Ujian hidup ini tidak pernah bermaksud untuk
menghancurkan kita, melainkan untuk kita keluar menjadi lebih cemerlang lagi-ILMUAN
Tertarik penulis membaca
kata-kata hikmah ini. Setiap kali diuji,
pasti kebanyakannya berasa putus asa, kecewa. Sebab apa? Entahlah. Mungkin hati ni dah
lama tidak ditarbiah untuk menjadi hamba Allah yang baik, yang sentiasa menerima
qada dan qadar yang ditentukan Allah. Moga Allah mengampunkan dosa-dosaku dan
pembaca. Bukankah redha dengan ujian daripada Allah itu sifat terpuji? Bukankah
putus asa dan putus harapan itu daripada syaitan? Ya. Ilmu di dada tetapi
terlalu sukar nak diamalkan. InsyaAllah, moga kita dapat sama-sama perbaiki
diri dari sehari ke sehari.
Hampir setahun Allah mengizinkan
diriku menjadi pendidik. Disamping mendidik diri, diberi kesempatan untuk
mendidik pelajar-pelajar yang berseri-seri wajah mereka. Setiap hari membaca
kitab Al-Quran. Setiap kali hati ini resah, pasti rasa terhibur duduk di
samping pelajar-pelajar yang kuanggap bagai anak sendiri. Entah kenapa nak buat ayat skema
macam ni..haha..Lepas jadi cikgu BM ni, rasa nak jaga je gaya penulisan. Tapi,
kalau cikgu-cikgu BM yang dah senior tengok tulisan ni, kompem kena tegur. Haha.
tapi takpelah. Teguran itu tanda sayang. Teguran jugak menambah pengetahuan..

Anak-anak murid yang baik-baik. Bila nakal, dimarahkan. Tapi rasanya memang diorang lagi banyak kena marah.huhu. Maklumlah guru eh susah nak kawal emosi..minta maaf..mak dah pesan jangan marah ikut nafsu. Tetapi Marah dengan niat menegur menjadi lebih baik..insyaAllah penulis akan cuba... Apabila lihat perilaku anak-anak murid yang agak nakal, pasti teringat kenakalan diri waktu sekolah dulu. “macam ni agak eh cikgu den raso, sekarang raso lah pulak” huhu...Teringat ketika di Mesir, bila tasmik dengan syeikh, habis tasmik pasti syeikh akan doakn penulis dan ibu bapa penulis. Sejuk rasa hati. Jadi kepada pembaca-pembaca sekalian, kita raikan anak-anak didik kita dengan perbanyakkan doa untuk mereka dan ibu bapa mereka.
Teringat cerita
kawan penulis tentang ibunya yang menjadi guru cemerlang. Salah-satu amalan
ibunya, bangun qiamullail(tahajjud). Teringat juga cerita abang penulis tentang Tuan Habib yang mulia, Habib Umar,
ulamak daripada Hadralmaut,Yaman.Wallahua’lam, tetapi menurut ceritanya Habib
Umar setiap kali qiamullail, akan membaca doa untuk anak-anak muridnya dan
menyebut nama mereka satu persatu...MasyaAllah. Disamping mengharapkan
anak-anak didik menjadi pelajar yang terbaik, kita juga perlu berusaha menjadi guru
yang terbaik.
Sekian. Segala kekurangan
dan teguran dialu-alukan kerana manusia itu tidak lari dari kesilapan.
1 ulasan:
Thank you for the auspicious writeup. It in fact was a amusement account it. Look advanced to more added agreeable from you! By the way, how can we communicate?
Cardsharing Server
Catat Ulasan