Khamis, 10 November 2011

Coretan Untuk Calon Isteriku..

Coretan Untuk Calon Isteriku..

Assalamualaikum..untukmu calon isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang dirangkai oleh hati ini di dalam kalbu..

Aku mulai tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mencari sebahagian diriku yang hilang

Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya..


Acap kali aku mendengar bahwa ungkapan “Kau Tercipta Untukku”

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyyah

Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, kini aku mengerti bahwa pada satu hari nanti

Aku harus mengambil satu taggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku…iaitu dirimu..


Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizik, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu..

Aku menginginkan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini..

Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu..

Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting..

Kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya..

Kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini..


Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz

Diriku diselubungi jubbah, digelar syeikh.

Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar da’i..

Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah..

Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku..

Baik yang indah berhijab atau yang ketat ber t-shirt, semuanya singgah di sisiku..

Aku risau imanku akan lemah,

Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini..

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Aku khuatir amalanku bukan sepenuhnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluk-Nya.

Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini.

Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga.

Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain..


Aku sukar mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau..

Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita..

Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku.

Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak standing dengan kesolehahan mu

Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu..”Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik”


Jiwa remajaku ini mula meracau mencari cinta.

Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi.

Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu..

Disana engkau setia menunggu diriku, tetapi disini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana.

Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri..


Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu,

Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita.

Saat di mana aku bakal melamarmu, akanku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.

Tidak perlu alis mata seakaan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup Cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.


Kahwinilah isteri kerana empat perkara, keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.

Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya..

Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.

Akan ku jadikan akad nikah itu, sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu.

Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.

Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku calon suamimu..


p/s:coretan ni di ambil dari internert..ayat best.saje nak kongsikan. Semoga kite berusaha memeperbaiki diri menjadi yang lebih baik dan mendapat pasangan yang soleh. Paling utama, kita dapat membentuk keluarga yang taat akan perintah Allah SWT dan sentiasa dilimpahi rahmat daripada-Nya. Sebelum terlupa, Selamat Hari Raya Haji..semoga jemaah Haji tahun ini, mendapat haji Mabrur...

3 ulasan:

AHKIALUZ berkata...

'Tugas pertamaku BUKAN mencari dirimu tapi untuk menSOLEHkan diriku'.Ayat ni paling dramatik sekali. Kalau org sekarang, dia akan cakap 'tugas pertamaku adalah mencari dirimu, soleh@solehah boleh didik kemudian lepas kawin'.

P/S :Tabik spring pada orang yang boleh cakap dan laksanakan kata2 'tidaklah aku mencintai kamu melainkan setelah aku mencintai Allah dan RasulNYA..' 1 dlm sejuta trilion! (^_^)

ADIB berkata...

ya, semoga kita mampu laksanakan kata-kata tu...Apabila kita menjaga agama Allah, Allah akan jaga kita...'Ya Allah Peliharalah Kami dan zuriat kami dari fitnah dunia..Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pemelihara...'

triple9biz berkata...

memang touching artikel ni tuan. mohon izin untuk republish kt blog ana tuan. untuk sebarkan pahala. insyaAllah