Khamis, 6 Ogos 2009

Ya Allah...


Jeritan batinku…

Tanda resah yang menyelubungi hatiku…

Hari demi hari ku lalui…

Masih ku tidak temui puncanya…

Adakah ku sudah semakin jauh dari Tuhan…?

Ya Allah ampunkan dosaku…

Adakah Engkau memakbulkan doaku…?

Hatiku masih resah…

Ya Allah…Aku cintakan Mu…


“Sesungguhnya Malaikat Jibrail diutuskan untuk menyempurnakan hajat manusia..Apabila seseorang yang kafir itu memohon, Allah memerintahkan malaikat agar menunaikan hajatnya segera kerana Allah S.W.T benci mendengar kata-katanya. Dan apabila seorang hamba Muslim yang dikasihi memohon, Allah memerintahkan Jibrail agar menahan, menangguhkan dan jangan disempurnakan dengan segera kerana Allah S.W.T amat rindu mendengar suara hamba-hambaNya yang berdoa…Berdoalah memohon agar RedhaNya sentiasa bersama kita..”.



Cinta kepada makhluk yang pasti akan mati…

Sehingga lupa kepada Pencipta yang memiliki Cinta Abadi…

Kerdilnya diri yang masih cintakan duniawi…

Hanya kerana terpesona dengan keindahan permainan cinta yang sementara…

Sehingga sanggup menggadai maruah diri…

Ya Allah, alangkah malunya diriku kepada Mu…

Sesungguhnya Engkau telah menetapkan sebaik-baik perancangan untuk hambanya…

Tetapi aku masih lalai…

Ya Allah ampunkan dosaku…


“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah…Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak…susah dipetik, susah digapai…Kadang-kala epal itu risau, ‘Mengapa diriku belum dipetik?’. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan sebenarnya telah dijadikan Allah begitu tinggi martabatnya sehingga tidak ada sesiapa yang berani memetiknya…Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu menggapainya…mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia, asalkan Cinta Ilahi mengiringi…”.



Mengapa aku sering dikasari…?

Mengapa aku sering dihina…?

Adakah kerana aku ini lemah…?

Bukankah aku sudah berusaha menjadi yang terbaik…

Tetapi mengapa perlakuan mereka masih begitu…

Wahai diri,

Janganlah terlalu suka mempersalahkan orang lain…

Renungilah dirimu…muhasabahlah dirimu sentiasa…

Kerana manusia itu tiada yang sempurna…

Setiap kejadian ada hikmahnya…

Hikmah yang akan diperoleh oleh orang yang sering muhasabah dirinya…


Berkata Imam Dzahabi :

“Kita ini zalim tetapi merasa dizalimi, memakan yang haram tetapi merasa diri kita suci, Fasiq tetapi merasa diri soleh, mencari Ilmu untuk mengejar dunia, tetapi merasa diri mencarinya kerana Allah S.W.T semata-mata…”.


4 ulasan:

zackzulkafli berkata...

SALAM PERJUANGAN..
semoga kita terus diberi peringatan dan terus dibimbing di bawah naunganNYA..insyaALLAH

kalo brkesmptan..silalh mlwat di blog sy..ad tag utk awk..harap sudi menjawab..
syukran jazilan..

Mohar Yahya berkata...

Selamat mengerjakan ibadah puasa daripada cpj, semoga berjaya dalam melaksanakannya...

hyh berkata...

salam ziarah

Tanpa Nama berkata...

hmm,sungguh menyentuh ayat kali ni,..cm de kesah je entry kali ni,...pape pn,bersabar laa sbb sabar 2 terlalu indah..