Pada Hari Kahamis, 5 Januari 2012 penulis diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menziarahi maqam seorang Syeikh Kabir, Syeikh al-Mutawalli Sya'rawi. Maqam Beliau yang bertempat di kampung kelahiran Beliau iaitu di Doqdus, Meit Ghamir, Mansoura Ad-Daqohliah, Mesir. Rombongan ini terdiri daripada 3 Ikhwah(Lelaki), 5 Akhwat(perempuan), sepasang adik beradik dan sepasang Mutazawwijin(suami isteri). Kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa menggunakan kenderaan yang ditempah khas. Seronok jugak sebab dapat meneroka kampung-kampung Arab ni.
Setibanya kami di kampung tersebut, terasa ketenangannya di sana beserta sambutan masyarakat disana yang begitu mesra. Kami bersolat di masjid yang berhampiran dengan Maqam. Sepanjang perjalanan ke masjid tersebut, kami dapat melihat keriangan wajah kanak-kanak disana. Walaupun telatah mereka keanak-anakan, tetapi apabila berbual, kami dapat melihat betapa matangnya mereka. Mungkin disebabkan kesempitan hidup, mendidik jiwa mereka menjadi matang. Kagum. Itu sahaja yang dapat penulis nyatakan. Kagum dengan diri mereka.
Setelah bersolat, kami meneruskan perjalanan ke Maqam. Setibanya di Maqam, kami disambut oleh penjaga Maqam tersebut. Seorang mama(panggilan utk makcik2..:)) yang comel. Mulut beliau tidak berhenti-henti mendoakan kami. Sudah menjadi kebiasaan di Mesir, mulut sentiasa dipenuhi dengan doa. Itu kelebihan rakyat Mesir yang jarang sekali dapat dilihat pada masyarakat Malaysia.
Ketika melangkah masuk ke dalam kawasan Maqam, dapat dirasakan betapa tenangnya suasana ketika itu. Ketika melihat maqam Syeikh Sya'rawi, tergambar pengorbanan dan ketinggian ilmu Beliau. Betapa beruntungnya IbuBapa beliau kerana melahirkan anak yang soleh. Terfikir di fikiran, apakah amalan Ibu Bapa Beliau. Pasti IbuBapanya seorang yang bertaqwa.
Penulis teringat akan video berkenaan Syeikh Sya'rawi menasihati Bekas Perdana Menteri Mesir, Husni Mubarak. Betapa beraninya Beliau. Apabila hati telah berpaut dengan Allah, tiada apa yang ada di dunia ini lebih ditakuti melainkan Allah..Jika pembaca ingin mengetahui sejarah hidup Syeikh Sya'rawi ini, boleh lihat pada link ini.
Apabila mengenangkan jasa Beliau, penulis dapat merasakan betapa kerdilnya diri ini. Benarlah, tidak ada yang dapat kita bawa mati kecuali 3 perkara, ilmu yang bermanfaat, sedeqah jariah, dan doa anak yang soleh. Walaupun Syeikh telah lama meninggal dunia, tetapi ilmu dan namanya masih kekal disebut dan diingati sehingga kini.
Sebak. Apakah bekalan yang dapat ku bawa untuk ke akhirat? Mampukah aku menjadi anak yang soleh? Mampukah aku melahirkan anak-anak yang soleh sedangkan diriku sentiasa berlumuran dengan dosa? InsyaAllah..Masa masih ada. Selagi mana pintu taubat belum tertutup, selagi itulah masa untuk kita berubah..Menjadi baik bukan semudah meruntuhkannya. Pasti Mengambil masa. Tetapi yang paling penting, sentiasa berusaha dan terus berusaha...Muhasabah Bersama..
Ya ALLAH, peliharalah diriku, keluargaku, pasanganku, zuriatku dari fitnah DUNIA, Fitnah WANITA dan Fitnah DAJJAL..Ampunkanlah Segala Dosa Kami..Matikanlah kami Sebaik-baik Kematian..Tempat kanlah Kami bersama-sama dengan HambaMu yang Soleh..Peliharalah Kami Ya ALLAH..Sesungguhnya Engkaulah Sebaik-baik Pemelihara...
2 ulasan:
subhanallah..terharu saya melihat gambar yg terakhir itu..indahnya bila semua bertutup mcm tu kan..moga istiqamah terus dgn berpurdah seperti kalian..
Amin..syukran ukhti..doakn saya juga..saya pun baru belajar..semoga Allah memberi kekuatan utk istiqamah..:)
Catat Ulasan