Isnin, 18 Jun 2012

Ikhwan Muslimin Menang..AllahuAkbar!!

Alhamdulillah..rasa nak menangis bila dengar Ikhwan Menang...Tahniah kepada Dr Mohamad Morsi dan rakyat Mesir..Bimbang bila dengar saki baki Hosni menggunakan pelbagai helah untuk menang disamping disokong oleh bapak-bapak kroni israel dan Amerika. Bimbang. Tetapi Alhamdulillah, tiada kalimah yang lebih agung daripada menyebut nama Allah SWT yang Maha Berkuasa...Kita ada Allah. Menang atau kalah, Allah ada bersama kita..Akhirnya kemenangan menjadi milik kita. Terima Kasih Ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan. Semoga Pemimpin Ikhwan Muslimin dapat menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Negara yang Amanah dan sentiasa di rahmati Allah...Tak sabar nak tengok Negara diperintah oleh Umat Islam yang memang memperjuangkan Islam bukan sekadar ucapan tapi tiada pengamalan..Alfu mabruk dan syukran diatas doa sekalian umat islam yang menginginkan Islam. (nk tengok keputusan kat sini ye )...p/s tak sabar nak tengok gelombang hijau yang bakal memenuhi Negara Malaysia pulak.. InsyaAllah..

Bukan Raisa(bakal perdana Menteri) dah, tetapi Raisu(Perdana Menteri)...Alhamdulillah. =)
 Siapa yang inginkan Islam, tidak akan takut dengan apa-apa risiko, yang tak nak islam adalah orang yang rasa selesa dengan kehidupan penuh nafsu...kononnya kehidupan di bawah telunjuk barat boleh memajukan negara, tapi kita boleh lihat sendiri, cara itu lah yang merosakkan sebuah negara..,Semoga Parti Yang Memperjuangkan Islam akan menang di Malaysia nanti..InsyaAllah..kemenangan semakin hampir..yakin dan bertawakkallah..Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal seiring dengan usaha...AllahuAkbar..!!!


P/s: sape nak tengok ucapan president mesir selepas diumumkan kemenangannya, ini ucapan beliau jam 4 pagi, 18 Jun 2012..klik kat ucapan tu ye..k

Ahad, 17 Jun 2012

exam

Alhamdulillah..selesai 4 paper dan syafawi, tinggal 3 lagi..Madah seterusnya hari selasa ni..doakn ye. Beselah perasaan takut mulalah datang. Bila nak jawab exam je mulalah rasa kosong. Macam tak tau apa nak jawab. (macamana nak tau, soklannya tak tengok lagi)..Mak baru balik dari mekah. Rindu nak cakap dengan mak. Habis tipon mak, terus nangis. rindu sangat dengan mak. tapi tak nak nangis kat mak..huhu..  Setan mulalah nak cucuk. Rasa malas nak belajar. Rasa tak sabar balik Malaysia. Tapi teringat pesan mak, belajar betul-betul. Mukmin yang kuat lebih disukai Allah.. Semakin nak habis paper, makin malas pulak nak belajar. Mungkin sebab dah tak sabar nak habis exam. Tapi tak boleh macam tu. Belajar tetap belajar. Exam atau tak, kena jugak belajar. Jangan malas-malas. Risau jugak dengan paper yang dah lepas, tapi teringat pesanan ringkas Ust Amiza.. "Bittaufiq wan najah biki ya Saufa, Ingat selalu, segala ketetapan Allah itu yang terbaik, setelah kita berhabis usaha"..Ya Allah, semoga diriku kuat dan sentiasa redha dengan segala ketetapanmu..Kena lawan MALAS!!!!..Baru exam dunia dah gelabah. baru nak berjuang kat medan peperiksaan pun dah takut. Macamana nak berjuang di medan peperangan. Takut gagal! Takut gagal! Gagal atau tak itu nombor dua. Yang utama sekarang ni, usaha. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Kalau takut pada risiko, jangan berbicara tentang perjuangan..Pegangan kita ketika berperang, "HIdup kita menang, Mati kita syahid."..Jadi usahalah dalam kehidupan ini untuk menjadi orang yang menang, bukan setakat atas sijil, tetapi pemenang dalam menghadapi segala ujian daripada Allah. Tabah dalm setiap ujian. Hidup ini Ujian. Biarlah kita mati dalam landasan yang diredhai Allah. Jangan putus asa!!(tibe-tibe semangat pulak. dah lama tak kene basuh) InsyaAllah, Mumtaz pasti didalam genggaman tanganku..InsyaAllah...ok tata..jom sambung study...wsalam

Rabu, 23 Mei 2012

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها - سورة البقرة

Rasa rindu sangat di Malaysia..Teman-teman ramai yang dah habis peperiksaan. Seronok mereka. Masa untuk berehat selepas bermujahadah panjang. Pesanan untuk diri dan sahabat, jangan rehat dalam kelalaian. Perjalanan kita masih panjang. Ujian kita tidak terhenti disini. Masih banyak yang kita perlu tempuh. Hidup didunia ini tiada masa untuk berehat. Kerna terlalu banyak tanggungjawab. Pengrehatan yang sebenar adalah di syurga abadi.


InsyaAllah, Saya akan menempuh peperiksaan pada bulan 6 ini. Takut jugak tapi tak boleh takut sebab kita perlu tempuh. Saya mohon doa dari kalian. Semoga saya dan sahabat-sahabat seperjuangan najah(berjaya). Bila nak periksa ni, mulalah hati kacau. Rasa sebak tetiba. Rasa takut. Gambaran akan kegagalan tu mula terbayang di fikiran. Tetapi hati jadi terubat apabila seorang sahabat menegur,"belum berjuang lagi dah mengaku kalah?". Terdiam saya seketika. Betul. Kenapa saya perlu takut? Kenapa saya memikirkan perkara yang bukan-bukan? Apabila kita fikirkan perkara yang negatif, kita pasti berasa putus asa. Bukankah putus asa itu sikap Syaitan Laknatullah? Bukankah Syaitan itu berputus asa dengan rahmat Allah? Ya Allah..Peliharalah hatiku dan sahabat-sahabat ku dari perasaan berputus asa. Putus asa bukan sifat orang Mukmin. Syukran Jazilan kepada sahabat saya yang menegur saya. Saya rindukan teguran. Bukankah teguran itu tanda sayang? 

Kadang-kadang hati ni jadi rindu pada guru-guru terutama guru-guru di ITQAN. Terlalu rindu dengan tarbiah. Pahitnya menerima teguran ketika di ITQAN, tetapi itulah yang menjadi pengubat hati..Terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru saya yang tersayang terutama Ustazah Atikah. Sayang Ustazah. Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya dan sahabat saya dipandang baik oleh adik-adik dan sahabat-sahabat ketika di Itqan dulu? Sedangkan saya sering buat masalah. Akhirnya saya tahu, kerana mereka menghormati guru Quran saya. Guru yang Solehah. Mungkin disebabkan keberkatan Ustazahlah, saya dan sahabat yang lain dipandang hormat. Terima kasih Ustazah.  Tidak Lupa juga saya kepada guru yang sangat saya segani, Ustaz Amiza. Terima kasih  kerana tidak jemu mentarbiyah saya dan sahabat sahabat. Hargailah guru anda.

Disebabkan hati yang sedang berkecamuk, saya pun bersama seorang teman sering ke masjid. Alhamdulillah. Hati jadi tenang. Tempat yang paling tenang pastilah rumah Allah. Yang ingin saya ceritakan adalah berkenaan orang-orang tua yang saya bertemu di Masjid. SubhanAllah. Saya bagai ternampak ciri-ciri calon wanita Syurga pada mereka. Teringat saya ketika terserempak dengan seorang nenek di tempat mengambil wudhuk. SubhanAllah. Cantik nya muka die. Walaupun mukanya telah dimamah usia, tetapi sedapnya mata memandang. Terlalu berseri. Kemudian saya perhatikan tingkah lakunya di Masjid. Beliau solat sunat berulang kali. Memang menjadi amalan orang-orang tua disini yang sangat suka bersolat sunat. Walaupun kaki sakit, sudah terlalu tua, tetapi solat sunat nya tak pernah tinggal. Beralih mata saya kepada makcik yang tadi, seusai solat, saya melihat beliau tidak berhenti berzikir. Nampak tenang. 

Mata saya beralih kepada seorang nenek. Nenek yang sangat murah dengan senyuman. Setiap hari saya pergi pasti nenek itu ada. Saya suka tengok muka beliau. Gigi beliau dah tiada. Comel. Bila berbual, kadang-kadang saya tak dapat tangkap kata-kata nya. Tetapi yang buat saya kagum adalah cara beliau menjaga hafalan Al-Quran. Usianya sudah hampir 70 tahun. Saya melihat  ramai anak-anak muda yang bertalaqqi Al-Quran dengan beliau. Sepanjang masa beliau mengaji. Kuat sungguh ingatan hafalannya. Apabila berbual, saya bermain dengan kulit nya yang sudah kendur. Memang saya suka main dengan kulit makcik-makcik yang dah tua sewaktu di Malaysia, sebab comel. Rindu dengan wan-wan di kampung. 

Bila pandang kulit mereka, kita akan beringat bahawa kita juga akan menjadi macam tu. Tiba-tiba teringat seorang teman yang sakit kulit. Tabah nya beliau. Semoga beliau cepat sembuh dan diberi sebesar-besar ganjaran di atas kesabaran beliau. Semoga beliau cepat sembuh.  Pesanan untuk diri, Segala yang kita miliki ini tidak kekal. Jadi kenapa perlu bangga dengan kecantikan yang tidak kekal? Yang paling utama adalah usaha kita untuk mengekalkan iman dan akhlak kita. Memperbaiki akhlak sedikit demi sedikit. Apabila melihat susah payah orang-orang tua ini beribadah, hati rasa bersyukur kerana usia masih muda. Jika mereka yang sudah terlalu uzur pun masih mampu membuat ibadah sebanyak-banyak nya, kenapa tidak kita? Kita sepatutnya lebih berkali-kali ganda beribadah berbanding mereka. 

Kadang-kadang bila melihat wajah mereka yang nampak tenang, tergambar saya liku-liku hidup yang mereka lalui. Pasti ujian mereka tidak kurang hebatnya. Siapa tahu, mereka yang kita nampak tenang, tetapi memikul ujian yang tersangat berat.. Semoga dipermudahkan. Semoga tabah dan sentiasa dibawah rahmat Allah. Kembalilah kepada Allah. Jadikan manusia tempat kedua untuk kita mengadu selepas Allah. Teringat saya, peringatan seorang sahabat, 'Solat adalah terapi yang terbaik'. Bersangka baiklah kepada Allah. Allah tidak menjadikan segala sesuatu itu sia-sia. Pasti ada hikmah. Bersangka baiklah dengan Allah. Disebalik kesengsaraan yang kita lalui, ada insan yang sedang diuji lebih hebat dari kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang.
Saya kongsikan kata-kata ini buat diri insan-insan yang tersayang...:

"Temanku, Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…
Temanku, Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan… 
Temanku Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…Dari hidup dalam kesesatan
Kerana jangan lupa Temanku…
Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…"

(Minta maaf diatas segala keterlanjuran kata-kata, perbuatan dan penulisan. Saya mengalu-alukan sebarang teguran dan perkongsian atau nasihat-nasihat dari sahabat-sahabat sekalian..Terima Kasih =))

Jumaat, 18 Mei 2012

Hidayah Allah

Taufiq dan hidayah Allah tidak mengira siapa, bila dan dimana. Terkejut apabila membaca pengalaman Seorang Pelakon Yatt Hamzah. Terbayang keadaannya ketika itu. Hikmahnya terlalu besar sehingga beliau terpilih untuk melalui pengalaman sebegitu. Gambaran siksaan ahli neraka yang pasti menjadi kesan yang amat mendalam dalam hatinya. Semoga beliau istiqamah di dalam kebaikan. Adalah tidak mustahil seorang yang sentiasa bergelumang dengan dosa akan menjadi pejuang Islam yang tersohor. Oleh itu, pandanglah setiap orang dengan pandangan rahmat. Bencilah dosa, jangan memebenci Pendosa. Kerana peluang taubat masih terbuka. Kita ikuti kisah yang dilalui beliau. Semoga kita sentiasa di bawah rahmat Allah dan dijauhkan daripada segala kemungkaran sehingga ke penghujung nyawa.

“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt, dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
Semoga wanita-wanita Islam yang masih belum menutup aurat, akan kuat untuk berhijrah. Hijrah dari satu keburukan kepada suatu kebaikan pasti menempuh pelbagai dugaan. Semoga Allah kuatkan. Pasti masih ramai yang mencari-cari sumber kekuatan. Carilah kekuatan daripada Allah. Carilah sahabat yang baik. Bagaimana nak mencari sahabat yang baik? Carilah sahabat yang cintakan majlis Ilmu Allah. Semoga kita juga akan menjadi pencinta ilmu Allah. Carilah sahabat yang cintakan kebaikan. Cintakan Masjid, Cintakan Dakwah. Pasti serba sedikit kita akan dapat kebaikan dan mampu menjadi lebih baik daripadanya. Mari kita bersama-sama berusaha untuk menutup aurat sedikit demi sedikit. Apakah maksud aurat? Dari sudut bahasanya adalah anggota yang ditutup oleh seorang insan kerana MALU. Dari sudut istilah Fuqaha, adalah setiap anggota yang dituntut oleh syarak iaitu wajib ditutup dihadapan orang lain kecuali yang Mahram. Berkenan saya kongsikan kata-kata Hilal Asyraf :

Antara ciri bidadari dunia adalah malu.
Dengan malu itulah dia menjadi mahal.
Auratnya kan tidak terdedah murah,
Prinsipnya kan kuat tidak tergugah,
akhlaknya kan sopan tidak mudah berubah.
Kerana malu yang mengikat,
membuatkan seorang perempuan itu menjadi hebat.

Selamat BerMujahadah!!

Rabu, 16 Mei 2012

Belajar dan terus Belajar

Alhamdulillah..pada hari jumaat yang lepas bersamaan 11hb 5, saya sempat bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan di Bait Anis. Rasa rindu sangat dengan kawan-kawan sekelas. Akhirnya dapat juga bersua muka pada majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk peperiksaan Akhir Syahadah Takhassus Qiraat...Terubat rindu bila lihat wajah-wajah bersih sahabat-sahabat yang pastinya bermujahadah siang dan malam untuk peperiksaan ini..ya.Ukhwah itu indah. Daripada Ukhwah kita akan merasai erti kasih sayang, pengorbanan, kemesraan dan kekuatan..Hati jadi semangat bila melihat wajah kawan-kawan. Walaupun mulut tidak berbicara, tetapi wajah-wajah mereka telah cukup untuk berbicara. Indahnya Ukhwah.

Disini saya ingin selitkan sedikit ilmu yang saya peroleh ketika majlis. Semoga kita sama-sama dapat manfaat.
Dalam melakukan Apa-apa perkara, yang paling utama adalah Niat. Buruk niat kita, buruk lah kesannya. Begitu juga sebaliknya. Jadi dalam menuntut ilmu, kita juga perlu untuk berniat.

Niat pertama dalam menuntut ilmu adalah untuk menambahkan Ketaqwaan kita Kepada Allah SWT. Apabila bertambah Ilmu, semakin bertambah sifat ketawadhukkan(rendah diri) di dalam diri. Bak kata pepatah, jadilah seperti padi, semakin berisi, semakin menunduk ke bumi, jangan jadi seperti lalang, tiada isi tetapi semakin tinggi.

Keduanya, niat dalam menuntut ilmu adalah untuk menghilangkan kejahilan di dalam diri. Kita semua adalah jahil. Seorang doktor ke, professor ke, ustaz ke, asalanya adalah kosong. Tetapi kerana kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu, akhirnya mereka mampu untuk berdiri dimana mereka berdiri sekarang. 
 
Ketiganya niat menuntut ilmu ini adalah untuk menyebarkan Agama Allah. Tanggungjawab setiap individu muslim adalah menyebarkan agama Allah SWT. Ingin saya selitkan Kata-kata Imam Syafi'e "Sesiapa yang hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu."..Ilmu terlalu penting samada melibatkan urusan dunia atau akhirat..Maka pilihlah menuntut ilmu untuk akhirat kerana dunia akan kita dapat sekali..ikhlaskan niat..Tidak kira berapa umur kita, belajarlah dan pilihlah kawan yang baik. Kadang kala sahabat ini menjadi asbab untuk kita berubah. Kita boleh lihat melalui pengalaman Ustaz Azhar Idrus.

Akhir kalam, ditengah-tengah musim peperiksaan ini, pasti ramai yang stress dan pelbagai dugaan yang Allah bagi. Ada yang putus bercinta, sahabat berubah perangai, orang-orang yang tersayang meninggal dunia, jadi untuk menguatkan hati, lazimilah zikrullah..InsyaAllah, walaupun seluruh dunia meninggalkan kita, Allah tetap bersama kita, itu yang paling bermakna..yang kita takuti, jika seluruh dunia bersama kita, tetapi Allah jauh kita tinggalkan, itulah manusia yang paling rugi..Oleh itu mari kita bersama-sama mendekatkan diri kepada Allah sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
 
 Imam Syafi'e berkata, ''Insan yang paling tinggi darjatnya adalah orang yang tidak melihat darjatnya dan insan yang paling mulia adalah insan yang tidak melihat kemuliaannya.'

Isnin, 23 April 2012

Santai...

Rasa down sangat hari ni. Sedih. Tapi hati kene kuat. Memberi kemaafan itu lebih baik dari berdendam. Dendam ni hanya merosakkan hati dan fikiran. Apabila berdendam, tindakan kita pasti bersifat negatif..Jadi berikanlah kemaafan. Tidak rugi. Allah itu Maha Adil. Kita doakan bersama-sama. Anggaplah kesakitan yang kita alami sekarang sebagai kafarah dosa yang pernah kita lakukan tanpa kita sedari. Sentiasalah mendoakan yang terbaik untuk diri kita dan orang lain. Jangan ringankan mulut mendoakan kecelakaan kepada orang lain, tetapi lembutkanlah lidah untuk mendoakan kebaikan untuk mereka. Semoga orang lain pun akan ringan mulut mendoakn kebaikan untuk kita..Senyum selalu..=). Hari ni bukan nak cerita pasal mulut, tapi pasal peristiwa n aktiviti yang dibuat sebelum ni. Semoga dapat memberi sedikit info dan pengajaran kepada semua..=)

11/3/2012 (Ahad)

Ada forum cinta dan sayang yang dianjurkan oleh pelajar ISMA Mansoura. Forum yang bertajuk "Apabila Baju Melayu & Baju Kurung Bertemu" menampilkan Ustaz Mohammad Salleh dan Ustazah Nor Salehah. Tajuk yang begitu menarik perhatian.hehe..Disini saya ingin kongsi sedikit info yang diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak peringatan dan pengajaran kepada para pembaca sekalian..
Cinta. Cinta itu fitrah. Dimana kehadiran cinta itu adalah untuk memelihara, menjaga, menghormati. Apabila berlaku yang sebaliknya, bermakna kita telah terperangkap dalam 'Perangkap Berahi'..Jika untuk menghilangkan kesepian, itu adalah berahi.
Nafsu itu kecenderungan. Sesuatu yang kita minat atau cenderung, maka kita akan nampak ia sangat indah. Maka Islam datang untuk mengawal nafsu itu agar kita tidak terperangkap. Sesungguhnya, semua yang ALLAH tetapkan adalah untuk menjaga kamu dan membersihkan kamu.
Mengapa Nabi sarankan mencari yang beragama? Sesiapa yang kamu pilih itu adalah penentu generasi akan datang dan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Mengapa memilih isteri yang solehah? Kerana yang lebih banyak memepengaruhi anak dalam tingkah laku adalah isteri. Mengapa memilih Suami yang soleh? Kerana jika memilih lelaki yang kurang agama, mereka akan melarikan diri anda dari jati diri anda. Kerana orang yang kurang agama tidak memelihara agama.
Pendirian kita sebagai seorang muslim adalah mendapat redha Allah SWT. Untuk mengurangkan dugaan gegaran jiwa ini, kita perlu sibukkan diri dengan aktiviti-aktivit Islam..
Kita bukanlah seorang yang sempurna, tetapi yang paling penting adalah kita belajar untuk mencapai kesempurnaan itu. Perbaikilah akhlak. Perbetulkan niat. "Rasa berputus asa selepas satu tempoh mujahadah yang panjang adalah disebabkan permulaan niat yang tidak baik"..

14/3/2012

Masa tengah kelas di Maahad, tiba-tiba dapat kol dari Malaysia..Hati pun rasa kuat nak angkat. Kalau biasanya memang malas nak angkat kalau time kelas ni. Abang telefon. Rupa-rupanya wan yang tersayang meninggal dunia. Kaget. Rasa blur je. Selesai telefon, terus masuk kelas sambung ngaji dengan Syeikh. Habis kelas, terus jumpa syeikh, mintak doakn wan yang baru meninggal. Syeikh nampak terkejut. Sebab syeikh tengok saya macam biasa. Saya boleh kawal lagi, tapi tetiba hati jadi sayu sangat bila dengar doa dari syeikh. Puas tahan air mata, nak sorok dari syeikh, tapi tak sempat. Syeikh terus tunggu sampai saya bertenang. Sorang kawan temankan balik. Sampai rumah, terus kenangan-kenangan dengan uwan datang. Terbayang wajah-wajah famly yang berada di Malaysia. Mesti mak lagi sedih. Walaupun hanya ibu mertua, tetapi mak lebih lama hidup dengan wan berbanding abah. Tetiba teringat abah yang dah lama meninggal. Selang tarikh sehari dengan wan. Abah meninggal 13/3/1995 wan 14/3/2012. Semoga Wan dapat berjumpa dengan Abah anak tunggal kesayangannya... Setelah bertenang, telefon mak. Nasib mak tenang. Mak memang kuat. Kagum dengan Mak. Sejak mak kawen, mak jaga famly abah. Mak jaga tok nyen, wan nyen, kakak wan, wan, atuk,abah sehingga akhir hayat mereka.. Mak jaga atuk yang strok dari saya tingkatan tiga sampai saya diploma di Itqan. Betapa tingginya ketabahan menjaga mereka. Teringat masa sebelum balik mesir, wan demam sebab wan rindu kat mak yang pergi umrah..comeii.seronok pulak rasanya kalau mak mertua sayang..hehe..mase kol mak kat Mekah, mak pun cakap mak rindu kat wan..Pesanan untuk diri sendiri. Kawen ni bukan setakat untuk seronok, tapi alam itu akan mengajar kita erti kasih sayang, kesetiaan, pengorbanan, ketabahan, dan kesabaran..Ya Allah jadikanlah diriku wanita yang solehah dan tabah menghadapi setiap ujian dariMu..Ya Allah berkatilah keluarga ku..Berkatilah ibuku..Berilah sebaik-baik ganjaran kepada ibuku..Tempatkanlah ibuku di syurga yang kekal Abadi...amin Ya Rabb..Semoga Allah pertemukan saya dengan insan-insan yang saya sayangi ini di tempat yang menjadi dambaan setiap Hamba Allah di syurga nanti.

21/3/2012

Pergi ke Iskandariah anjuran DPM PMRAM cawangan Mansoura. Niat dihati memang teringin nak ziarah Maqam-maqam Ulamak sebelum exam ni. Alhamdulillah, Allah makbulkan. Kami bertolak pada pukul 7 ke 8 pagi. Diantara destinasi yang kami pergi adalah, Istana Raja Farouk, Teatar Rom, Maktabah Alex, Qal'ah Quitbai, Maqam Nabi Daniel,Maqam Luqmanul Hakim, Maqam Syeikh Al Mursi, Maqam 12 Wali dan pelbagai lagi. Saya akan perjelaskan tempat-tempat ini di dalam entry yang akan datang..InsyaAllah..ma'assalamah...

Ahad, 15 April 2012

"NANTILAH,SUATU HARI NANTI MUNGKIN SAYA PAKAI."

Semoga dapat direnungi bersama...

Profesion saya sekarang ialah pengurus syarikat dan saya lulusan luar negara.
Saya mula memakai tudung pada tahun 1994 iaitu ketika berusia 24 tahun.
Terus terang saya katakan,
memang sebelum itu saya tidak pernah terfikir hendak memakai tudung.
Apabila ditanya oleh kawan-kawan, saya cuma menjawab,
"Nantilah, suatu hari nanti mungkin saya pakai."

Ada juga kawan-kawan yang prihatin mengingatkan saya mengenai ajal dan maut yang bukannya boleh ditangguhkan.
Kalau tiba-tiba ajal saya sudah sampai,
tidak sempat pula saya hendak memakai tudung dan bertaubat.
Risau juga saya mendengar kata-kata mereka tapi... entahlah, masih tidak terbuka hati.

Sehinggalah tiba-tiba pada suatu malam Jumaat saya mengalami mimpi yang menakutkan.
Dalam mimpi itu saya nampak semua adik beradik,
saudara mara dan kawan-kawan saya, tetapi tidak ada seorang pun yang nampak saya.
Mereka bercakap sesama sendiri tetapi langsung tidak menghiraukan saya,
seolah-olah saya tidak wujud lagi.

Kemudian barulah saya diberitahu saya berada di alam lain dan akan menemui ajal saya pada hari itu. Saya dibawa ke situ hanya untuk diberitahu yang saya hanya menunggu masa akan mati tetapi tidak diketahui waktunya dan caranya.
Jadi, saya berada dalam keadaan cemas sepanjang hari kerana tidak tahu apabila saatnya dan bagaimanakah cara saya akan mati.

Saya kemudian menaiki kereta menuju ke lapangan terbang kerana saya perlu menuju ke suatu tempat bagi menjalankan tugas.
Dalam perjalanan, saya terfikir mungkin saya akan kemalangan sebentar lagi dan terus mati.
Saya berdebar-debar, tetapi akhirnya selamat sampai ke lapangan terbang.
Apabila kapal terbang berlepas,
saya terfikir mungkin kapal terbang ini itu akan terhempas dan saya akan mati.
Saya menjadi begitu cemas sehinggalah kapal terbang selamat mendarat.

Tiba-tiba saya merasa sesak nafas dan sakit seperti nyawa mahu dicabut keluar.
Saya terjaga daripada tidur tetapi masih terasa sakit dan sesak nafas.
Saya panik.
Ya Tuhan!
Mungkinkah saya akan menghembuskan nafas yang terakhir pada malam ini juga?

Cepat-cepat saya bangun, ambil wuduk dan sembahyang sunat.
Tidak henti-henti saya membaca macam-macam ayat al-Quran,
tetapi kesakitan yang dirasai semakin perit.
Tanpa menanggalkan telekung saya baringkan diri di atas katil.
Saya rasa diri saya seperti sekujur mayat di dalam telekung putih itu.
Saya tidak tahan lagi dengan kesakitan itu, lalu saya memohon doa,
"Ya Tuhan, sekiranya engkau mahu mencabut nyawaku engkau berilah masa bagiku bertaubat dan aku berjanji akan memakai tudung suatu hari nanti."

Tiba-tiba kesakitan itu semakin menjadi-jadi dan sambil menangis saya berjanji akan memakai tudung pada minggu hadapan.
Tetapi tekak saya bagai disentap dan tekak saya semakin perit.
Saya tidak tahan lagi lalu berjanji saya akan memakai tudung keesokan harinya.
Tanpa disangka, semua kesakitan itu hilang dengan sekelip mata.

Saya betul-betul terkejut,
tidak dapat berkata apa-apa dan tersandar di hujung katil dalam keadaan yang masih takut.
Saya berkeadaan begitu hinggalah masuk waktu subuh.
Selesai sembahyang subuh,
saya terus mencari tudung di dalam almari untuk dipakai ke pejabat pada pagi itu juga.

Itulah hari pertama saya memakai tudung,
sudah tentulah kawan-kawan saya terkejut kerana saya tidak pernah menyuarakan hasrat hendak bertudung sebelum ini.
Sepanjang hari itu saya menjadi pendiam, sedih,
takut dan cemas kalau-kalau saya mati pada hari itu juga.

Walau bagaimanapun, saya berasa bersyukur kerana menjadi hamba Tuhan yang terpilih untuk diberi hidayah dengan cara sebegitu.
Apabila saya melihat kawan-kawan yang belum bertudung,
saya berasa sedih kerana mereka tidak tahu dan tidak mempedulikan apa yang menanti mereka di kemudian hari.
Saya bernasib baik kerana diberi petunjuk.

Apa yang boleh saya katakan daripada mimpi saya alami,
tidak dapat saya bayangkan ketakutannya apabila saya benar-benar mengetahui bilakah ajal saya akan sampai.
Jadi, bersedialah, ajal kita mungkin akan sampai pada bila-bila masa saja,
sesaat pun tidak akan tertangguh apabila ajal sudah sampai.

(Copy paste from FB)