Jumaat (16 Oktober)
Hari nie ade muzakarah berkelompok. Pelbagai perkara yang kami bincangkan. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah membaca surah As-Sof, membaca kitab yang berkaitan hadis Qudsi dan Ukhuwah Islamiah. Disamping itu juga, kami membincangkan isu semasa yang berlaku di Malaysia. Walaupun kita berada jauh di perantauan, isu Negara perlu kita ketahui kerana ini melambangkan betapa prihatinnya kita terhadap Negara sebagai lambing kita cintakan Negara. Walaupun kita tidak mampu memberi apa-apa seperti pertolongan dari segi material tetapi cukuplah kita mendoakan kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam disana. Itu sekadar selingan, yang saya ingin kongsikan disini adalah berkaitan dengan isi yang saya peroleh dari perbincangan tadi iaitu berkaitan Ukhuwah yang kami ambil dari buku Ukhuwah Islamiah karangan Abdullah Nasih ‘Ulwan.
Apakah perbezaan antara Ukhuwah dan sahabat? Ukhuwah adalah ikatan atau hubungan antara satu sama lain atas dasar akidah yang sama. Ukhuwah ini hanya dapat dirasai oleh umat Islam sahaja kerana ia bergantung atas dasar iman kepada Allah S.W.T. Tetapi persahabatan boleh terjalin antara sesiapa sahaja walaupun ber beza agama.
Umat Islam kini telah dipecahkan dan sukar untuk bersatu. Mengapa terjadinya sedemikian? Kerana kita secara sedar atau tidak telah mengamalkan dasar pecah dan perintah. Kita telah disebatikan dengan sifat Assobiah yang disempadi atas nama Negara. Malahan satu Negara juga boleh berpecah kerana berlainan negeri. Malah, negeri juga berpecah kerana berbeza daerah. Malahan daerah juga berpecah disebabkan berbeza kampung. Padahal Islam telah mengajar kita dengan ukhuwah Islamiah yang jika diamalkan semua pihak akan berasa senang dengannya. Dalam kata mudahnya, cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Keprihatinan kita kepada umat Islam semakin pudar. Semoga kita tidak temasuk di dalam golongan tersebut.
Menurut pengarang buku ini, ukhuwah adalah pemberian suci dari Ilahi. Oleh itu marilah kita bersama-sama berdoa agar kita dikurniakan pemberian dari Ilahi ini kerana ‘Tiadalah ukhuwah tanpa iman, dan tiadalah iman tanpa ukhuwah’. Apabila mantap imannya maka mantaplah ukhuwahnya. Oleh itu mari kita merenung bersama, dimanakah tahap ukhuwah kita.
Kelebihan Ukhwah Islamiah
Ø Wajahnya akan bercahaya
Ø Terampun dosa
Ø Mereka berada di bawah naungan Allah S.W.T.
Ø Mereka sentiasa di dalam pemeliharaan kasih sayang Allah S.W.T
Ø Mereka akan dapat merasai Kemanisan Iman (حلاوة الإيمان)
Syarat-syarat Ukhwah Islamiah
Ø Ikhlas kerana Allah S.W.T
Ø Diringi dengan iman dan taqwa
Ø Ukhwah mestilah di dalam manhaj Islam iaitu bukanlah namanya ukhuwah jika ikatan dalam melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.
Ø Saling nasihat menasihati antara satu sama lain
Ø Tolong-menolong antara satu sama lain
Hak-hak Ukhwah Islamiah
Ø Sebarkan Salam. Apabila kita bertemu sunatlah untuk kita memberi salam dan berjabat tangan.
Ø Menjawab salam.
Ø Ziarah apabila kenalan sakit. Tetapi perlulah pastikan waktu untuk menziarah agar tidak mengganggu pesakit.
Ø Mengiringi jenazah.
Ø Memenuhi jemputan.
Ø Mendoakan orang yang bersin.
Ø Menunaikan janji.
Ø Menolong orang yang dizalimi.
Ø Mengambil berat dengan selalu memberi nasihat. Apabila ada yang meminta nasihat, kita perlulah member nasihat walaupun sedikit.
Ø Meringankan beban.
Ø Menutup aib.
Ø Menjauhi dari sifat yang menyakitkan seperti hasad dengki, marah, zalim.
Semoga segala yang kita peroleh ini dapat kita amalkan bersama. Walaupun sedikit tetapi istiqamah adalah lebih baik. Marilah kita mulakan sdikit demi sedikit dan sentiasalah kita berdoa agar kita dapat mengamalkan kesemuanya sehingga akhir hayat. Wsalam…
(p/s : kalau ada yang saya tersalah sampaikan, ataupun pembaca mempunyai info yang lain, dialu-alukan kepada pembaca untuk menegur dan kongsikan bersama.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan