Selasa, 12 Januari 2010

Tarbiah...


Apa Khabar? itu kalimah kedua yang Sheikh Toha keluarkan selepas memberi salam. Khabar Baik..!Kami menjawab serentak. Beliau tersenyum. Manis. Mungkin berasa gembira mendapat respon dari kami. Makin lama makin banyak kalimah melayu yang Ustaz Toha peroleh. Kemudian akan diulang depan kami agar hafalannya tidak hilang. Ya, pasti seronok dapat belajar bahasa lain secara tidak langsung..

Sheikh memulakan kelas seperti biasa. Mengulang matan dari muqaddimah sehingga akhir matan Surah al-Baqarah. Biar mudah hafal kata beliau. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Tidak seperti semalam. Masing-masing kecut perut bila tengok muka Sheikh berubah mencuka. Puncanya apa? Sebab kami tidak hafal matan. Matan yang sepatutnya kami baca secara hifzi tapi kami tersangkut. Kami ingat sehingga bait 5 sahaja. Bila tengok muka sheikh berubah, terus kami diam. Kemudian sheikh arahkan kami mengulang bacaan sehingga kami hafal kesemua bait yang ditetapkan.

Sambil kami mengulang bacaan, beliau bangun dari tempat duduknya kemudian berjalan-jalan, mungkin untuk meredakan perasaan kecewa dan marahnya. Sebagaimana yang saya pernah dengar, apabila kita marah dalam keadaan kita duduk, maka berdirilah untuk meredakan kemarahan. Bermakna mengubah kedudukan kita apabila kita marah. Mudah-mudahan kita tenang. Bila sheikh duduk semula wajahnya kembali senyum. Beliau sempat membei nasihat dan peringatan agar kami tidak mengabaikan tanggungjawab kami sebagai seorang pelajar. Barulah kami tenang. Baru tengok muka sheikh berubah, belum tengok sheikh marah lagi. Kalau marah entah camnelah.

Tapi elok juga sheikh tegur tue, sebab sikap malas tue dah mula tumbuh dalam diri saya. Hari tue dah kena cubit dengan sheikah Amani. Menjerit saya sebab sakit. Puncanya? Sebab saya jawab soklan tajwid secara ringkas, padahal Sheikhah nak jawapan padat. Waktu tue memang saya 'kurang rajin' nak jawab. Bila kena cubit baru tersedar..hoho..biasalah ada masa kita perlu kena ketuk agar kita tersedar. Bila dah berjauhan dari keluarga, gurulah yang ganti ibu bapa, sahabat-sahabat pengganti keluarga. Kena tegur dengan guru satu kebiasaan bagi seorang penuntut ilmu. Saya ingat satu kata-kata "kamu hina ketika menuntut, tapi kamu mulia apabila dituntut". Bermakna bila kita belajar, kena tegur, kena marah satu perkara yang 'adi. Teguran itu kan tanda sayang..Apa-apa pun, saya sangat bersyukur kerana dikurniakan guru-guru yang hebat. Semoga saya dapat beramal dan disampaikan kepada umat Islam yang lain..aminn