Mulanya ada perasaan untuk meninggalkan dunia
blogger, dan menulis di facebook tetapi hati kuat untuk meneruskan penulisan disini. Ya, Kedua-duanya boleh memberi manfaat dan tidak kurang juga keburukannya.
Jadi penulis memilih untuk menggunakan blog daripada fb kerana dunia facebook
tidak begitu selesa buat diri penulis untuk membuat sebarang
perkongsian..kenapa? Kerana fitnah didalamnya lebih luas. Penulis masih tidak
mampu untuk mengawal diri dengan dunia yang lebih luas dengan fitnah. Jadi
penulis menjadikan penulisan di blog ini sebagai saham yang boleh memberi kebaikan
kepada penulis didunia dan diakhirat. Apa-apapun setiap orang berhak untuk memilih yang terbaik. Alangkah bagusnya pengguna facebook yang
semakin bertambah iman dengan melayari facebook. ~kagum bukan sindiran.
14 Januari 2013, hari terakhir penulis menulis.
Hari ini, pada 28 Mei 2013 penulis mulakan penulisan semula. Hampir 5 bulan
penulis tidak ‘menziarahi’ blog ini. Dalam tempoh itu juga, pelbagai
kenangan/pengalaman/pengajaran/pembelajaran/perkongsian/dsb yang penulis
peroleh. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Hanya dalam tempoh yang singkat
dapat dipenuhi dengan tarbiah dan hikmah yang Allah berikan. Benar, setiap
kejadian yang Allah jadikan tidak sia-sia.
Pengalaman memulakan kerjaya sangat pahit. Dunia
belajar lebih indah daripada dunia pekerjaan. Tetapi kunci untuk menghadapi
segala ujian yang telah ditentukan oleh Allah SWT adalah sabar, usaha, redha,
doa, tawakkal. Alhamdulillah, setelah sekian lama, Allah membuka jalan
kedamaian didalam hati ini.
Ujian. Ia pelbagai. Kadang-kala disebabkan
tekanan yang kecil, maka emosi tidak dapat mengawal diri. Tetapi Allah mendidik
hati dan diri ini secara halus. Pernah suatu hari penulis berasa tertekan dengan sedikit ujian.
Maka muka penulis pun mulalah masam. Setelah tamat sesi pengajaran, datang seorang
pelajar yang manis. Orangnya kecil-kecil dan selalu tersenyum. Berumur 13
tahun. “Cikgu, saya tak dapat nak hadir kelas tambahan cuti ini sebab Ibu saya
sakit. Ibu saya…bla……bla…bla….”
..Saya terdiam mendengar ceritanya. Ya Allah,
besarnya ujian dia berbanding dengan saya. Anak kecil itu pernah menceritakan
masalahnya itu sebelum ini kepada penulis, tetapi kini keadaan ibunya lebih
parah. Jika sebelum ini, dia masih boleh tersenyum dengan penuh adab tetapi
hari itu, air matanya tidak dapat dibendung lagi. Tetapi masih cuba untuk
tersenyum hormat kepada penulis..Allahuakbar..besarnya jiwa anak muridku ini….sedikit
sebanyak aku berasa malu dengan diri. Jangan nak bandingkan diri dengan
Sahabiah Nabi SAW, sedangkan nak dibandingkan diri ini dengan anak kecil itupun
jauh bezanya. Ya Allah, Engkau peliharalah anak muridku itu dan keluarganya…Alhamdulillah,
Allah mendidik hatiku dengan kelebihan anak kecil itu. Terima kasih anak
muridku sayang…
4 ulasan:
assalamualaikum..asifni ye..ana dulu smadklana..jd ana tau anti dr smadata 2 pon sbb tgk blog anti..hrp beri tnjuk ajr ye sbb ana bru mula blogging setelah sekian lama tggalkan..selamat ber imtihan ye..
akhirulkalam
kredit to la tahzan
aku juga lebih suka nge-blog daripada di fb
aku juga suka nulis di blog daripada di fb
Putra ibtisam, khasiat daun sirsak-Wsalam.InsyaAllah, sama2 kita berblog.
Catat Ulasan