Isnin, 25 Mei 2009

Renungan

Pada suatu hari, datang seorang yahudi kepada Rasulullah S.A.W seraya berkata dengan nada hairan, "Wahai Muhammad!, Kami menyembah Allah dengan menghadirkan hati dan tanpa was-was syaitan. Sedangkan kami terdengar bahawa ada di kalangan sahabat-sahabatmu bersolat tetapi diancam dengan was-was syaitan?"

Lalu Rasulullah S.A.W. meminta Abu Bakar untuk menjawabnya. Lalu Abu Bakar menjawab, " Wahai Yahudi! Diantara rumah yang dipenuhi dengan emas, perak serta banyak harta dengan rumah yang kosong, yang manakah lebih disukai pencuri?"

Yahudi itu menjawab, "Pastilah rumah yang penuh dengan harta itu".
Lalu Abu bakar menjelaskan, "Itulah juga perumpamaan hati kami dengan kamu. Hati kami dipenuhi dengan hidayah, ilmu dan tauhid sedangkan hati kamu kosong. Pastilah syaitan lebih suka hati yang mewah ini. Tetapi ingatlah bahawa Allah sentiasa menjaga hambaNya yang beriman".


(p/s : Penuhilah hati kamu dengan segala hikmah dan kebaikan. Semoga Allah S.W.T memelihara diri kita dari tipu daya Syaitan. )

6 ulasan:

matgeo berkata...

thanx kerana berkongsi nasihat dalam blog ini..keep up da good work

Tanpa Nama berkata...

Kenalah ikat diri dengan usrah. Zaman sekarang ramai yang inign bergerak solo. Teruskan tapi takut nanti kelelahan atau lupa diri kerana permainan ego dan perasaan.

Purpleheart berkata...

terima kasih kerana berkongsi pengetahuan bersama..

keretasorong berkata...

astafirullah....

subhanallah...

benar2 sebuah renungan....

^_^

rossees berkata...

salaam,

saya kurang jelas...
hati orang yahudi itu kan menyembah Allah tanpa was2, kenapa pulak hati dia bermasalah?
terima kasih

Bulan Penuh 2012 berkata...

Salam ziarah,

Bulan Penuh 2012
http://bulanpenuh2012.blogspot.com