Ahad, 2 Ogos 2009

Medan Tarbiah

Dah dua bulan tak menulis. Rindu nak menulis. Rasa kekok pun ada jugak bila nak start menulis balik. Jari rasa keras semacam je. Tetapi saya taip jugak untuk kongsi cerita..hu2

Alhamdulillah, selesai jugak khusus di PDI. Hampir dua bulan mengikuti Program Intensif Timur Tengah (PITT), tetapi rasa macam baru semalam daftar masuk. Pelbagai ilmu dan pengalaman baru yang diperoleh waktu program tersebut. Rasa macam nak cerita semua tapi takut tak muat space pulak.hu3..

Rasa rindu pulak kat semua pelajar PITT. Terutama yang nak pergi Morocco. Aini, Izzaty dan Naeilah..akak mesti rindu kat korang. Mudah-mudahan kita akan jumpa lagi. Nanti kat Mesir, berpisah pulak dengan budak Jordan. Waaaaa sedihnya…

Oklah, kita lupa pasal pisah-pisah nie. Baik saya cerita aktiviti-aktiviti yang kitorang dah lalui. Mudah-mudahan info-info yang saya dapat, dapat juga dikongsi dan dapat memberi manfaat kepada pembaca. Walaupun sedikit tetapi diharapkan dapat memberi kesan yang mendalam.

Hari 1st masuk daftar, dapat satu bilik dengan Ummu. Tiba-tiba nampak ada seorang gadis manis tengah jalan menghala ke arah saya dengan Ummu. Eh,macam kenai je..owh rupa-rupanya Zulaikha. Pelik jugak, apsal pulak dia datang. Dia takde pulak bagitau yang dia join program nie. Rupa-rupanya jadi pegawai untuk jaga kitorang semua..owh padanlah…

Program Intensif ini bukan hanya memberi pendedahan tentang negara yang akan kita pergi, tetapi juga padat dengan isi untuk mentarbiah jiwa. Macam-macam aktiviti yang kitorang buat, antara yang paling saya suka bila buat lawatan ke rumah anak-anak yatim dan pusat pemulihan akhlak. Rasa insaf pun ada jugak bila dengar cerita mereka. Besar ujian yang Allah beri kepada mereka. Rasa diri ini lemah je. Yelah, saya kalau ujian yang kecil pun saya dah hampir mengalah..Mudah-mudahan Allah S.W.T kuatkan hati saya menghadapi semua ujian yang mendatang. Teringat firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud, :
“Allah tidak memikulkan tanggungjawab kepada seseorang melainkan sesuatu yang sesuai dengan kemampuannya”.

Setiap kejadian yang menimpa seseorang mempunyai hikmah yang tersendiri. Bukan sahaja menjadi pengajaran bagi individu tersebut tetapi juga kepada orang lain. Saya teringat kata-kata salah seorang penghuni pusat pemulihan tersebut kepada saya, “Ingat apa yang akak pesan, tumpukan kepada pelajaran. Jangan kejar cinta yang tidak pasti penghujungnya.” Terima kasih kak. InsyaAllah saya akan ingat kata-kata itu.

Bila menyebut tentang cinta, saya teringat kata-kata seorang sahabat PITT ketika dia menjadi pengerusi majlis. Katanya, “Jika kita menjadikan harta sebagai motivasi diri, ingatlah harta itu pasti akan habis. Jika kita menjadikan ibu bapa sebagai motivasi diri, ingatlah bahawa mereka akan pergi. Tetapi jika kita jadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai motivasi diri, ingatlah bahawa cinta Allah dan RasulNya kekal abadi ”.

Kata-kata itu sungguh bermakna bagi saya. Sumber inspirasi yang paling indah adalah cinta Ilahi. Semua perkara yang kita ingin lakukan mestilah kerana Allah S.W.T. Begitu juga apabila ingin menuntut ilmu. Adakah hanya kerana untuk mendapat segulung ijazah atau hanya untuk mendapat kerjaya yang bergaji lumayan? Bila dengar ceramah dari penceramah-penceramah yang dijemput, rase terbukak sikit minda yang hampir beku ni. Semua orang ada tanggungjawab terutama orang yang berilmu. Menuntut ilmu bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi untuk dimanfaatkan untuk orang lain. Ingatlah, “Tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada”.

Saya begitu tertarik dengan ucapan seorang pelajar PITT ketika mengikuti khusus Biro Tata Negara. Seorang muslimah yang berjiwa kental untuk membangunkan Islam yang bernama Animah. Antara isi kandungannya yang sempat saya copy and paste dalam blog ni adalah “Belajarlah bersungguh-sungguh. Masyarakat memerlukan kita. Tolonglah selamatkan generasi muda di negara ini”. InsyaAllah, saya akan cuba…aminn

Bila tengok pelajar-pelajar PITT, rasa rendah diri pun ada jugak. Masing-masing ada kelebihan yang tersendiri. Betapa tingginya ilmu mereka. Terutama bila dengar mereka bercakap. Petah betul. Contohnya, Toriq, Safwan, Amir, Anim, Ummu, Ika.. .. Jarang betul saya jumpa muslimah yang berani bersuara. Setakat yang saya jumpa baru dua orang, Ummu Hani dan Zulaikha. Saya entah bilalah nak jadi macam mereka.

Sebelum balik semalam, sempat lagi kitorang main game paintball. Seronok bangat tapi dapat main kejap je sebab dah nak balik rumah. Kesian pulak tengok Izzaty, sampai terseliuh tangan dia bila terjatuh. Ishk3. Semoga cepat sembuh..

Rindu dekat semua penghuni PDI. Terima kasih Ust. Jai, Ust. Hatta, Ust. Amir, Usu, Atih dan tidak dilupakan kepada Zulaikha. Kepada semua pelajar PITT, minta maaf saya ucapkan kepada semua. Terima kasih diatas segala ilmu yang dikongsi. Semoga kita semua akan berjaya di dunia dan di akhirat…Marilah kita bersama-sama bergerak untuk membangunkan generasi muda dengan ‘Ruh Jihad’ untuk menegakkan Islam sehingga Islam tidak lagi dihina tetapi bersinar di persada dunia..Aminnnn

UHIBBUKUM FILLAH

(Minta maaf sebab susunan ayat yang tidak begitu kemas dan menarik. Saya menulis mengikut gaya bahasa percakapan..ho3.Sowie..)

3 ulasan:

abdul naafiq taqiuddin bin mohd roslan berkata...

tahniah2..akhirnya tamat gak kursus kt mlysia ye..pasni kt bumi Kinanah plak..cemburu gak ngn dak2 n.sembilan ni..lame krsus..mcm2 input dpt..'ala kulli hal.mabruk.bittaufiq wan najah!
"العلم منافعة ليس محافظة"-ilmu itu adalah yg memberi manfaat bkn hanya dihafaz semata2-(kata2 Imam Asy-Syafie)

Azila berkata...

assalamualaikum
salam ukhuwah..
mantop ukhti..=)
sentiasa memburu cintaNya, Cinta Rasulullah...

Tanpa Nama berkata...

salam....hai nakiah seronok ei pitt....pe yg seronok tu??????indi musykilah...huhu..sori wat kcoh kat blog..pe2 pun pitt memg bes...spe yg rase pitt mcm penjaree bese la tu,dyorg kan banduan memgla rase cm penjare pe2 pun opinion masing2...nakiah kan pling seronok kat pitt..huhu..nk tau pe yg seronok sgt?n lpas pitt kat mesir plak kan,bes tak orientasi kat sane? cm ne program?cm ne adhoc? cam ne jaulah?bes tak sume tu??? hehhee.jwb tau....i'm waiting u....