Isnin, 14 Januari 2013

(^ - ^) Keifa Halukum?

Selamat Menyambut Tahun Baru..InsyaAllah, tahun perubahan. Apa yang berubah? ehem ehem..hehe. Tahun yang baru berlalu, meninggalkan seribu satu kenangan dan pengalaman. Pengalaman mengenali hati manusia, dugaan yang datang sehingga ahli keluarga ku yang meninggal pada tahun 2012 seramai 14 orang. Semoga mereka semua ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Jika tahun lepas saya dan keluarga tidak putus-putus menziarahi rumah jenazah, semoga tahun ini Allah gantikan dengan khabar-khabar gembira, InsyaAllah..

 Oktober-Desember 2012
Menjadi guru ganti memberi pelbagai kenangan. Pengalaman menjadi guru, memberi gambaran awal tentang dugaan menjadi seorang pendidik. Selagi nama kita hamba Allah yang beriman, pasti Allah akan memberi ujian untuk memeberi gambaran tingkatan iman kita. Jadi jangan putus berdoa agar Allah SWT sentiasa memberi kekuatan untuk kita mengahadapi segala ujian. Menjadi guru ini juga, memberikan peluang kepada saya untuk keluar dari kepompong yang lama. Melatih diri menjadi penyabar dan berdiplomasi, *(cewahh..haha.Taklah penyabar sangat, tapi bolehlah sabar sikit dari dulu, klu tak asyik nak mengamuk je,aiii lemahnya iman). Melatih diri menjadi seorang proaktif.(baru dapat istilah ini bila dengar ceramah Ust Amiza, klu tak dengar ceramah, entah bilalah saya akan tahu maksud proaktif ni..ish2). Rindu lah pulak dengan anak-anak murid ni. Setiap hari dengar bacaan ayat suci Al-Quran daripada mulut diorang yang pelbagai versi alunan hehe. Last day nak balik rumah, datang anak murid bagi hadiah,(tak terfikir pun). Terima kasih Ustazah(tak layak lagi) ucapkan..Semoga Allah memberkati ilmu kalian.  

Disember 2012

Setelah tamat berkhidmat di ITQAN, sampai je rumah, terkejut apabila barang kargo dari Mesir dah sampai. Alhamdulillah, sebagaimana yang dirancang, Allah permudahkan. Terus kemas barang-barang kargo 7 kotak. Gaji yang diperoleh melalui kerja guru ganti itu, terus saya gunakan untuk membeli almari baju dan almari buku. Penat sangat kemas barang...huhu...Tapi seronok..hehe





31 Desember 2012
Sambut tahun Baru di Shah Alam. Seronok. . Sebelum ini , pergi ke tempat yang sama dengar ceramah Ust Azhar dengan Syeikh Muhammad Ali Assobuni. Itupun last minit dapat tahu, Alhamdulillah, dapat juga pergi. Ingatkan itu adalah kali terakhir dapat jumpe Syeikh , Alhamdulillah, Allah bagi peluang kedua ketika sambutan tahun baru. Selama 24 tahun, inilah kali pertama sambutnya. Maklumlah, sambutan biasanya  tak membangunkan jiwa langsung, So inilah kali pertama sambutnya, tahun lepas tak dapat pegi, so tahun ni nak jugak. Alhamdulillah, selalu tengok ceramah je, sekarang dapat lihat depan mata. Allah, sejuknya bila memandang wajah ulamak. Ketenangan itu bukan datang dari cantik@hensem nya rupa paras, tetapi kecantikan hati. Jadi kepada sesiapa yang nak cantik, jom sama-sama cantikkan hati ye.:-) 

Januari 2013
Alhamdulillah, dapat jawapan untuk 3 perkara yang ditunggu-tunggu. 1)Tauliah Mengajar Quran daripada jabatan Mufti, 2)Tawaran menjadi Guru Tahfiz 3)Tawaran untuk sambung Master. Alhamdulillah, ketiga-tiga jawapan memuaskan hati. Jadi sambil-sambil sebelum memulakan tugas, kita pergi menebas dulu..hehe. Boring jugak duduk rumah je. Baik buat aktiviti yang berpeluh. Jadi teman mak dan abang ke kebun sawit. Daripada bulan 12 sampai sekarang. Kemudian waktu terluang, pergi menebas rumah mak lagi satu. Rumah dah ada tapi takde sapa yang duduk, jadi rumah tu dah jadi semak. Tiba-tiba abang kata nak duduk rumah tu, so jom gerak-gerakkan badan sampai lemak menjerit. Kata nak kuruskan?haha.

Dah macam diari lah pulak. Takpelah, mood nak menulis. Semoga tahun ni, dapat khabar-khabar yang menggembirakan hati. Sedara-mara pun ramai dah nak kawen. Saya? Tawakkaltu 'alAllah. Semoga bertemu pasangan yang soleh. Amin..Kepada pembaca-pembaca sekalian, semoga kita bertambah iman dari semasa ke semasa dan semoga kita tabah menghadapi apa-apa ujian yang didatangkan oleh Allah kepada kita...Ya Allah, kuatkan hati kami...Salam Mahabbah..:)

Rabu, 12 Disember 2012

Yang Pergi Tidak Akan Kembali

Baru-baru ini, selepas saya menulis post berkaitan kematian, saya terus membaca buku. Tapi pelik jugak kenapa buku yang berbentuk motivasi ini asyik cerita mengenai kematian juga. Rupa-rupanya Allah nak memberi tanda bahawa keluarga saya bakal diuji. 

Sebaik sahaja tamat kelas Tasmik Quran, saya baru melihat telefon. Biasa saya akan silent. Saya tengok banyak miskol selepas itu ada satu message. Tersentak jugak. Dapat berita Abang Ipar saya telah dijemput menemui Ilahi. Allahh....Terkejut. Setahu saya beliau sihat... Tak tahu nak buat apa. Dalam fikiran saya ketika itu bagaimana dengan akak saya? Bagaimana dengan anak buah saya?...Dapat kol dari abang, untuk menjemput saya pulang. Tiba di rumah, saya terserempak dengan anak buah saya yang berumur 6 tahun sedang bermain. Sebak rasa hati. Anak buah saya itu pasti tahu ayahnya dah meninggal tetapi belum merasai lagi kehilangannya. Saya dapat memahami perasaannya ketika itu kerana saya juga pernah merasakannya saat abah saya meninggal dunia. Ketika itu umur saya 7 tahun dan adik bongsu saya berumur 5 tahun. Saya masih ingat, saya melihat bagaimana jemaah-jemaah yang datang menguruskan abah saya yang juga meninggal mengejut. Ketika itu saya tahu saya dah takde abah. Bila melihat ahli keluarga menangis, saya pun terus ke bilik sebab sedih. Saya sorok-sorok menangis. Malu nangis depan orang. Bila habis nangis, saya terus senyum je jumpa orang. Malas nak sedih dah. Saya malas nak layan rasa sedih. Sebenarnya saya masih tak merasai erti kehilangan. Selepas beberapa lama abah meninggal, saya tetap rasa biasa. Sampai satu hari, bapa saudara saya datang ziarah. Waktu tu bapa saudara saya duduk sebelah saya lalu memeluk bahu dan membelai saya. Waktu tu tiba-tiba hati saya rasa sebak..'Owh, macam ni rasa ada ayah' dan tiba-tiba saya teringat pelukan abah saya. Terus saya masuk rumah dan terus menangis. Sorok-sorok lagi sebab malu nangis depan orang..hehe. Betullah abang saya cakap, antara nikmat yang besar adalah dapat membesar disisi ayah. Sebab kami membesar tanpa ayah. Jadi hargailah IbuBapa kamu ye...huhu

Jenazah abang ipar habis diuruskan dan ditanam malam itu juga. Kira-kira antara jam 12 malam sehingga 1 pagi. Kerana jenazah dibawa dari Johor dan ditanam di Negeri Sembilan. Ya, Mati tidak mengenal usia. Dalam usia 40 tahun, allahyarham telah menyahut seruan Ilahi. Ketika itu difikiran saya hanya Mati. Rasa takut pulak. Mungkin disebabkan saya tidak dapat menangis, saya terus demam. Kene badi mayat kot sebab habis urusan jenazah saya terus tidur tanpa wudhuk. Wallahua'lam.

Mak menangis. Semakin mak meningkat usia mak semakin mudah menangis. Kalau dulu nak tengok mak nangis pun susah. Menantu tetap adalah anak dan mahram sehingga mati. Hilang menantu macam hilang anak jugak, kata mak. Ya, saya sayangkan abang ipar saya. Selepas abah meninggal pada bulan tiga, abang ipar saya ini mengahwini kakak saya pada hujung tahun yang sama. Boleh dikatakan hidup dengan beliau lebih lama dari bersama abah. Kira-kira 16 tahun. Alhamdulillah, disaat keluarga saya dalam kesusahan selepas kematian abah, keluarga abang ipar saya ini selalu membantu. Mak cakap, boleh dikatakan setiap kali sarapan pagi, ayah abang ipar saya akan kirimkan roti canai untuk sarapan. Bila nak mulakan persekolahan, ayah abang ipar saya akan hulurkan sedikit duit kepada mak saya 'Nah untuk belanja anak sekolah'. Allah, betapa mulianya hati. Betullah kata-kata orang tua, nak mengenal saudara ketika kita susah. Semoga Allah merahmati keluarga Allahyarham..

Bila orang bertanya kepada saya, apa perasaan tiada ayah? Saya hanya mampu menjawab, saya rasa sedih dengan orang yang tidak hargai mak dan ayah. Susah? Ya, selepas kematian abah, memang keluarga teruji dengan kewangan. Allah menarik sedikit nikmat kesenangan. Ketika itu kesepuluh adik beradik saya masih belajar dan abang sulung saya masih menuntut ilmu di Jordan. Apabila abang saya nak berhenti belajar, mak tak bagi. Mak suruh belajar jugak. Alhamdulillah, walaupun macam-macam ujian menimpa, di tohmah, difitnah, apabila hak kami tidak diadili, mak tetap bersabar untuk membesarkan kami. Saya ingat masa kecik saya menjual di pasar tani, jual buah di bus-stop, jual kek dan nasi goreng di sekolah, kakak saya jual nasi lemak di sekolah dan boleh katakan kami adik beradik yang masih bersekolah menengah dan rendah tolong mak menjual kuih muih. Kakak-kakak dan abang yang berada di universiti pula terpaksa berjimat cermat menggunakan duit pinjaman. Tetapi saya taklah rasa sedih pun, rasa seronok sebab ada pengalaman. Kadang-kadang saya, adik dan abang saya akan bergilir membantu wan-wan yang menjual di pasar tani. Upah kerja tu mak kata itu duit belanja dan kadang-kadang mak ambil utuk di simpan dalam bank. Masa kecik-kecik dulu kadang-kadang sedih jugak sebab tak dapat berbelanja macam orang lain. Bila nak beli mainan ke apa-apa ke, mesti mak tak bagi. Mak kata mak tak cukup duit dan mak suruh berjimat. Tapi yang saya perasan, kalau minta untuk belajar mak terus beli. Kalau takde duit mak akan cari macam-macam jalan untuk dapatkan duit. Teringat masa kakak saya kene operate hidung, mak saya menjual lori peninggalan abah. Hasil jualan tu mak bayar kos rawatan pembedahan dan kebetulan kakak saya dapat masuk U, mak gunakan duit itu untuk bayar yuran pendaftaran. Baki daripada duit tu, mak agih-agihkan untuk kami yang masih belajar.

Antara pengajaran yang saya dapat selepas ketiadaan abah, 1) Langsaikan hutang si mati. Kebetulan sebelum abah meninggal, abah tunjuk buku hutangnya kat akak. Jadi mak terus langsaikan hutang abah. Kalau tidak selesai hutang, kesian jenazah didalam kubur. Itu sebabnya didalam Al-Quran pun ada diajar untuk menulis hutang. Takut hak orang lain tidak selesai. Jadi pastikan jika ada hutang, kita tulis tau. 2) Mencari pasangan yang faham agama. Ramai yang ada ilmu agama, tetapi tidak ramai yang faham dan ingat. Walaupun mak tak sekolah agama, tetapi mak dulu rajin dengar ceramah. Daripada ceramah, mak belajar berkenaan hutang simati, pengurusan harta anak yatim, cara mendidik anak, kepentingan ilmu dan sebagainya. Walaupun saya belajar agama, tapi saya tidak dapat memahami sepenuhnya sehingga saya melihat amalinya melalui mak. 3) Kepentingan Ilmu. Mak tak bagi abang berhenti belajar. Kerana duit tidak memberi ilmu, tetapi dengan ilmu kita boleh mendapatkan duit. Jika orang tu kaya raya pun, tapi jika dia tiada ilmu, lambat laun duitnya akan habis juga disebabkan kebodohannya. Dengan ilmu, kita akan tahu batas-batas dalam mencari duit. Carilah duit yang halal dan berkat. Saya melihat walaupun kami susah mecari duit tetapi keberkatan itu membuatkan kami rasa cukup dan Alhamdulillah dapat menghabiskan pengajian dengan sebaiknya. Tinggal yang bongsu je lagi. Mudah-mudahan dipermudahkan. Begitulah pentingnya mencari rezeki yang halal dan berkat walaupun susah untuk memperolehinya tetapi ia kekal dan membuahkan hasil berbanding rezeki yang tidak halal dan tidak berkat, walaupun melimpah ruah tetapi masih tidak berasa cukup. Teringat saya satu kata-kata dalam sebuah buku, kaya itu apa?  Apabila berasa cukup dan tidak memerlukan apa-apa.

 4) Syukur dan redha. Segala yang ditetukan oleh Allah tidak sia-sia. pasti ada hikmahnya walaupun takdir itu pahit untuk ditelan tetapi yakinlah, jika kita redha Allah akan membalasnya dengan yang lebih baik. Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan. Kita hanya pelakon dipentas dunia kerana trofinya bakal diperoleh di akhirat kelak. 5) Jangan berputus asa. Jika ditimpa apa-apa musibah jangan menyalahkan takdir tetapi cari jalan penyelesaian. Mak pernah cerita, lepas abah meninggal mak banyak termenung. Mungkin masih berasa terkejut dengan kematian abah yang mengejut dan mak masih terbayang ketika abah sakarat kerana abah meninggal di pangkuan mak. Kepala rasa buntu. Lepas tu atuk telefon, nasihat mak " jangan duduk termenung je, cuba bawak mengaji ". Mak pun terus mengaji dan selepas seminggu mak qatam. Selepas itu mak berasa kekuatan, seolah-olah beroleh jalan keluar. Hati jadi tenang. Baru mak dapat berfikir dengan baik. Jadi apabila ditimpa apa-apa ujian, mengadulah kepada Allah. Kepada Allah kita luahkan perasaan. Jadikan manusia tempat kedua selepas Allah. Apabila kita dekat dengan Allah, kita akan kuat dalam menempuh dugaan. Yang pergi tetap akan pergi, yang tinggal perlu teruskan hidup. Yang meninggal hanya inginkan doa pahala yang berterusan. Maka yang masih hidup, teruskan berbakti untuk diri dan manfaat orang lain.

Kenapa saya ceritakan semua ini? Kerana saya tahu ramai dikalangan pembaca yang ada mengalami nasib yang sama malah ada yang lebih hebat dugaan hidup. Saya pernah mendengar kisah seorang nenek yang diuji dengan cucu-cucu yang menjadi pelacur, menghisap dadah. Ada kisah anak dan isteri yang didera, kisah isteri menunduk suami, kisah ibu kematian anak, kisah orang yang sakit bertahun-tahun, dan sebagainya. Nauzubillah... Allah, kuatnya hati-hati yang ditimpa ujian tersebut. Sesungguhnya setiap dugaan yang kita hadapi ada hikmahnya. Hikmah nya perlu kita cari. Jika kita membiarkan dan menyalahkan segala dugaan yang kita hadapi, kita bimbang jika kita akan berasa putus asa dengan Tuhan. Bimbang jika kita bersangka buruk dengan Allah. Walaupun saya tahu dugaan yang menimpa mereka terlalu dasyat, tetapi sebagai menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah, kita perlu saling ingat mengingati. Kerana setiap orang Muslim itu bersaudara..Uhibbukum Fillah..Aku Cintakan Kamu Kerana Allah.

Oleh itu pesanan untuk diri saya khususnya dan untuk pembaca sekalian, belajarlah untuk menjadi sabar dan belajarlah untuk redha dengan segala ketentuan. Mintalah kekuatan kepada Allah dalam mengharungi segala ujian. Semoga kita mendapat sebaik-baik balasan daripada Allah di akhirat kelak. Sekian segala yang kurang adalah kelemahan saya sendiri. Semoga entry kali ini dapat memberi sedikit pesanan dan rasa muhasabah dikalangan pembaca. Semoga kebaikan yang kita lakukan didunia ini menjadi saham kebajikan di akhirat kelak. Tiada apa yang boleh dibawa ketika mati kelak, kecuali amal kebaikan kita. Maka bersedialah dari sekarang untuk menyemai benih kebaikan didunia agar kita dapat menuai hasilnya diakhirat kelak. Oleh itu pasakkan dihati, "Jangan Takut Mati Tetapi Bersedialah untuk Mati kerana Mati itu Pasti"..Ya Allah matikanlah kami sebaik-baik kematian. aminnn....

Isnin, 3 Disember 2012

Menjadi Insan Yang 'Bijak'

"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

Sedang leka duduk di rumah, dapat berita suami kepada seorang guru saya telah meninggal dunia. Baru tiba dari Mekah jam 10 pagi , dan meninggal pada waktu malamnya, tanpa sebarang tanda-tanda ajal semakin mendekat melainkan umur yang semakin meningkat. Sebak dan sedikit cemburu kerana ajalnya dijemput selepas menunaikan rukun Islam yang kelima. Apakah perkara yang lebih indah melainkan mati didalam ketaatan. "Wajahnya bersih sekali, tenang", kata mak.  Allah, Allah...~ Semoga beliau ditempatkn bersama golongan orang-orang yang beriman. Beliau yang merupakan seorang imam telah menempuh sakitnya sakaratulmaut itu, bilakah giliran kita? Diantara tanda kematian itu adalah apabila sedikit demi sedikit nikmat ditarik dari kita. Nikmat sihat, nikmat makan. Mata semakin kabur, telinga semakin pekak, leher semakin sempit untuk menelan makanan, lidah semakin hilang deria rasa, badan yang dulunya gagah semakin lesu. Tetapi ada juga yang sihat tubuh badan dan dari segi adatnya tiada tanda-tanda ajalnya telah pergi dahulu menemui Allah SWT. 

Saya pernah bertanya kepada makcik-makcik yang telah uzur, walaupun soalan nye kurang sopan sikit tapi perasaan ingin tahu itu begitu kuat untuk bertanya sehingga meluahkan persoalan yang terbuku dihati.Lalu saya memberi pertanyaan yang ditapis sebaik mungkin...huhu..."Wan, bila kita makin tua kan, apa yang kita akan fikir? Memang dah tak minat nak fikir pasal dunia ke? Lepas tu apa persediaan wan nak mengahadapi mati? Ada tak rasa takut je bila fikir mati?', bertubi-tubi soalan yang saya bagi. Minta maaf wan kalau rasa soalan saya ni kurang disenangi. Alhamdulillah, wan bagi respon baik.."Memang akan fikir mati. Sentiasa berfikir apa yang amalan akan dibawa. Memang terasa tak berminat nak fikir duit ke, baju cantik ke yang difikir sekarang macamana dengan amalan kat dunia ni. Tapi tidaklah sentiasa rasa takut dan ingat mati sampai tak jadi kerja. Bila dah solat rasa tenang, bermaksud dah tunaikan kewajiban. Bila usia semakin meningkat yang selalu bermain difikran adalah anak-anak. Siapalah anak-anak ni yang akan uruskan jenazah wan nanti. Doa anak manelah yang akan kekal untuk wan nanti. Bagaimanalah hubungan kekeluargaan antara anak-anak ni nanti. terus bahagia ke atau....hmmm...".

Kita perlu sentiasa mengingati dan bersedia mengahadapi mati. Kerana orang yang ingat mati akan sentiasa menjaga tingkahlakunya, percakapannya, akhlaknya, hatinya kerana berasa bimbang andai nyawa dijemput ketika melakukan sesuatu yang melanggar agama. Kadang-kadang rasa sedih bila baca berita tentang kematian pasangan yang excident selepas berdating, excident sedangkan belum bersolat, mati ditembak ketika mencuri, mati dalam dakapan pelacur..seram dan terlalu takut, hiba,sedih, perasaan yang bercampur baur. Ya Allah matikanlah kami dalam sebaik-baik kematian. Saya pernah bertanya, macamana nak mati dalam keadaan baik walaupun ketika itu berada didalam tandas? Amalkan sunnah ketika hendak masuk, ketika didalam tandas dan ketika ingin keluar. owh....tempat bukan jadi alasn tetapi cara kematian itu. Ya Allah peliharalah kami dari fitnah. Berusahalah untukk menjauhi maksiat.

 "Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"

Cara terbaik untuk kita sentiasa mengingati mati adalah menziarahi orang yang sakit, menziarahi kubur. Tetapi jangan sampai sibuk beramal sampai tinggalkan dunia. Ingin saya kongsikan satu peringatan dari seorang sahabat, -Sebagaiman firman Allah, 'kejarlah akhirat tetapi jangan tinggalkan dunia'. Tetapi zaman sekarang orang ramai memegang kata-kata "kejarlah dunia tetapi jangan tinggalkan akhirat". Dua ayat yang hampir sama tetapi membawa maksud yang besar perbezaannya..-

Tunaikan tanggungjawab bersama. Sempurnakan kewajiban kita sebagai seorang Hamba Allah, Anak, Ibu/Bapa, Suami/Isteri, Kakak/Abang/Adik,  Cucu, Pelajar, Sahabat, Rakyat dan sebagainya. Kerana Kewajiban itu akan dipersoalkan dihadapan Allah kelak. Mati itu pasti. Sempurnakan sebelum kematian itu tiba. Cari jalan untuk menunaikan segala taklifan yang diberi. Bijak merancang untuk menjadi seorang yang bijak.

Ya, Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati..!!




Khamis, 15 November 2012

Ketenangan itu Serpihan dari Syurga

Semakin hampir tamat tugasan ku di ITQAN...Alhamdulillah, tak dapat ku luahkan bagaimana gembiranya hati ini ketika berada disini...Bumi ITQAN yang terlalu ku rindu, Pentarbiahan jiwa dengan nur AL-QUran, mukjizat terbesar yang dianugerahkan ALLAH SWT kepada penghulu kita yang sangat dicintai dan dirindui, Nabi Muhammad SAW...

Jika dulu roda ku dibawah, aku berasa terlalu jauh dari ALLAH. Terlalu malu dengan dosa yang menggunung. Ketika melakukan dosa, berasa seronok, bagai berada di syurga, tetapi hakikatnya rohani ku menjerit kesakitan..JIwa ku lemah. Hampir aku jatuh, tetapi Allah menahanku daripada terus tersungkur. Aku dapat merasakan kasih sayang ALLAH dan yang paling aku rasai, ALLAH tidak pernah meninggalkan ku, tetapi aku yang sering lari daripada ALLAH...YA ALLAH, ampunkan dosaku...sejauh mana aku pergi pasti aku tidak dapat lari dari Mu...Segala Puji Bagi ALLAH, Tuhan sekalian Alam.

Dosa." Apa itu dosa?", tanya seorang Muallim. "Buat jahat", jerit seorang murid. "menipu", seorang lagi  bersuara lantang. "Mencuri", kata seorang pelajar perempuan. Muallim itu tersenyum. "Benar apa yang dikatakan oleh anak-anak. tetapi yang paling tepat, dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah". "oowwhhh!!", serantak murid-murid menyahut. Tiba-tiba bangun seorang murid, "tapi ustaz, saya pernah tengok orang tu tak tutup aurat pun, tapi nampak happy je". Ustaz terus tersenyum, "semua orang boleh mengatakan begitu, tetapi hakikatnya hati mereka tetap tidak tenang.". Tapi bagaimana dengan orang yang buat salah, tapi hati dia tetap tenang?", tanya seorang murid yang manis bertudung. Saya akan jawab soalan kamu dengan satu lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Nasyid Hijjaz. Kamu semua kenal kumpulan Hijjaz?"...Kenal!!!!. "Semua orang rasa bangga dengan dosa..Bila menyebut neraka, tidak terasa akan gerunnya...Bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya..Itu menunjukkan, jiwa kita mati atau buta..."
-tamat-

Apabila kita tidak merasa apa-apa kesan selepas melakukan dosa, mari kita periksa hati kita. Adakah hati kita ini sudah terlalu keras? Saya pernah merasakan keadaan ini. Setiap orang pasti akan merasakan saat rodanya di atas dan saat rodanya di bawah. Saya pernah merasakan saat roda saya di bawah, apabila saya tidak mendampingi orang-orang alim, tidak menjaga hafalan Quran, tidak mendalami ilmu agama, saya tidak melibatkan diri dengan jemaah, saya merasakan hari-hari yang dilalui sangat merugikan. Walaupun saya bergelak ketawa, tetapi hakikatnya jiwa saya sakit. Hati saya resah. Saya rasa down sangat. Menjadi seorang pendendam. Terlalu sukar untuk memaafkan. Sehingga satu hari, saya dijemput untuk menjadi guru ganti di sekolah tahfiz, saya rasa berat. Rasa malu berasa tidak layak untuk mendidik. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada diri saya. Saya berasa kosong. Tetapi kata-kata Guru yang saya sangat kasihi, menggalakkan saya untuk mencari hati saya di bumi tahfiz ini.

Saban malam saya menangis. Tetapi akhirnya saya mendapat kunci ketenangan. "Carilah Hatimu didalam Tahajjud"...Alhamdulillah. Kupanjatkan kesyukuran kepada ILAHI, dan ribuan terima kasih kepada guru-guruku, anak-anak didikku dan kepada semua yang pernah berada di dalam dan diluar lingkungan memoriku, terima kasih...Carilah ketenangan ketika tahjjud. Kuatkan dan besarkan jiwa mu dengan bertahajjud. Betapa pentingnya memiliki jiwa yang besar. Berkenan saya untuk memetik kata-kata seorang penulis, Us Pahrol Mohd Juoi, 'Orang yang berjiwa kecil tidak akan mampu mendidik sekalipun seorang anak kecil'. 
-Muhasabah-
Kini, terlalu ramai yang berlumba-lumba mencari kekayaan. Mencari kekayaan yang pasti hilang...Salahkah untuk menjadi kaya? Saya tidak mengatakan ia adalah salah, tetapi akan menjadi salah apabila kita tidak seimbangkan dengan akhirat..'Alah,walaupun saya sibuk cari duit, saya tidak lupa solat. Saya ingat lagi untuk solat'...ALhamdulillah, tak lupa tanggungjawab menunaikan solat, tapi tanggungjawab seorang khalifah bukan setakat menunaikan solat. Bagaimana dengan solat berjemaah di Masjid?Bukankah itu satu kewajipan lebih-lebih bagi seorang lelaki? Jika nak kata sibuk, Rasulullah lebih banyak tanggungjawab, tetapi Baginda tidak pernah meninggalkan solat berjemaahnya. Jadi sibuk itu tidak boleh jadi alasan bukan? Bagaimana dengan tanggungjawab sebagai seorang da'i@tabligh@pendakwah? Teringat saya kata-kata didalam sebuah movie terkenal 'Ketika Cinta Bertasbih', kata ibu mas Azam kepada Azam, "Dunia dan Akhirat itu perlu seimbang Azam. Berniaga itu boleh tetapi tetap perlu mengajar. Ilmu yang dipelajari perlu diamalkan ". Jika berasa sukar untuk mengimarahkan Masjid Allah, bagaimana untuk mengimarahkan masjid rumahtangga kamu??.

-Proaktif-
Hijrah. Menjadi Proaktif. Setiap hari perlu tajdid niat. Setiap hari perlu melakukan pembaharuan. Berhijrah dari negatif ke Positif. Perlu berusaha mencari ketenangan. Kerana ketenangan itu adalah ciri-ciri syurga. Jika sebelum ini, suka mengharapkan balasan,maka sekarang perlu tanamkan didalam hati, Memberi tanpa syarat. Memberi cinta tanpa syarat. Memberi pertolongan tanpa syarat. Memberi senyuman tanpa syarat. Memberi pengorbanan tanpa syarat. Syarat, syarat syarat...apa maksud dengan syarat tu? Bermaksud, tidak mengharapkan apa-apa pembalasan. Sebagai contoh, apabila kita memberi senyuman, jangan meletak syarat dengan mengharap orang itu akan membalas senyuman kita. Tetapi teruskan memberi. Saya kongsikan nasihat seorang guru saya, Cg Noorliza, "kita ni perlu sentiasa berkorban untuk agama. Jika kita mampu memberi pertolongan melalui kewangan, kita bagi. Kalau kita mampu memberi pertolongan dengan tenaga, kita sumbangkan tenaga kita. Ikutlah kemampuan masing-masing yang penting tidak lari dari niat kita yang asal iaitu untuk menolong memperkasakan agama. Kita akan nampak kepincangan pada jiwa sesorang apabila niatnya tersasar dari dasarnya. Apabila dah niat nak mengumpul duit je sampai lupa dengan dakwah, problem".. Ikutlah kemampuan kita walaupun hanya dengan sebuah doa.  Pengharapan kita hanya kepada Allah SWT bukan kepada makhluk. Ingat tau. Penuhkan hati mu dengan Cinta kepada Allah dan sebarkan cintamu kerana Allah...Jom kita cuba sama-sama...Semoga kita sentiasa di bawah rahmat kasih sayang Allah...Fahami erti Taat, Jauhi Maksiat.

Ahad, 14 Oktober 2012

~Teruskan Melangkah...

Alhamdulillah, dapat tawaran untuk jadi guru ganti di sekolah lama yang sangat ku sayangi..ITQAN. Memang prinsip diri , tidak berminat bekerja di sekolah lama, sebab apa? Entahlah. Terlalu segan untuk bekerja bersama-sama dengan guru-guru lama. Rasa tidak layak duduk semeja dengan mereka kerana berasakan masih rendah ilmu ini dan tidak layak menjadi rakan sejawat. Tetapi nasihat ustaz yang  terlalu ku hormati, 'Kutiplah segala hikmah-hikmah yang berada di sekolah ini, sebagai alas untuk menempuh hari-hari yang mendatang'. Sebelum masuk berkhidmat, terasa kosong je hati ni. Berasa terlalu banyak dosa-dosa yang telah sebati dengan diri ini...Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku. Berasa terlalu malu bukan sahaja dengan guru, tetapi dengan pelajar-pelajarnya. Berasa betapa hinanya diri ini kerana dosa-dosa yang telah dilakukan. Tetapi selepas mendapat kata-kata hikmah dari ustaz, ku gagahkan juga diri ini melawan bisiskan-bisikan syaitan yang sentiasa menaburkan kata-kata yang boleh menghilangkan keyakinan diri. Kuterus melangkah setapak demi setapak untuk memanfaatkan segala ilmu yang ku pelajari selama ini..ku pegang kata-kata.."Peristiwa silam yang kita rasakan pahit bukan sekadar sejarah tetapi jadikan pengalaman silam untuk membantu orang lain agar tidak mengulangi cerita yang sama. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Kita bukanlah seorang yang terbaik, tapi kita mampu menjadi baik. Walaupun kita tidak mampu menjadi sesempurna Nabi SAW, tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha menjadi baik. Jadikan kejatuhan semalam sebagai titik untuk kita menjadi lebih baik". Air mata memang menjadi peneman diri disepanjang malam. Hati terasa kosong. Hati berasa terlalu sukar untuk mencintai Allah sepenuhnya.."Jika kita tidak mampu menangis kerana takutkan Allah, menangislah kerana ketidakmampuan itu". Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, kuberasakan sedikit perubahan di dalam hati ini. Segala Pujian Bagi ALLAH yang tidak pernah meninggalkan ku, walaupun aku sering melupakanMu. Ampunkanlah segala dosaku....Now, teruskan melangkah ke hadapan. Menoleh ke belakang sekadar muhasabah bukan menjatuhkan keyakinan, teruskan melangkah ke depan kerana akhirat di hadapan bukan di belakang.

Ahad, 23 September 2012

HIHI

Hi blog!Apa khabar? Sihat tak...sorylah, lama tak jumpe. Saya sibuk. oppp...Assalamualaikum..lupa pulak. Sunat kita bagi salam dulukan? Jangan lupa lagi. hihi. Sibuk? Buat keje apa sampai sibuk sangat? Hari tu repeat paper. Satu Paper. Al-Quran. Itulah akibatnya kalau malas ngulang Quran...huhu mane ade lah...eh eh tak ngaku pulak. shhhh...! Teringat masa result utk daur awal keluar. Kawan-kawan yang lain dah ramai yang sujud syukur, tahmid pun berkedengaran. Najah (Lulus). Entah kenapa hati masa tu rasa tak tenteram. Mungkin alamat agar saya bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Relax relax...(harapan+redha). Harap-harap Najah, Tapi hati kecik kuat mengatakan belum Najah lagi. So perlahan-lahan hati ni belajar redha. Jadi sengaja tengok result lambat. Nak kuatkan hati dulu. 

Bila dengar seorang kawan, si S tak najah, rasa kesian pulak. Hati kecik pun berbisik, 'kalau tak najah pun ok gak ni, kesian si S. Boleh sama-sama bagi semangat. Kalau najah, mesti die tak nak bercakap dengan orang yang najah'..Rasa lawak pulak bile pkir-pikir balik. Najah atau tidak itukan urusan Allah. Allah tidak akan beri sesuatu melainkan ikut kemampuan masing-masing.huhu.ok. Teruskan cerita. Nak tak nak, suka atau tidak, takut atau tidak, result dah keluar, so kene bersedia je lah. Tangan pun laju menekan. Tersentak jugak. Hati kecik tak menipu. Tak najah. Tiba-tiba rasa blur, tapi sedikit hepy "senang sikit nak borak dengan S, dia pun tak najah. Mesti die nak kawan berbual untuk meluahkan perasaan kecewa nya". So terus contact die. Tak sangka jugak die terlalu kecewa. Mungkin antara sebabnya, kawan-kawan rapat die sume berjaya, tetapi die terkecuali. So telinga ni pun cuba memahami perasaannya ketika itu..biarkan..biarkan dia meluah segala perasaan nya. Akal nya tak dapat berfikiran secara waras. Mungkin sebab terlalu kecewa. (Sapa tak sedih jang oii). Kalau saya berceramah sekarang, mungkin tak sesuai. Bila akalnya dah stabil, pasti die sendiri yang akan menyedari kesilapannya. Apa silap dia? Dia silap kerana terlupa rukun iman yang ke enam, percaya dengan qada dan qadar Allah SWT. Bukan ke setiap yang berlaku dalam kehidupan kita telah ditentukan oleh Allah SWT. Gembira, Sedih, CInta, Kecewa adalah antara perasaan-perasaan yang pasti timbul dalam liku-liku hidup ni. Ini lah dunia. Dunia bukan untuk kita berhibur saje. bukan jugak untuk kita sentiasa bersedih. Tetapi nikmatilah nikmat dunia seadanya. Yang PENTING jangan PUTUS ASA!!!!! Jauhkan 'P.A.' ni daripada diri anda. Ingat tau!

oklah teruskan cerita. So hari berganti hari, bulan berganti bulan. Saya pun pulang ke Malaysia, nak sambut raya di kampung. Tak mampu nak duk sana lama-lama. Nak exam nanti baru balik. 4syawal bertolak pulang untuk ambil peperiksaaan ulangan. Seronok. Apa yang seronok? Seronoknya sebab mak ikut. Teman kat rumah. Ahli Beit(ahli rumah) xde, sebab semua dah balik Malaysia. So hari exam berasa kelainan, yelah dah tiga tahun pergi exam tak dapat cium tangan mak, Akhirnya dapat jugak exam untuk degree ni cium tangan mak. PandanG muka ibu bapa tu kan dapat pahala. Bila dapat pahala, InsyaAllah dapat rahmat. Pandang je dapat pahala, apatah lagi bile kita sentuh mereka, cium tangan mereka, InsyaAllah berkat nya lebih besar. So rajin-rajinlah cium tangan makayah kita ye. Jangan rajin cium tangan pakwe, itu namenya tempah bale.huhu. ok2.teruskan cerita. 

Habis exam, kemas barang-barang untuk kargo ke Malaysia. Hasilnya dapat lah 7 kotak. Dalam tempoh yang sama, sepupu yang belajar Medic di Zaqaziq datang ziarah dengan zaujah(isteri) die. Datang nak ziarah mak. Isteri tengah sarat mengandung. Comel je. Bukan ke ganjaran ibu yang sedang mengandung ni sangat besar. Besar betul pengorbanan ibu. Itulah sebabnya Ibu kita lebih wajib kita hormati. Walaupun ada ibu yang tidak menjalankan tanggungjawab seorang ibu, tetapi itu bukanlah sebagai lesen untuk kita melawannya. Teringat kisah seorang Wali Allah yang membela ibubapanya yang telah diazab oleh Allah dengan menukar bentuk kedua ibubapanya menjadi Khinzir(Babi). Allah menurunkan azab itu sebagai balasan dosa-dosa yang dilakukan oleh kedua ibubapanya. Tetapi Wali Allah itu tetap melaksanakan tanggungjawab nya sebagai seorang anak walaupun ibubapanya telah berubah sehina itu. Akhirnya dengan berkat kesolehan anaknya dan Rahmat Allagh, akhirnya kedua ibubapanya mendapat keampunan dari Allah. Allah...betapa bahagianya jika dikurniakan anak-anak yang soleh...Ya Allah kurniakanlah kepada ku pasangan dan zuriat yang menjadi penyejuk mataku didunia dan akhirat. So hormatilah dan sayangilah ibu bapa anda. Semoga kita menjadi anak yang soleh solehah. ok stop. Continue ur story. ok. 

Selepas segal kerja rumah selesai, terus ke kaherah. Ziarah maqam. Maqam yang sempat, Maqam Syeikh Solah Al-Ja'fari, Syeikh Rifa'i, Saidina Hussein, Imam Syafi'i dan guru beliau, syeikh Waqi' kot namanya. terlupa pulak. Mak tak nak ke piramid. Saya ikut je lah. Saya pun malas jugak. Maklumlah tak suka berjalan-jalan ni. Tapi biasanya kalau orang ke Mesir mesti nak ke piramid. Tapi sahabat saya merangkap pemandu pelancong, menyokong agar tak xcited sangat nak ke piramid. Itukan kawasan Firaun. Sahabat saya pun bercerita tentang sikap pelancong-pelancong yang datang, yang tidak sepatutnya kita contohi. 

Sebagai teladan, sahabat saya berkata ada dikalangan mereka, bersungguh - sungguh pergi ke Piramid, ke kawasan-kawasan pelancongan di Mesir tetapi terlalu berat untuk pergi ke Maqam-maqam khususnya Maqam Imam Mazhab kita Imam Syafi'i. Mak saya pun menjawab 'mungkin diorang tak tahu ada maqam disini''
. Kawan saya menjawab, 'Bukan tak tahu makcik, saya dah bagitau. Kat sini ada Maqam Imam Syafi'i, tapi diorang yang cakap 'maqam-maqam tu nanti lah dulu''. Kawan saya menyambung lagi, 'kita ni amal mazhab Syafi'i, tetapi maqam beliau pun kita tak nak pergi.Rupa maqam, kedudukan maqam memang jauh dari pengetahuan'. Termenung saya mendengar luahan sahabat saya itu. Betul apa yang beliau katakan. Bukanlah salah untuk pergi ke piramid, mungkin ramai yang ingin tadabbur. Tetapi kenapa kita begitu ghairah ke sana, kenapa kita tidak teruja untuk menziarahi maqam-maqam wali-wali Allah yang terlalu ramai di ardul kinanah ini. Jadi eloklah kalau kita perbetulkan niat kita. Islam menggalakkan kita melihat kesan-kesan tinggalan sejarah di dunia ini, tetapi adalah untuk kita hayati, fahami, tadabbur akan kekuasaan Allah. Jangan kita biarkan perjalanan kita adalah perjalanan yang sia-sia. Sekadar makan angin..ok. Kita teruskan. 


Setelah 2 minggu disana, saya dan mak selamat kembali ke tanah air yang tercinta. Selang seminggu ke dua minggu, si S bagitau result dah nak keluar. Cemas. Entah kenapa kali ini, terlalu cemas. Hari result keluar, saya rasa gelisah sangat. Rasa nak nangis. Terlalu takut. Say pun bukak letop. Cari link Al-Azhar untuk tengok result secara on9. Tiba-tiba hati jadi kacau sangat. Terus peluk mak. Takut. nangis dulu. Jari ni terus menekan bahagian result. Tak sanggup nak tengok. Mintak tolong mak tengok. Tiba-tiba hati jadi sayu, bila tengok gagal. Tapi sedikit pelik. Kalau gagal, keputusan tu akan tulis ulang tahun, tapi tulis ulang paper. pelik. komputer ni tersalah ke. Rupa-rupanya tersalah tekan. Tertekan keputusan peperiksaan yang pertama. Keputusan pepriksaan yang kedua saya tak bukak. Jadi saya tekan kesitu. Mintak mak tengok lagi sekali. Tak sanggup.
Add caption
Tiba-tiba terus tersenyum. Alhamdulillah..Najah. Hanya Allah yang tahu betapa hepynya hati ini.
Dapat berita si S pun Najah. Alhamdulillah. Dah tau result, baru boleh buat plan seterusnya...sambung belajar atau kerja?Buat Pilihan...jawapannya nikah...!!erk..apa-apa je lah. Tak tolak mana-mana. 
Semoga Allah memudahkan segala urusanku..Doakn saya ye...hehe..=D.k...jumpe lagi. wsalam....


Isnin, 2 Julai 2012

Meneladani Kejayaan Ikhwan

Tidak syak lagi bawa kekuatan tarbiyah dan pendekatan dakwah serta jihad Ikhwanul Muslimin selama 84 tahun – dengan izin Allah – menyebabkan ia mencapai kejayaan besar di Mesir apabila pemimpin Ikhwan Muhammad Morsi Isa al-Ayyat dipilih sebagai Presiden Mesir, selepas kejatuhan diktator  Hosni Mubarak
Beliau yang berkelulusan jurutera dari Unversiti Southern California mewakili Freedom and Justice Party, berumur 60 tahun.

Ini sebuah sejarah gilang gemilang bukan saja bagi Ikhwan Mesir, bahkan juga gerakan Islam sedunia, termasuk PAS. Ini kerana demikian ramai pemimpin PAS semua peringkat – sejak dahulu lagi – mendapat inspirasi perjuangan dari Ikhwanul – Muslimin.
Demikian banyak buku-buku Ikhwan yang mengalir dan ditelaah oleh pendukung Abim dan PAS. Di samping itu demikian ramai pendukung PAS sejak dahulu lagi mengikuti usrah dan tamrin Ikhwan bukan saja di Mesir, bahkan di Jordan, Syria dan sebagainya.

Pemikiran Ikhwan adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu :
1. Baiki diri – 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain
2. Baitul Muslim
– didik keluarga dgn cara Islam dan hormati fikrah Islam
-  Dahulukan hak dan Tanggungjawab
3. Bimbing Masyarakat
- kembangkan aspek dan budaya Islam dalam masyarakat
- Amar Makruf Nahi Munkar
4. Kerajaan Islam
5. Bebaskan tanah air daripada kuasa asing
6. Satukan negara-negara Islam
7. Panji-panji Islam kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah
Ini asas pendekatan tarbiyah dan dakwah Ikhwan sejak ditubuhkan hingga kini dan atas asas ini gerakan Islam itu mencapai kejayaan.

Ahli-ahli Ikhwan ini dididik dengan ilmu dan mencintai ilmu, justeru ilmu adalah senajata ampuh menghadapi musuh. Pernah ketika suatu, pemimpin tertinggi Ikhwan, Abd Qader Audah mengadakan tamrin untuk pendukung Ikhwan di Iskandariah, di sana dia diperkenalkan seorang demi seorang dengan ahli usrah dan mengadakan perbincangan.
Seorang pemuda, ahli usrah, berhujah dengan Abd Qader Audah di majlis itu di mana pemimpin Ikhwan itu sangat kagum dengan hujah yang dikemukakan oleh anak muda itu.
Esoknya, Abd Qader Audah pergi ke Pelabuhan Iskandariah dan merenung dari jarak yang tidak begitu jauh, seorang anak muda sedang memikul tepung gandum dari daratan ke pelabuhan untuk diangkut oleh kapal bagi dieksport ke luar negeri.

Abd Qader Audah mengenali anak muda yang memikul guni berisi gandum itu adalah ahli usrah yang berdebat dengannya malam tadi. Barulah dia tahu anak muda itu dengan kepetahan dan ilmunya, adalah hasil didikan Ikhwan di Iskandariah walaupun ia hanya buruh pelabuhan.
Inilah hasil didikan Ikhwan dalam membentuk kader-kadernya – mencintai tarbiyah dan dalam masa yang sama mengisi ilmu di dada. Inilah juga pendekatan Ikhwan di mana-manapun sejak dulu hingga kini.
Namun dengan perubahan zaman dan keadaan, Ikhwan membuat pembaharuan pendekatan untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini, namun asas perjuangan Islammya tidak berubah. Pendekatan baru seumpama inilah juga yang dilakukan oleh gerakan Islam An-Nahdah, Tunisia yang dipimpin oleh Rashad Ghanousi hingga mencapai kejayaan dalam Revolusi Jasmin yang menggulingkan diktator Zain-e-Abidin dan menyebabkan An-Nahdah mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya Tunisia tahun lalu.
Pendekatan baru Ikhwan dan An-Nahdah dengan mengadakan anggagement dengan semua golongan masyarakat, termasuk bukan Islam akhirnya menyerlahkan kejayaan besar. Gerakan Islam ini merobah wajahnya dari dilihat bengis, tanpa kompromi, terlalu eksklusif dan tiada tolak ansur kepada dasar terbuka dan lunak.

Sejak berlaku Arab Spring di Mesir, Tunisia dan lain-lain, wajah Ikhwan dan An-Nahdak berubah sama sekali dan pendekatan barunya menghasilkan kejayaan.
Di rantau sebelah sini, PAS sebagai gerakan dan parti politik Islam turut mengadakan perubahan imej dan mengadakan pendekatan baru apa yang dipanggil tahalluf-siasi, iaitu mengadakan pakatan dengan parti lain dan hasilnya sangat berjaya. Inilah perubahan dalam politik dan gerakan Islam masa kini dan PAS mempeloporinya di Nusantara ini.
Adapun kejayaan Ikhwan baru-baru ini telah dibayar dengan harga yang sangat mahal oleh pendukungnya. Ribuan yang mati syahid kerana perjuangan ini, termasuk Imam Hassan Al-Banna, Hasan Hudaibi, Abdul Qader Audah, Syed Qutb dan sebaris nama lagi yang sangat panjang.
Kerana itu apabila pendukung gerakan Islam di mana-manapun merayakan kemenangan Ikhwan Mesir ini, sebenarnya ia merayakan kemenangan gerakan Islam seluruhnya. Pendukung PAS dan Abim sejak lama dulu telah  disirami tarbiyah oleh tokoh-tokoh Ikhwan sendiri dan dalam masa yang sama mentelaah buku-buku yang ditulis oleh tokoh Ikhwan yang melimpah di negara ini sejak sekian lama.

Masih segar dalam ingatan saya dan teman-teman yang lain mengenai tarbiyah yang disampaikan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor, Ustaz Yahya Othman, Ustaz Abdul Hadi Awang dan tokoh lain. Mereka ingin mengingatkan pendukung PAS akan erti istiqamah pada perjuangan, niat yang ikhlas, pengorbanan dan jihad.
Hari ini ketika Ikhwanul-Muslimin menyambut kemenangannya, PAS turut merasa gembira dan bersyukur kepada Ilahi. Ini sebuah kejayaan yang diperoleh dengan perjuangan panjang yang dilatari darah, keringat dan air mata. Pada pendapat saya, PAS perlu meladani perjuangan Ikhwan ini, walapun dalam suasana dan iklim berbeza. sumber klik