Isnin, 2 Januari 2012

Aku Tinggalkan Dia kerana Allah...

Aku Tinggalkan Dia kerana Allah..
Sakitnya Hanya Allah yang Tahu..
Lantaran Kerana Takutkan Azab Allah..
Ku Biarkan Kesakitan Merebak di Kalbuku..
Keran ku tahu, Redha Allah yang aka merawatku...

Ku tinggalkan Dia Kerana Allah..
Kerana ku tahu diriku tidak mampu..
Menjadi Sayap Kiri untuk dirinya..
Apakan daya diriku..

Ku tinggalkan Dia Kerana Allah..
Kerana ku yakin dengan Kehadiran diriku..
Hanya menjadi titik noda Dalam Hatinya..
Kerna Iman ku turut lemah..

Ku Tinggalkan Dia Kerana Allah..
Kerana ku tahu bahawa diriku..
Bisa meruntuhkan Imannya..
Kerana Perasaan yang ada dalam diriku..
Melebihi kecintaanku Kepada Yang Maha Kuasa..

Ku Tinggalkan Dia Kerana Allah..
Hubungan yang tidak halal..
Tidak Akan membawa kebahagian dan ketenangan Jiwa..
Bahkan membuatkan hati lebih jauh Dari-Nya..

Ku Tinggalkan Dia Kerana Allah..
Kerana ku lebih yakin..
Bidadari-bidadari yang berada di sekelilingnya..
Lebih layak untuk menjadi pendamping hidupnya..

Ku Tinggalkan Dia Kerana Allah..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang Aku rasa..
Tidak mampu ku Ungkapkan dengan kata-kata..
Hanya jari jemari yang masih gagah meluahkan isi hati..
Yang kian semakin membengkak kerana mengenangkan dosa-dosa...

Ku Tinggalkan Dia kerana Allah...
Walau air mata deras mengalir..
Akan Ku gagahkan jua untuk menghadapi liku-liku kehidupan..
Kerana ku tahu kematian sering mengintai diriku yang sering kealpaan..

Ku Tinggalkan Dia Kerana Allah...
Untuk Mencari redha-Mu
Yang selama ini aku tinggalkan...
Untuk Mensyukuri Nikmat-Mu
Yang selama ini Aku Lupakan...

Ya Allah..
Aku Tinggalkan Dia Kerana Mu Ya Allah
Kerana Sayangkan Dirinya, Lalu Aku meninggalkan Dia..
Kerana Aku bimbangi, lantaran Diriku yang Lemah Jiwa..
menyebabkan dirinya juga terpalit dosa..

Ya Allah..
Aku Tinggalkan Dia Kerana Mu Ya Allah..
Ku dapat melihat langkah-langkah penghijrahannya
untuk mendapatkan Keredhaan-Mu..
Tetapi kehadiranku hanya akan menjadi halangan di perjalanannya..
Kerana aku masih lemah..

Ya Allah..
Bersihkan hatiku..
Bersihkan hatinya..
Aku tahu dengan keputusan diriku ini akan menyebabkan aku lebih sengsara..
Tetapi itu sahaja jalan terbaik untuk menyelamatkan diriku dan dirinya..

Ya Allah..
Masukkanlah dirinya dalam golongan hamba-mu Yang bertaqwa..
Temukanlah dirinya dengan pasangan yang setanding dengan ketaqwaanya..
Melepaskan dirinya bukanlah sesuatu yang mudah..
Tetapi ku yakin, dengan Keredhaan DariMu Ya Allah, akan menguatkan dan memudahkan jalanku...

Ya Allah..
Ampunkanlah segala dosaku dan ibubapaku...
Ku tahu saat kematianku semakin menghampiri...
Matikanlah aku dalam sebaik-baik kematian..

Ya Allah..
Kuatkanlah hatiku dalam menghadapi segala Ujian dari-Mu..
Peliharalah hatiku dan imanku..
Peliharalah hati dan imannya..
Kerana ku tahu..
Engkaulah Sebaik-baik Penjaga dan Pemelihara..





9 ulasan:

AHKIALUZ berkata...

"Aku tinggalkan dia kerana Allah..kerana aku percaya dia akan membelakangkan Allah disebabkan aku.Aku tidak mahu menjadi penghalang ditengah2 penghijrahannya kerana aku tidak kuat utk memikul beban dosa yang sudah sedia terbeban di bahu.Biarpun sedih melepaskannya namun aku berdoa moga kesedihan ini bakal mejadi mahar buatku disyurga. Sepasrah hatiku meninggalkannya kerana Allah.." P/S : cik kiah,jgn tggal semuo.ambik jgk bahagian kito.bahagian yg boleh jdi pahalo.orang yg bersuami ni pahalo eh lagi bosa dari org yg takdo suami.Dunio ni jmbatan yg menghubungkan kt dengan akhirat.kalau jambatan tak ado titi,macamano nak menyeborang?Buek baik tu dituntut tp tuntutan utk lebih baik,bosa laie.Samo2lah kt berposan2 dengan kebonaran.Moga bertemu apo yg dicari.Amin ya rabb..

ADIB berkata...

Syukran Cik Ika..:)InsyaAllah..doakan dn kt sini ye..semoga kuat...Suka Ayat kamu.."Aku Tidak Mahu Menjadi Penghalang Di tengah2 penghijrahannya kerana aku tidak kuat untuk memikul beban dosa yang sedia terbeban di bahu.."..Mudah2an kita menjadi wanita, dan pendamping yang terbaik untuk dunia dan akhiratnya..:)

AHKIALUZ berkata...

InsyaAllah cik kiah,mudah2an kt jd wanita terbaik pendamping 'dio'.Teringat pulak kato2 sorang kwn.. 'macamano hino pun suami ko,kek utan rimbo pun tompek dio,wajib ko ikut walaupun tompek tido eh bertilamkan rumput kasar.Jgn maso sonang dihirup madu,maso susah jadi sepatu'.Pengajaran berhargo buek kt.Menolak sekarang tak ado salah.Yg salah tu menolak selamonyo.Rasulullah contoh terbaik.Bersederhano dlm segalo perkaro.Moga Allah permudahkan urusan kt.Lagi2 urusan hambo jahil mcm dn.Memang cik kiah jauh kek bumi anbiya' tp doa cik kiah dokek,tak sampai sejongkal.Jd,mohon doa dari insan bernamo siti naqiah ni yg selalu mohon agar ditutupkan aib org lain supayo dio tak melihatnyo.Moga ms tangan mendah ke langit,belum sompek diturunkan,Allah dh terimo.Mudah2an.Amin ya Rabb..

ADIB berkata...

Syukran Ika..Naqiah yg dulu berbeza dengan Naqiah yang sekarang..doakn dn..Jiwa dn lemah..Dn rindukan tarbiyah..dn rindukn tarbiyah..terlalu rindu... :(..Kesilapan pada diri dn sebab tak bijak nak manfaatkan masa..Doakan dn..Semoga Allah menjadikan kita wanita yang solehah dan terbaik dalam membangunkan Islam...:)

NorHayati berkata...

http://sayap-kehidupanku.blogspot.com sangat puitis sekali

ADIB berkata...

Syukran Norhayati...doakan...:)

triple9biz berkata...

mohon izin tuan untuk republish kt blog ana..tq

Tanpa Nama berkata...

sama dgn cerita aq.. aq juga lemah dan takot terusan berdosa lalu meninggalkan dia.. hingga skrg aq tetap tk dpt lupakan dia.. moga kita dpt mencari cinta sejati yg diberkati Nya..

Tanpa Nama berkata...

Saya tinggalkan dia sebab yakin Allah akan bagi jalan yang lebih baik.