoho..biasalah ada masa kita perlu kena ketuk agar kita tersedar. Bila dah berjauhan dari keluarga, gurulah yang ganti ibu bapa, sahabat-sahabat pengganti keluarga. Kena tegur dengan guru satu kebiasaan bagi seorang penuntut ilmu. Saya ingat satu kata-kata "kamu hina ketika menuntut, tapi kamu mulia apabila dituntut". Bermakna bila kita belajar, kena tegur, kena marah satu perkara yang 'adi. Teguran itu kan tanda sayang..Apa-apa pun, saya sangat bersyukur kerana dikurniakan guru-guru yang hebat. Semoga saya dapat beramal dan disampaikan kepada umat Islam yang lain..aminn