Dia memang saya kagumi..Saya kagum dengan dirinya yang bagaikan tak pernah tahu apa itu erti kecik hati. Saya tidak pernah tengok dia marah tetapi dia selalu kena marah. Malah dia masih boleh tersenyum dengan orang yang marahkannya. Seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa dengannya. Kalau saya mungkin dah tarik muka. Begitu tinggi kesabarannya.
Saya berbual dengan seorang guru yang saya kagumi. Seorang guru yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam mentarbiah pelajar-pelajarnya. Guru itu juga mengakui betapa tingginya kesabaran dia nie. Guru itu cakap sebenarnya jiwa dia besar. Hati yang selalu ditarbiah akan jadi sebegitu rupa. MasyaAllah..Tidak pernah saya jumpa seseorang yang sebegitu rupa.
Kadang-kadang bila saya tengok kawan-kawan saya marahkan dia, saya pulak naik geram. Cukup-cukuplah tue. Jangan selalu marahkan orang takut nanti dibenci orang. Tetapi saya tengok dia nie tetap layan kawan saya dengan baik. Zaman sekarang nie pantang betul nampak orang baik, mesti pijak kepala. Betul kata kakak ipar saya, buat baik nie sakit tetapi ketenangan yang akan dapat tu hanya Allah S.W.T sahaja yang tau.
Betul jugak tue. Kaya harta, kuasa tetapi kalau hati tidak tunduk kepada Allah S.W.T, tidak ada makna apa-apa. Jiwa akan rasa gelisah. Mungkin itu yang dirasai oleh dia ni. Hatinya sudah tenang. Segala perkara yang datang tidak dapat memberi kesan. Jauh lagi dendam. Subhanallah.
Guru saya kata, jiwa yang biasa ditarbiah akan beroleh fikrah yang bukan mudah diperoleh tetapi perlu diperoleh dengan tarbiah. Fikrah yang tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir buruk..Fikrah yang hidup dengan pendirian untuk berjuang fiSabilillah..Indah sungguh kata-kata itu. Saya pun nak jadi orang yang berfikrah. Berjiwa besar(harap badan je beso). Semua orang sudah ke hadapan.
Jika saya nak bandingkan diri saya dengan dia nie pun sudah jauh berbeza. Inikan para para Sahabat Nabi (S.A.W). Jauh saya tinggal ke belakang. Bagaimana nak jadi orang baik kalau tidak ada usaha. Harapkan doa je. mengaji pun malas. Jadi saya perlu berusaha sehingga menjadi seorang Ulamak Besar nanti. Tinggi betul cita-cita.
Sebut tentang cita-cita, Guru saya ada memberikan saya nasihat, "Kalau nak bermimpi, biar impian setinggi langit. Kalau tidak sampai, jatuh dan singgah di puncak gunung. Awak kena optimis dan selalu letak cita dan impian tinggi-tinggi. Sehingga Menjadi Bintang". InsyaAllah, saya akan berusaha. Mungkin saya tidak dapat menjadi matahari dan mungkin juga saya tidak dapat menjadi seperti bulan..Tetapi saya akan terus berussaha sehingga menjadi Bintang yang paling menyerlah...Aminn.

4 ulasan:
Setinggi bintang2 ni, mesti Us Amiza ya? Rasanya Ustaz lagi tak pernah marah, tapi tidak pernah kena puji pun.Kena kutuk selalu kat ITQAN tu adalah.He..he..he..
Kalau nak berjuang kena berani bukannya larut, sanggup menongkah arus biarpun tidak popular (mungkin terasing atau tersingkir)jangan sekali diprovok terus takut menyorok.
Fikrah bukan dipesona dengan permainan kata-kata, kemahsyuran nama atau tergapai dengan bisa bicara, tapi teranyam dengan tarbiyah yang kekal sentiasa dan pengorbanan yang bukan sebesar hama.
Syukran Ustaz. Ha3. Ustaz pun bagus jugak. tak sempat nak cakp je.Mana ada orang kutuk. Terima kasih Ustaz bagi nasihat. Ustaz selalu-selalulah komen apa2.
Ustaz pernah tanya seorang penulis hebat, ustaz tanya, "Hak dan batil tak boleh bercampur."
Dia hanya menjawab sepatah, "Orang yang perasan hak ni yang susah."
Ustaz senyum sendiri, malu dgn diri sendiri. :)
Salam mujahadah, teruskan langkah mujahidah!
Catat Ulasan